Isi, tandatangan dan bayar. Paling mudah.

Dengan pembayaran Acrobat Sign, pelanggan melengkapkan transaksi borang dengan mudah, dari awal hingga akhir, pada mana-mana peranti.

Dapatkan bayaran lebih cepat dengan Acrobat Sign.

Perkhidmatan baharu kami disepadukan dengan Braintree, perkhidmatan PayPal yang memudahkan pengumpulan bayaran daripada pelanggan anda — terus apabila mereka mengisi dan menandatangan borang.

Ucapkan selamat tinggal kepada kelewatan pengumpulan.

Kini anda boleh mengumpulkan yuran kontrak, sumbangan, pesanan dalam tallian dan banyak lagi — tanpa apa-apa kesukaran.

Jadikan proses anda pantas dan digital sepenuhnya.

Terima pembayaran seperti kad kredit, kad debit dan PayPal.

Gembirakan pelanggan seluruh dunia.

Sebagai pedagang dalam salah satu daripada 44 negara yang disokong Braintree, anda boleh menerima pembayaran berbilang mata wang.

Pembayaran segera untuk setiap perniagaan.

Terdapat banyak peluang untuk mencipta pengalaman pelanggan yang luar biasa hanya dengan membolehkan pelanggan anda menandatangan borang, membuat pesanan dan membuat pembayaran dalam satu proses mudah.

Jualan

Jualan

Perjanjian jualan dan sewa

Invois

Perkhidmatan kewangan

Perkhidmatan kewangan

Permohonan akaun baharu

Dasar insurans dan premium

Pemasaran/Tanpa untung

Pemasaran/Tanpa untung

Pendaftaran acara

Sumbangan kebajikan

Pemerolehan

Pemerolehan

Pesanan pembelian

Kerajaan

Kerajaan

Permit lesen

Yuran perkhidmatan

Perniagaan kecil

Perniagaan kecil.

Perakaunan dan persediaan cukai

Perkhidmatan kontraktor

Mudah untuk anda. Mudah untuk pelanggan anda.

Pelanggan boleh menandatangan dan membayar anda dalam hanya beberapa klik. Dan mereka boleh memilih kaedah pembayaran yang mereka sukai.

Serius tentang keselamatan

Jangan risau, kami serius tentang keselamatan

Kedua-dua Acrobat Sign dan Braintree mematuhi standard industri kad pembayaran PCI DSS untuk membantu melindungi data pembayaran pelanggan.

Terus mulakan.

Terus mulakan.

Anda hanya memerlukan akaun pedagang yang diluluskan dengan Braintree. Hanya masukkan maklumat akaun pedagang Braintree kami dalam talian dan anda akan bersedia dan boleh bermula dengan cepat.

Ingin tahu lebih lanjut?

Sama ada anda memerlukan beberapa maklumat asas tentang penyelesaian kami atau anda mahukan sebut harga tersuai untuk keperluan perniagaan unik anda, kami bersedia untuk membantu anda menjawab soalan anda.

Soalan Lazim Pembayaran Braintree dan Acrobat Sign

Apakah itu Braintree dan bagaimanakah mereka melakukan perniagaan?

Braintree ialah perkhidmatan PayPal dan salah satu peneraju penyedia get laluan pembayaran di dunia, membolehkan perniagaan besar dan kecil untuk menerima pembayaran dengan selamat dalam talian. Pelanggan menggunakan kaedah pembayaran pilihan mereka, termasuk kad kredit, kad debit dan Paypal. Pilihan boleh berbeza mengikut negara. Yuran tambahan dikenakan untuk pemprosesan transaksi melalui Braintree. Baca soalan lazim Braintree.

Adakah saya perlu mendaftar dengan Braintree untuk menggunakan pembayaran Acrobat Sign?

Ya. Syarikat memohon untuk menjadi pedagang Braintree dan mesti bersetuju untuk semua terma. Kemudian Acrobat Sign memautkan secara selamat kepada akaun pedagang Braintree dalam talian anda. Daftar dengan Braintree; yuran tambahan dikenakan. Semak terma undang-undang.

Apakah itu perkhidmatan pembayaran dalam talian PayPal?

PayPal ialah perkhidmatan pembayaran dalam talian popular yang digunakan hari ini. Daftarkan kad kredit, kad debit atau akaun semakan anda dengan PayPal, kemudian pilih PayPal sebagai kaedah pembayaran anda apabila membeli dalam talian.

Bolehkah saya mendapatkan akaun pedagang Braintree di negara saya?

Jika perniagaan anda berada di mana-mana 44 negara dalam senarai kami, Braintree sedia bekerja dengan anda. Lihat senarai negara.

Adakah Adobe menyimpan maklumat pembayaran pelanggan saya?

Tidak. Adobe tidak menyimpan data pembayaran. Kedua-dua Acrobat Sign dan Braintree mematuhi standard industri kad pembayaran PCI DSS, yang membantu memastikan data pembayaran pelanggan anda kekal selamat. Ketahui lebih lanjut tentang pematuhan Braintree and PCI.