Terma dan Syarat Adobe Perks (“Terma”)
Berkuat kuasa 4 Disember 2023
TERMA DAN SYARAT ADOBE PERKS (“TERMA PERKS”) INI DAN TERMA PENGGUNAAN UMUM ADOBE (“TOU”) MENTADBIR PENGGUNAAN PLATFORM ADOBE PERKS (“PLATFORM”) DAN PAUTAN TAWARAN RAKAN KONGSI IALAH “PERKHIDMATAN” SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN DALAM TOU. TERMA PERKS DENGAN INI DIGABUNGKAN MELALUI RUJUKAN (TERMASUK, TANPA PENGEHADAN, TERMA BERKAITAN DENGAN UNDANG-UNDANG DAN TEMPAT YANG MENTADBIR). SEKIRANYA BERLAKU KETAKKONSISTENAN ANTARA TERMA BAGI TERMA PERKS DAN TOU, TERMA PERKS AKAN DIGUNA PAKAI.
- Akses dan Kelayakan. Adobe Perks ialah platform (“Platform”) yang memberikan tawaran dan diskaun yang dibekalkan oleh penyedia pihak ketiga (“Rakan Kongsi”) kepada pelanggan Adobe di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Jerman, Kanada, Brazil, Perancis, Itali, Belanda, Sepanyol, Portugal, Argentina, Switzerland, Poland, Afrika Selatan, Austria, Ireland dan Korea yang mempunyai langganan berbayar yang aktif untuk Adobe Creative Cloud Pro, App Tunggal atau pelanggan Pelan Photography sahaja (setiap satu, “Langganan Adobe”). Hak anda untuk menggunakan dan mengakses Platform dan tawaran, diskaun, produk dan perkhidmatan Rakan Kongsi (setiap satu, “Tawaran Rakan Kongsi”) adalah tertakluk pada status Langganan Adobe anda. Akses anda kepada Tawaran Rakan Kongsi berhenti serta-merta selepas penamatan, penggantungan atau tamat tempoh Langganan Adobe anda sehingga anda memperbaharui atau membeli Langganan Adobe baharu atau, sekiranya berlaku penggantungan, sehingga Adobe menyambung semua Langganan Adobe anda. Keahlian percuma tidak layak.
- Kod Tawaran dan Diskaun Rakan Kongsi. Adobe menyediakan pautan dan kod kepada Tawaran Rakan Kongsi pada Platform dengan niat baik. Pautan atau kod ini disediakan untuk Adobe oleh Rakan Kongsi semata-mata untuk kegunaan pada Platform dan tidak boleh disiarkan di tempat lain. Perkongsian pautan dan kod adalah dilarang sama sekali dan boleh menyebabkan penamatan atau penggantungan akses anda kepada Platform, Tawaran Rakan Kongsi dan/atau Langganan Adobe. Meskipun Adobe berusaha untuk memastikan semua pautan dan kod berfungsi seperti yang diharapkan, kadangkala pautan dan kod mungkin tidak berfungsi. Adobe tidak memberi jaminan bahawa Tawaran Rakan Kongsi yang dipautkan pada Platform akan berfungsi dan jika Tawaran Rakan Kongsi tidak berfungsi seperti yang diharapkan, Adobe tidak akan bertanggungjawab untuk menghormati sebarang Tawaran Rakan Kongsi yang dipautkan. Tawaran Rakan Kongsi yang dipautkan pada Platform mungkin ditarik balik pada bila-bila masa dan tanpa notis oleh Rakan Kongsi yang berkaitan atau Adobe. Adobe boleh mengemas kini Platform pada bila-bila masa dan tanpa notis untuk menunjukkan Tawaran Rakan Kongsi semasa yang tersedia.
- Tanggungjawab. Adobe memberikan akses kepada Tawaran Rakan Kongsi dan tidak menyokong, mengawal atau menerima sebarang tanggungjawab terhadap kandungan pautan dan tapak web Rakan Kongsi atau Tawaran Rakan Kongsi. Semasa menggunakan Tawaran Rakan Kongsi ini anda tertakluk pada terma dan syarat dan dasar privasi Rakan Kongsi yang berkenaan dengan Tawaran Rakan Kongsi yang berkaitan. Bagi mengelakkan keraguan, Adobe tidak bertindak sebagai ejen, pengedar atau penjual semula Rakan kongsi. Adobe tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang ditanggung akibat sebarang interaksi antara anda dengan Rakan Kongsi serta sebarang Tawaran Rakan Kongsi yang dipautkan ke Platform. Semua perkara berkaitan Tawaran Rakan Kongsi, termasuk tetapi tidak terhad pada, sebarang penyampaian barangan, produk dan perkhidmatan, penentuan harga, pemulangan dan waranti adalah semata-mata dan hanya antara anda dengan Rakan Kongsi yang berkenaan.
- Hubungan. Jika anda mengalami sebarang masalah untuk menebus Tawaran Rakan Kongsi, sila hubungi Rakan Kongsi berkaitan secara terus. Maklumat hubungan Rakan Kongsi boleh didapati pada Platform atau pada tapak Rakan Kongsi secara terus. Adobe tidak akan bertanggungjawab terhadap masalah penebusan Tawaran Rakan Kongsi atau sebarang pautan atau kod berkaitan dengan Tawaran Rakan Kongsi sedemikian.
- Kemas Kini kepada Terma. Adobe boleh membuat perubahan kepada Terma Perks dan memberitahu anda dengan menyemak tarikh di bahagian atas Terma Perks dan/atau boleh memberi notis tambahan kepada anda. Sebarang perubahan sedemikian tidak akan digunakan untuk sebarang pertikaian antara anda dengan Adobe yang timbul selepas tarikh Adobe menyiarkan Terma Perk yang disemak dengan perubahan tersebut atau apabila Terma Perk tersebut mula berkuat kuasa. Anda perlu sentiasa menyemak Terma Perk. Melainkan dinyatakan sebaliknya, Terma Perk yang dipinda akan berkuat kuasa serta-merta dan penggunaan Platform yang berterusan mengesahkan bahawa anda menerima perubahan tersebut. Jika anda tidak bersetuju dengan Terma Perk yang dipinda, anda mesti berhenti menggunakan Platform.