Model Firefly baharu untuk hasil terbaik setakat ini.

Resolusi yang lebih tinggi. Bahagian tepi yang lebih bersih. Butiran yang lebih tajam. Dapatkan hasil yang lebih realistik dengan model terkini Isian Generatif, Pengembangan Generatif dan Alat Alih Keluar.

Objek rujukan dalam Isian Generatif.

Imej Rujukan kini melaraskan skala, putaran, pencahayaan, warna dan perspektif objek agar sepadan dengan adegan anda.

Komposisi generatif dengan Harmonikan.

Sepadukan orang dan objek ke dalam mana-mana latar belakang dengan serta-merta. Harmonikan pemadanan pencahayaan, bayang-bayang, warna dan perincian lain untuk menghasilkan adegan yang lancar dalam beberapa saat.

Hasilkan imej yang lebih jelas dan lebih tajam dengan Topaz Labs.

Tingkatkan skala imej dengan kuasa dan fleksibiliti yang tiada tandingan dengan menggunakan model AI rakan kongsi daripada Topaz Labs dalam Photoshop. Tingkatkan kualiti, kejelasan dan ketajaman dengan serta-merta.

Kejituan profesional untuk pemilihan dan latar belakang.

Pilih subjek yang kompleks dan alih keluar latar belakang dengan kejituan, kepantasan dan kawalan yang lebih baik — kini dipertingkat untuk hasil yang berkualiti lebih tinggi, sama ada dalam talian atau luar talian.

Buat reka bentuk susun atur teks yang sofistikated dengan pantas.

Bina susun atur teks dengan langkah yang sedikit dan cuba pelbagai pilihan dengan lebih pantas menggunakan Teks Dinamik yang secara automatik mengubah saiz agar sepadan sambil anda melaraskan bentuk sempadan.