Kurangkan masa penyiapan video sebanyak 31% dan tingkatkan kepuasan pelanggan sebanyak 36% menggunakan alat kolaborasi video Frame.io. Kini alat ini terbina dalam Premiere dan After Effects.
(Sumber: IDC 2020)
Dapatkan maklum balas daripada pengulas pada garis masa anda. Kongsi bahagian filem, aset dan visi kreatif anda dengan alat kolaboasi dalam app pengeditan video terkemuka industri.
Fleksibel, pantas dan intuitif, Frame.io memperkemas aliran kerja kreatif hujung ke hujung dengan muat naik sepantas kilat, komen terpusat, maklum balas teratur, pemindahan terus Kamera ke Awan dan penyepaduan dengan Premiere. Kolaborasi jarak jauh tidak pernah semudah ini.
Kolaborasi dengan editor lain dalam garis masa yang dikongsi dari mana-mana sahaja, simpan dan kongsi kemas kini pada awan dan kunci urutan untuk mengelakkan konflik semasa mengedit.
Bekerja dengan logo, grafik, warna dan banyak lagi dengan pustaka Creative Cloud yang boleh dicari dan mudah dikongsi serta diakses merentas app Creative Cloud.
Cari alatan yang sesuai untuk projek anda, pasukan anda dan visi anda. Sambung ke ekosistem dengan lebih 400 rakan kongsi video Adobe supaya pasukan anda boleh mengakses alat yang sesuai mengikut keperluan khusus mereka.
Lihat cara pasukan menggunakan Frame.io dan Premiere untuk maju ke hadapan.
Apabila Paul Rogers mengedit filem terbarunya, dia bergantung pada Frame.io dan Premiere. “Saya suka ketelitian yang boleh kita buat dengan nota,” katanya. “Anda boleh mendapatkan kod masa yang tepat, melukis imej di atasnya dan membulatkan perkara yang mengganggu anda.”
Pembuat filem David Lowery bergantung pada Frame.io untuk bekerja dengan pasukan di seluruh dunia untuk semua filemnya termasuk filem terbaru,The Green Knight. “Kerja kreatif itu sendiri menjadi lebih baik kerana kami dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan,” katanya.
RM66.50/bulan termasuk SST
Tahunan, dibilkan setiap bulan
Termasuk 100GB storan awan, Adobe Fonts dan Adobe Portfolio.
RM220.32/bulan termasuk SST
Tahunan, dibilkan setiap bulan
Dapatkan 20+ aplikasi creative –cloud termasuk Photoshop, Illustrator, Adobe Express, Premiere dan Acrobat Pro.
RM57.56/bulan termasuk SST
Tahunan, dibilkan setiap bulan
Jimat lebih 70% pada 20+ aplikasi Creative Cloud Pro. termasuk Photoshop, Illustrator, Premiere dan Acrobat.
Tahunan, dibilkan setiap bulan
Jimat 21% untuk tahun pertama untuk app kreatif yang terkemuka dalam industri dengan pengurusan lesen yang mudah. Sah untuk sehingga 9 lesen. Bayar RM368.00/bulan untuk tahun pertama dan RM471.00/bulan selepas itu. Pelanggan baharu sahaja.
Based on your location, we think you may prefer the United States website, where you'll get regional content, offerings, and pricing.