ADOBE ACROBAT SIGN

Apakah tandatangan elektronik?

E-tandatangan atau tandatangan elektronik ialah cara yang cekap dan sah di sisi undang-undang untuk dokumen elektronik ditandatangani dengan cepat. Terjamin dan dipercayai di seluruh dunia, e-tandatangan boleh menggantikan tandatangan tulisan tangan dalam banyak proses. Mulakan dengan e-tandatangan daripada Adobe.

Apakah manfaat e-tandatangan?

Dipercayai.

Tandatangan elektronik adalah sah di sisi undang-undang, dipercayai dan boleh dikuatkuasakan di seluruh dunia. Acrobat sign ialah penyelesaian global terbaik untuk e-tandatangan di negara-negara seluruh dunia.

Cekap.

Percepatkan proses menandatangan anda dengan membolehkan penerima melakukan e-tandatangan dokumen. Anda boleh menjimatkan 1.5 jam setiap penggunaan setiap transaksi dengan Acrobat Sign.*

Berkesan kos

Menggunakan e-tandatangan membantu anda menjimatkan wang dan memperkemas aliran kerja. Dengan Acrobat Sign, anda boleh jimat $6 setiap transaksi dengan mengurangkan amaun kertas yang digunakan.*

* ”Impak Ekonomi Keseluruhan™ Adobe Acrobat Sign,” kajian kes bertauliah yang dijalankan oleh Forrester Consulting bagi pihak Adobe, Januari 2022.

Apakah kegunaan tandatangan elektronik?

Lihat cara e-tandatangan membawakan kecekapan kepada mana-mana jabatan — dan mana-mana industri.

Pastikan pasukan anda fokus pada penjualan dengan membebaskan mereka daripada tugasan pentadbiran manual dan berulang-ulang.

Tangkap dan kongsi maklumat sensitif secara selamat dengan pengalaman yang lancar dan tanpa kertas seperti yang diharapkan oleh pelanggan hari ini.

HR

Tingkatkan produktiviti pekerja dan gembirakan calon pekerjaan dengan membolehkan mereka mengakses dan e-tandatangan dokumen dengan mudah dari mana-mana sahaja.

Ubah dan automasikan dokumen dan aliran kerja e-tandatangan anda untuk kecekapan yang lebih baik sambil melindungi privasi pesakit.

IT

Dayakan aliran kerja e-tandatangan dan kelulusan yang automatik dan digital sepenuhnya untuk pasukan dan jabatan merentasi organisasi anda.

Acrobat Sign diberi kebenaran oleh FedRAMP Moderate, jadi anda boleh meringkaskan proses sambil memastikan data sensitif terjamin.

Perlukan jenis e-tandatangan yang lebih terjamin?

Tandatangan digital, seperti tandatangan awan kami, dianggap sebagai jenis e-tandatangan yang paling terjamin di seluruh dunia. Apabila anda memerlukan tahap jaminan tertinggi untuk mengenal pasti penandatangan, melindungi transaksi anda, atau mematuhi undang-undang tempatan, pilih tandatangan digital yang menggunakan identiti digital yang disahkan oleh pihak ketiga yang dipercayai.

Apa yang boleh anda lakukan dengan Acrobat Sign?

Hantar dengan mudah, seperti e-mel.

Hantar untuk dapatkan tandatangan elektronik dalam 3 langkah mudah. Muat naik dokumen anda, taip alamat e-mel penandatangan dan tekan hantar. Itu sahaja.

Tandatangan dalam sekelip mata.

Penandatangan boleh mengklik sahaja pautan dan melakukan e-tandatangan di sana daripada pelayar, pada komputer mereka atau pada mana-mana peranti mudah alih — muat turun atau pendaftaran tidak diperlukan.

Jejak dan urus kemajuan.

Ikuti perkembangan terkini dokumen yang anda tandatangani. Ketahui status setiap tandatangan, hantar peringatan, batalkan permintaan dan lihat jejak audit terperinci untuk semua transaksi elektronik anda.

Bekerja dengan Microsoft dan alat lain yang telah anda gunakan.

Sebagai penyelesaian e-tandatangan pilihan Microsoft, Acrobat Sign disepadukan dengan lancar dengan aplikasi Microsoft. Anda boleh mencipta, mengedit, dan menandatangan dokumen dalam pelbagai format dokumen tanpa meninggalkan Microsoft 365. Anda boleh mencapai penyepaduan dengan banyak lagi alat perniagaan lain, termasuk Salesforce dan Workday.

Ingin tahu lebih lanjut?

Sama ada anda memerlukan beberapa maklumat asas tentang penyelesaian tandatangan elektronik kami atau anda mahukan sebut harga tersuai untuk keperluan perniagaan unik anda, kami bersedia untuk membantu anda menjawab soalan anda.

Soalan lazim tandatangan elektronik Acrobat Sign

Tandatangan digital ialah tandatangan elektronik yang lebih terjamin yang dijana menggunakan sijil digital dan terikat secara kriptografi pada dokumen menggunakan infrastruktur kunci awam (PKI). Sijil digital adalah unik kepada penandatangan dan diperoleh daripada pihak ketiga yang dipercayai seperti penyedia khidmat amanah (TSP) atau pihak berkuasa sijil (CA) selepas pengesahan identiti penandatangan.

Ya. Tandatangan elektronik ialah istilah luas untuk apa-apa proses elektronik yang menunjukkan penerimaan perjanjian atau rekod. Tandatangan digital merujuk kepada tandatangan elektronik yang lebih terjamin yang dijana menggunakan sijil digital dan terikat secara kriptografi pada dokumen menggunakan infrastruktur kunci awam (PKI).

Tandatangan awan ialah tandatangan digital iaitu sijil digital penandatangan diuruskan oleh penyedia khidmat amanah (TSP) di awan. Tandatangan awan bergantung pada piawaian terbuka global yang dicipta oleh Konsortium Tandatangan Awan (CSC). Berbanding dengan tandatangan digital tradisional yang digunakan menggunakan kad pintar fizikal atau token USB, tandatangan awan memudahkan penggunaan tandatangan digital yang dipercayai secara terus daripada peranti mudah alih atau pelayar Web. Untuk maklumat lanjut, sila lihat halaman penyedia penyelesaian identiti digital di Pusat Amanah Adobe.

Meterai elektronik atau e-meterai digunakan oleh entiti yang sah di sisi undang-undang seperti perniagaan atau organisasi untuk mengesahkan asal, kesahihan, dan integriti dokumen. Meterai elektronik mungkin memberikan bukti kukuh yang sah di sisi undang-undang bahawa dokumen itu tidak diubah dan berasal daripada entiti yang dikenal pasti oleh sijil pemeteraian digital.

Ya. E-tandatangan adalah sah di sisi undang-undang di banyak negara seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut tentang kesahan e-tandatangan, sila lihat halaman undang-undang e-tandatangan Global daripada Pusat Amanah Adobe.

Gambaran keseluruhan keselamatan Adobe Acrobat Sign menyediakan maklumat tentang keselamatan untuk Adobe Acrobat Sign Solutions. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara Adobe melindungi dokumen, data dan maklumat peribadi anda, sila lawati Pusat Amanah Adobe Sign.

Untuk maklumat tentang pematuhan Adobe Acrobat Sign, sila lihat Pensijilan, Piawaian dan Peraturan Pematuhan Adobe yang disenaraikan dalam Pusat Amanah Adobe.