.

21 Feb 2025 * Bacaan 4 minit

Meningkatkan Penglibatan Pelajar dengan Adobe Express dan AI Generatif Adobe Firefly dalam Pendidikan Tinggi

Meningkatkan Penglibatan Pelajar dengan Adobe Express dan Adobe Firefly
Fakulti dan pemimpin pendidikan tinggi telah melihat trend yang membimbangkan: Setelah menghabiskan tahun-tahun pandemik dalam persekitaran pembelajaran yang kurang menampung pengalaman pembelajaran yang kreatif, tidak berstruktur, atau praktikal, ramai pelajar kolej hari ini tiba di kampus dengan fokus yang berlebihan pada senarai semak dan gred. Dalam webinar Adobe Express + Firefly terbaru kami, Profesor Justin Hodgson daripada Indiana University telah berkongsi cara pendidik boleh membina pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna, menarik, dan mesra kegagalan dengan menyepadukan kefasihan digital ke dalam bilik darjah.

Menggantikan "mentaliti senarai semak" dengan kegembiraan penemuan

Sebagai pengarah Institut Digital Gardener IU, Hodgson mengetuai usaha seluruh sistem untuk meningkatkan literasi digital, kreativiti digital, dan pembelajaran digital merentas tujuh kampus dan pusat wilayah institusi tersebut. Beliau memulakan webinar dengan berkongsi pengalamannya tentang "mentaliti senarai semak" yang dilihatnya dalam kalangan pelajar pada hari ini.

"Mereka fikir jika anda hanya menyenaraikan perkara yang perlu mereka siapkan dan anda memberitahu mereka cara melakukannya dan mereka melakukannya tepat seperti yang anda beritahu, maka mereka sepatutnya akan berjaya," katanya. Namun, menurut Hodgson, pendekatan sebegitu tidak mengundang pembelajaran yang bermakna, penglibatan yang kritikal, atau pelaksanaan konsep atau idea secara kreatif.

Ekoran daripada itu, Hodgson dan rakan sejawatnya di Digital Gardener telah berusaha untuk membayangkan semula pengalaman bilik darjah dan meningkatkan penglibatan pelajar. Mereka menggunakan alat kreativiti digital seperti Adobe Express dan AI generatif Firefly dalam bilik darjah pendidikan tinggi untuk menekankan inovasi, permainan, dan bahkan kegagalan. Matlamat utama mereka adalah untuk membantu pelajar mendalami bahan kursus mereka, mencapai hasil pembelajaran, dan membina kemahiran kerjaya yang penting.

Untuk membantu pelajar bermula dengan alat baharu seperti Adobe Express, Hodgson menggalakkan tiga jenis kegagalan produktif:

  • Kegagalan pantas, iaitu keadaan apabila pelajar meneroka idea secara bebas dan menterjemahkannya kepada seberapa banyak ciptaan yang mungkin tanpa dibebani kerisauan terhadap kualiti hasil kerja.
  • Kegagalan santai, iaitu keadaan apabila pelajar belajar untuk bertenang dan menemukan kebahagiaan di sebalik "rasa malu yang melucukan" daripada kesilapan mereka sendiri.
  • Kegagalan formatif, iaitu keadaan apabila Hodgson memberikan maklum balas kepada pelajar tentang hasil kerja akhir mereka supaya mereka dapat belajar dan berkembang.

Seterusnya, Hodgson mengajar para pelajar kemahiran teknikal yang diperlukan untuk menghasilkan pembentangan kelas menggunakan Adobe Express dengan memberikan tugasan yang dipanggilnya sebagai "berisiko rendah, berimpak tinggi". Pelajar menghasilkan dan menambah baik imej diri mereka sendiri, kemudian menggabungkan imej itu dengan teks dalam halaman web ringkas "Perihal diri saya". Menjelang pertemuan kelas yang ketiga, kesemua pelajar sudah berasa selesa untuk mencipta kandungan menggunakan Adobe Express.

"Tidak cukup untuk mengatakan pelajar menguasai kandungan kursus," katanya. "Jika mereka tidak bersedia secara aktif untuk berkomunikasi dan mewakili pemikiran mereka merentas media dan merentas modaliti atau teknologi, mereka akan menghadapi kekurangan yang ketara apabila melangkah ke dalam realiti yang jelas merupakan budaya pascadigital."

Kuasa kemahiran kreatif yang boleh dipindahkan

Seterusnya, Hodgson menjemput Amogh Busnur, pelajar ijazah sarjana muda dalam bidang sains kognitif, untuk berkongsi pengalamannya belajar menggunakan alat kreatif Adobe.

Busnur berkata dia memilih kursus Literasi Digital dan Komposisi Hodgson kerana dia ingin melangkah lebih jauh daripada sekadar berkomunikasi melalui penulisan. "Kami menyatakan naratif peribadi yang sama ini, tetapi melalui cara digital, dan mengambil kemahiran novel yang saya fikir akan menjadi sangat penting pada zaman ini," katanya.

Dia menunjukkan perkembangan yang pantas, bermula daripada menghasilkan imej dan laman web menggunakan Adobe Express, beralih kepada mereka bentuk poster penyelidikan yang sofistikated dalam Adobe InDesign, sehinggalah berupaya menghasilkan video berkualiti tinggi menggunakan Adobe Premiere Pro.

"Satu-satunya sebab peralihan yang sedang berlangsung ini dapat dilaksanakan adalah kerana dalam kursus tersebut, kami diperkenalkan dengan komunikasi visual kreatif sejak awal, cara menggabungkan teks dan imej untuk menyampaikan naratif kami sendiri," katanya. "Setelah menguasai semua kemahiran digital ini dalam kelas Profesor Hodgson, kemahiran tersebut boleh dipindahkan ke setiap kelas seterusnya."

Selain mencipta susunan dan video yang menonjolkan penyelidikan dan ideanya, Busnur menggunakan kemahiran baharunya dalam kerja sampingan sebagai perunding kemasukan kolej dan dalam projek peribadi, seperti jemputan ulang tahun perkahwinan untuk datuk neneknya dan Reel percutian untuk Instagram.

Dia berkata dia menghargai keupayaan untuk merealisasikan ideanya dengan alat digital. "Jika anda pelaksana idea anda sendiri — dan itu boleh dicapai dengan menguasai alat digital ini — itu perkara yang berbeza sama sekali. Anda boleh...mencipta sesuatu yang benar-benar anda inginkan dan yang benar-benar menepati idea anda."

Pendekatan berstruktur membina kemahiran dan motivasi, mencipta lebih banyak peluang

Seterusnya, Hodgson berkongsi tugasan "Forrest Gump"nya, yang mana beliau meminta pelajar menambahkan foto mereka ke dalam foto lama detik kebudayaan atau sejarah penting supaya mereka dapat menempatkan diri dalam konteks tersebut dan meneroka dari sudut pandangan naratif atau pengalaman orang pertama.

Beliau dan Busnur menunjukkan cara pelajar boleh menggunakan Adobe Express dan AI generatif Firefly untuk memasukkan diri mereka ke dalam contoh imej bersejarah, menunjukkan kemudahan dan kelajuan aktiviti tersebut.

Tugasan ini bukan sahaja meningkatkan penglibatan pelajar dalam kurikulum pendidikan tinggi, tetapi pendekatan berstruktur itu amat berkesan. Busnur berkata, "Apabila anda memahami perkara yang boleh dilakukan oleh alat tersebut dan anda menggabungkannya ke dalam kerja anda serta melihat betapa bergunanya alat itu sebagai pelengkap, anda mendapat motivasi untuk belajar lebih banyak lagi."

Hodgson percaya bahawa kemahiran digital kreatif adalah penting untuk kejayaan masa depan pelajar, dan beliau bersama rakan sekerjanya akan terus berusaha menyepadukan AI generatif dalam bilik darjah pendidikan tinggi. "Pekerjaan baharu tidak dapat dipetakan dengan tepat ke dalam disiplin kami," katanya. "Jadi perkara terbaik yang saya rasa boleh kami lakukan ialah bukan sahaja mengajar kepakaran disiplin, tetapi membantu pelajar memahami cara menyampaikan kepakaran tersebut atau menggunakan perspektif itu untuk berfikir sebagai cara untuk berinteraksi dengan dunia dan mewakilinya melalui amalan yang mesra digital."

Untuk mendapatkan butiran lanjut, tonton ulangan webinar dan terokai pembentangan webinar Profesor Hodgson.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang mendorong penglibatan pelajar dan membina kesediaan kerjaya dengan teknologi kreatif baharu, daftar untuk sesi webinar Adobe Express + Firefly yang akan datang.

word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word word

mmMwWLliI0fiflO&1
mmMwWLliI0fiflO&1
mmMwWLliI0fiflO&1
mmMwWLliI0fiflO&1
mmMwWLliI0fiflO&1
mmMwWLliI0fiflO&1
mmMwWLliI0fiflO&1