Ikon logo Adobe

Terma dan Syarat

Pelajar dan Guru

Terma dan Syarat Harga Pengenalan

RM57.56/bulantermasuk SST Harga Pengenalan Creative Cloud

Pelajar yang layak dan berumur 13 tahun ke atas dan guru boleh membeli keahlian tahunan Adobe® Creative Cloud™ pada harga diskaun RM57.56/bulantermasuk SST untuk tahun pertama. Selepas tempoh tawaran tamat, langganan anda akan dibilkan secara automatik pada kadar langganan standard, kini pada harga RM125.28/bulantermasuk SST , melainkan anda memilih untuk mengubah atau membatalkan langganan anda. Harga ini terpakai untuk pembelian pelan tahunan yang memerlukan kontrak 12 bulan. Harga ini hanya untuk keahlian kali pertama dan terhad kepada pelanggan pendidikan yang layak yang membeli terus daripada Kedai Adobe atau dengan menghubungi Bahagian Jualan Adobe. Harga ini tidak tersedia untuk pelanggan pelesenan OEM, komersial atau volum. Harga ini terhad kepada satu (1) pembelian daripada satu (1) keahlian tahunan Creative Cloud bagi setiap pelanggan. Tawaran ini tidak boleh diperuntukkan, ditukar, dijual, dipindahkan atau digabungkan dengan mana-mana diskaun atau tawaran lain, dan tidak boleh ditebus untuk wang tunai atau barangan dan perkhidmatan lain. Harga ini tertakluk pada perubahan tanpa notis. Terbatal sekiranya dilarang, dikenakan cukai atau disekat oleh undang-undang.

Harga Pengenalan Creative Cloud Prabayar Satu Tahun

Pelajar yang layak dan berumur 13 tahun ke atas dan guru boleh membeli keahlian tahunan Adobe® Creative Cloud™ pada harga diskaun RM690.77/tahuntermasuk SST untuk tahun pertama. Selepas tempoh tawaran tamat, langganan anda akan dibilkan secara automatik pada kadar langganan standard, kini pada harga RM1,503.36/tahuntermasuk SST, melainkan anda memilih untuk mengubah atau membatalkan langganan anda. Harga ini hanya untuk keahlian kali pertama dan terhad kepada pelanggan pendidikan yang layak yang membeli terus daripada Kedai Adobe atau dengan menghubungi Bahagian Jualan Adobe. Harga ini tidak tersedia untuk pelanggan pelesenan OEM, komersial atau volum. Harga ini terhad kepada satu (1) pembelian daripada satu (1) keahlian tahunan Creative Cloud bagi setiap pelanggan. Tawaran ini tidak boleh diperuntukkan, ditukar, dijual, dipindahkan atau digabungkan dengan mana-mana diskaun atau tawaran lain, dan tidak boleh ditebus untuk wang tunai atau barangan dan perkhidmatan lain. Harga ini tertakluk pada perubahan tanpa notis. Terbatal sekiranya dilarang, dikenakan cukai atau disekat oleh undang-undang.