Gunakan Acrobat Sign untuk penandatanganan kontrak dalam talian.

Halakan kontrak elektronik dan kumpulkan e-tandatangan dengan Acrobat Sign. Ia ialah cara yang paling cepat dan paling mudah untuk memindahkan dokumen melalui aliran kerja anda dengan lebih cepat.

Lihat perkara yang disertakan. Lihat pelan dan harga.

Sudah mempunyai akaun Acrobat Sign? Daftar masuk di sini


Pindahkan kontrak anda dalam talian dan nikmati manfaatnya.


Kemudahan

Kemudahan

Menukarkan proses kontrak anda menjadi perkhidmatan dalam talian adalah sangat memudahkan berbanding menghalakan menggunakan tangan dan menghantar melalui pos. Penerima boleh menandatangan dokumen dan menghantarkannya kembali kepada anda dalam masa beberapa minit - bukan hari.


Mudah Digunakan

Mudah

Penandatanganan kontrak dipermudahkan, tanpa apa-apa muat turun atau pemasangan oleh penandatangan anda. Mereka hanya klik pautan yang anda hantar kepada merka, yang membawa mereka kepada perjanjian dalam talian yang memerlukan tandatangan elektronik atau tandatangan digital mereka.


Fleksibel

Fleksibiliti

Anda boleh menghantar dokumen untuk ditandatangan dari mana-mana sahaja dan ia boleh diterima dari mana-mana sahaja. Kontrak elektronik tidak perlu ditangguhkan hanya kerana anda atau penandatangan sibuk.


Jejaki kemajuan

Penjejakan

Setiap langkah direkodkan, daripada saat anda menghantar kontrak sehingga masa anda menerima dokuemn anda yang ditandatangan. Anda mendapat pemberitahuan sebaik sahaja dokumen elektronik dilihat atau ditandatangan.


Penyepaduan

Penyepaduan

Acrobat Sign dibina untuk disepadukan dengan lancar dengan aplikasi yang sudah anda gunakan. Gunakan Acrobat Sign untuk menandatangan kontrak dalam Microsoft Office, Salesforce, Workday, Dropbox, ServiceNow dan banyak lagi.




Soalan Lazim Kontrak Elektronik Acrobat Sign


1. Pergi ke tab Halaman Utama dan klik butang “Minta Tandatangan”

2. Takrifkan penerima anda dengan memasukkan maklumat berikut (dari kiri ke kanan):

  • Peranan penerima (Penandatangan ialah peranan lalai
  • Alamat e-mel penerima anda
  • Pilih kaedah pengesahan faktor kedua (pilihan).
  • Mesej peribadi (pilihan)

3. Pilih Nama Perjanjian dan tambahkan mesej untuk e-mel permulaan kepada penerima anda.

4. Seret dan jatuhkan, lampirkan atau pilih dokumen yang ingin anda hantarkan.

  • Anda boleh melampirkan beberapa dokumen jika perlu. Ia akan dihantar sebagai dokumen tunggal mudah.

5. Tambahkan medan jika perlu dengan memilih “Pratonton & Tambah Medan Tandatangan”. Kemudian klik “Seterusnya.”

6. Hanya seret medan daripada tab di bahagian kanan skrin dan jatuhkannya di tampat yang anda mahu dalam dokumen.

7. Apabila anda selesai, Klik “Hantar.”

8. E-mel akan dihantar kepada penerima anda dengan pautan kepada dokumen untuk mereka semak dan tandatangan.


Dengan Acrobat Sign, penandatanganan kontrak dalam talian sentiasa percuma dan mudah - tanpa memerlukan muat turun atau pendaftaran. Hanya klik pautan e-mel untuk membuka kontrak pada mana-mana peranti. Prom akan membimbing anda melalui proses. Untuk menandatangan, anda boleh menaip nama anda dalam kotak tandatangan, muat naik imej tandatangan anda atau tandatangan menggunakan tetikus, jari atau stilus. Klik “Gunakan” dan “Selesai:” Itu sahaja. Lihat selanjutnya tentang cara menandatangan menggunakan tandatangan elektronik.


Anda boleh menggunakan Acrobat Sign untuk menggantika apa-apa dokumen atau kontrak kertas, untuk apa-apa sahaja daripada mencapai persetujuan urus niaga sehinggalah mengambil pekerja. Kontrak jualan, perjanjian perundingan, perjanjian tanpa pendedahan (NDA), borang pendaftaran digital dan banyak lagi semuanya boleh ditandatangan dalam talian.


Dengan Acrobat Sign, anda boleh meminta tandatangan atau membina templat yang boleh digunakan semula untuk pelbagai jenis dokumen, termasuk:

Adobe PDF (.pdf)

Microsoft Word (.doc and .docx)

Microsoft Excel (.xis and .xlsx)

Microsoft PowerPoint (.ppt and .pptx)

WordPerfect (.wp)

Text (.txt)

Rich Text (.rtf)

Grafik (.tif, .jpg, .jpeg, .gif, .bmp, dan .png)

Web (.htm or html)