Eksport terus ke media sosial.

Terbitkan video di platform sosial kegemaran anda dengan satu langkah, termasuk apa-apa kapsyen atau kata kunci yang mahu anda tambahkan, terus dari dalam {{premiere}}.

Tukar nisbah aspek dengan mudah dengan AI.

Kekalkan titik fokus tangkapan anda sambil menukar nisbah aspek dan kemudian kongsikannya dengan mudah merentas platform sosial dengan Bingkai Semula Automatik.

Bekerjasama dan hasilkan dengan lebih pantas menggunakan Frame.io.

Satukan aliran kerja anda dengan panel Frame.io baharu dalam Premiere. Akses, susun dan import media dengan mudah. Kongsi jujukan untuk semakan. Dan dapatkan maklum balas yang anda perlukan, tepat di tempat anda memerlukannya.

Berkolaborasi secara serentak.

Edit dengan orang lain dalam masa nyata dengan Team Projects. Lompat pada garis masa yang sama dan buat pengeditan tanpa menjejaskan kerja editor lain.

Simpan aset dengan mudah.

Simpan dan kongsi aset jenama seperti logo, grafik, warna dan banyak lagi dalam Pustaka Creative Cloud untuk akses mudah, di mana-mana sahaja.

Cari app dan penyepaduan pihak ketiga.

Dapatkan lebih banyak alat untuk projek anda dan pasukan anda dengan lebih 400 app pihak ketiga dan penyepaduan daripada rakan kongsi video Adobe.

style
Container, Three up