Perkongsian foto fleksibel di hujung jari anda

Kongsi foto dengan mudah daripada desktop, telefon pintar atau peranti mudah alih anda yang lain dengan Adobe Photoshop Lightroom. Edit dan laras imej, kemudian muat naik foto yang suka terus ke album berkongsi atau tapak rangkaian sosial.

Lelaki di meja berkongsi foto daripada peranti mudah alih dan desktopnya

Semua pilihan perkongsian untuk setiap keperluan.

Akses pustaka storan awan anda daripada mana-mana peranti. Kemudian, siar foto individu atau kumpulan imej ke tapak perkongsian foto seperti Google Photos atau Flikr.

Kongsi foto daripada telefon pintar, tablet atau komputer desktop

Kongsi dari mana sahaja.

Edit di desktop atau aplikasi mudah alih Lightroom dan kemudian siar hasil kerja anda dalam talian atau hantar kepada rakan-rakan dan keluarga pada bila-bila masa melalui peranti mudah alih anda.

Eksport foto dalam beberapa format yang berbeza

Eksport format yang berbeza.

Simpan dan kongsi dalam format foto terbaik untuk projek anda — dari JPG hingga TIFF — dan pastikan anda menggunakan fail imej berkualiti tinggi dalam berkarya.

Memuat naik foto landskap gurun yang cantik

Memuat naik foto serba guna.

Siarkan foto baharu di tempat yang anda mahu dengan puluhan pilihan perkongsian. Contohnya, ahli Amazon Prime boleh memuat naik foto terus ke Amazon Photos dan pengguna Google terus ke aplikasi Google Photos.

Susun banyak foto dalam album yang anda boleh kongsi

Kongsi satu foto atau album.

Kongsi imej tunggal, kelompok kecil, atau album foto penuh secara terus dengan rakan, keluarga atau rakan sekerja dengan mudah. Siarkan foto anda sendiri dengan cepat, tanpa mengira kuantiti.

 

Permudahkan proses anda.

Pindahkan hasil kerja Lightroom dengan lancar merentasi Adobe Creative Cloud. Selain itu, dengan ruang storan awan yang banyak, akses pustake foto anda pada bila-bila masa daripada mana-mana lokasi.

Akses lebih banyak alat pengeditan foto dengan membawa kerja anda ke dalam Adobe Photoshop.

Tingkatkan keupayaan pengeditan foto anda.

Bawa foto dari Lightroom ke dalam Adobe Photoshop untuk mengakses lebih banyak ciri pengeditan foto dengan cepat.

 

 

Kongsi hasil kerja dengan mudah ke Adobe Portfolio, Adobe Stock, dan Behance

Muat naik hasil kerja anda ke platform Adobe.

Cipta pameran hasil kerja anda dalam Adobe Portfolio, kongsi bersama komuniti kreatif di Behance, atau jana wang dengan menawarkan imej untuk dijual melalui katalog Adobe Stock.

Cara berkongsi foto di Lightroom.

Gunakan platform pengeditan foto berasaskan awan sebagai pemuat naik foto perdana anda.

langkah

Pilih gambar anda.

Buka imej, set foto, atau album foto yang anda mahu muat naik.

langkah

Pilih lokasi:

Klik ikon Kongsi untuk mengakses pilihan saiz dan destinasi untuk berkongsi hasil kerja anda.

langkah

Pilih saiz:

Pilih saiz imej yang betul untuk imej pilihan anda.

langkah

Kongsi hasil kerja:

Pilih tempat yang anda mahu muat naik foto anda dan hantar ke alam maya.

Kuasai kemahiran perkongsian foto anda.

Tutorial Lightroom ini menunjukkan kepada anda cara untuk berkongsi semuanya daripada foto keluarga profesional hingga tangkapan gambar dengan iPhone.

Kongsi foto daripada mana sahaja di peranti mudah alih atau tablet

Kongsi daripada mana sahaja.

Terokai cara untuk berkongsi foto dengan cepat dengan rakan dan ahli keluarga dari desktop atau peranti mudah alih.

Cipta galeri foto untuk mempamerkan hasil kerja anda

Cipta galeri.

Paparkan hasil kerja anda dalam galeri web yang menarik untuk memudahkan navigasi ke album foto kegemaran anda.

Edit foto di peranti mudah alih

Edit di mana sahaja anda berada.

Lihat cara anda boleh melakukan pengeditan foto di telefon anda dan kemudian simpan dan kongsi dalam talian.

Eksport dan simpan foto dalam format yang berbeza

Cari format yang sesuai.

Terokai jenis fail yang berbeza untuk foto anda dengan panduan pantas ini untuk melakukan pemampatan fail.

Cari pelan yang sesuai untuk anda.

Lightroom (1TB)

RM47.96/bulan

Lightroom pada desktop dan mudah alih dengan perkhidmatan Creative Cloud yang lain.

Photography (20GB)

RM47.96/bulan

Lightroom untuk desktop dan mudah alih, Lightroom Classic dan Photoshop pada desktop dan iPad.

Fotografi (1TB)

RM95.98/bulan

Lightroom pada desktop dan mudah alih dan Lightroom Classic, serta Photoshop pada desktop dan iPad.