{{questions-we-have-answers}}
Apakah itu {{adobe-illustrator}}?
{{adobe-illustrator}} ialah alat reka bentuk grafik terkemuka dalam industri yang membolehkan anda mereka bentuk apa-apa sahaja yang boleh anda bayangkan – daripada logo dan ikon hinggalah grafik dan ilustrasi – dan menyesuaikan reka bentuk anda itu dengan kejituan tahap profesional, serta ciri yang menjimatkan masa seperti Ulang untuk Corak atau Pengeditan Global. Anda boleh menggunakan grafik yang anda cipta dengan {{illustrator}} dalam mana-mana saiz format digital atau cetakan, dan berasa yakin bahawa grafik itu akan kelihatan sama seperti reka bentuk anda.
Apakah perbezaan antara {{illustrator}} dengan {{photoshop}}?
Kedua-dua produk membolehkan anda mencipta reka bentuk serta grafik yang cantik dan jitu. Perbezaannya terletak pada cara grafik anda dicipta. Illustrator adalah sesuai untuk mencipta grafik yang boleh dibesarkan atau dikecilkan tanpa had, tanpa mengaburkan atau mengurangkan ketajaman kerana grafik itu dihasilkan daripada titik, garisan dan lengkung — bukan piksel. Gunakan grafik vektor ini dalam mana-mana format yang anda suka – kecil atau besar, digital atau cetakan. Photoshop pula adalah ideal untuk kerja foto dan penciptaan atau pengeditan grafik berasaskan piksel atau raster. Ketahui lebih lanjut tentang kesesuaian penggunaan Illustrator berbanding dengan Photoshop di sini.
Adakah saya perlu tahu cara melukis untuk menggunakan {{illustrator}}?
Tidak sama sekali. Dengan Illustrator, anda boleh menggunakan bentuk, garisan, lengkung dan pinggir untuk mencipta reka bentuk yang cantik dengan ciri seperti Pembina Bentuk, walaupun anda tidak pernah melukis sepanjang hidup anda. Anda juga boleh mencuba templat yang boleh disesuaikan apabila anda ingin memulakan projek dengan cepat. Perkara yang paling istimewa ialah anda boleh terus mengubah suai dan menukar warna, fon, bentuk dan banyak lagi – pada bila-bila masa dan sebanyak yang anda mahu.
Bolehkah saya menggunakan {{adobe-illustrator}} pada iPad?
Ya. Anda boleh memuatturunnya di App Store dan perisian itu disertakan dalam langganan Illustrator atau {{creative-cloud-pro}} anda. Illustrator pada iPad adalah amat sesuai jika anda suka melukis secara digital dengan pergerakan tangan semula jadi – contohnya, dengan menggunakan Apple Pencil. Ketahui lebih lanjut tentang Illustrator pada iPad di sini.
Berapakah harga {{adobe-illustrator}}?
PRICE - ABM - Illustrator{{small-tax-incl-label}} untuk {{annual-paid-monthly-plan}}.
Kami akan membantu anda bermula dengan video tutorial dan pembelajaran praktikal, fon dan templat percuma, akses kepada Adobe Express Premium, dan banyak lagi. Ketahui lebih lanjut tentang pilihan pembelian di halaman pelan Creative Cloud.
Jika anda berminat dengan app kreatif Adobe tambahan, anda juga boleh mendapatkan Illustrator sebagai sebahagian daripada pelan {{cc-pro}}.
Adakah {{adobe-illustrator}} percuma?
{{illustrator}} ialah langganan bulanan atau tahunan berbayar, tetapi anda boleh mendaftar untuk percubaan percuma tujuh hari | Percubaan percuma tujuh hari Illustrator untuk melihat sama ada Illustrator ialah alat reka bentuk grafik yang terbaik untuk anda atau tidak. Anda juga boleh cuba membuat kolaj, risalah, video dan animasi dengan versi biasa Adobe Express — yang percuma buat selama-lamanya.
Adakah terdapat harga pelajar untuk {{adobe-illustrator}}?
Ya, pelajar dan guru memperoleh penjimatan lebih {{percentage-discount-ste}} untuk pelan {{creative-cloud-pro}}. Ketahui lebih lanjut tentang pelan pelajar di sini | Ketahui tentang {{creative-cloud-pro}} untuk pelajar.