Maklum balas anda. Alat yang lebih tajam.
Kreativiti anda membentuk alat ini. Maklum balas memacu perkara yang akan datang.
Topeng Objek
Topeng Objek berkuasa AI dalam Premiere membolehkan anda memilih subjek dalam beberapa saat sahaja. Mod Licin baharu turut ditambah untuk ketepatan lebih lanjut pada objek dengan bahagian tepi yang lembut.
Kemas kini untuk Pemilihan Berbantu
Pemilihan Berbantu kini lebih hebat daripada sebelumnya. Anda tidak perlu lagi mengezum untuk menyemak setiap wajah kerana Paparan Wajah baharu memberikan skor yang terperinci bagi setiap imej, lalu membolehkan anda mengenal pasti syot terbaik anda dengan lebih pantas.
Jajar Tengah
Atas permintaan popular, inilah cara yang lebih pantas untuk mejajarkan objek ke tengah. Kini anda boleh mejajarkan objek ke tengah pada kedua-dua arah dengan hanya satu butang bernama Jajar Tengah Mendatar & Menegak.
Import SVG
Dengan "Sertakan Kod SVG" didayakan dalam tetapan Pengendalian Papan Keratan anda, anda boleh menyalin karya seni vektor SVG dan menampalkan karya seni tersebut terus ke dalam projek After Effects sebagai lapisan bentuk asli yang boleh diedit.
Tindakan Dimodenkan
Tindakan telah dikemas kini. Mod Butang kini menyokong klik kanan, mencari tindakan adalah lebih pantas dengan mod carian, dan mengatur pustaka tindakan yang besar juga adalah lebih mudah.
Pautkan Semula Secara Berkelompok
Apabila anda menggantikan imej yang dipautkan dalam Illustrator, anda kini boleh memilih untuk menggunakan perubahan tersebut di mana-mana sahaja imej itu muncul dalam fail anda, walaupun merentas berbilang papan seni dan susun atur yang berulang.
Susun Atur Fleksibel yang Dipertingkat
Susun atur kini lebih responsif dan mudah digunakan. Edit ruang kosong terus pada kanvas, pilih elemen bersarang dengan mudah, dan ubah saiz tanpa merosakkan struktur.
Kesan dan peralihan baharu
Cipta peralihan sinematik dengan kesan baharu, termasuk Gradien dengan latar belakang bertekstur, Hingar dengan kawalan yang lebih fleksibel, dan Kabur Saluran yang membolehkan anda mengaburkan warna tertentu untuk menghasilkan kesan yang dramatik.
Kedalaman Medan
Jadikan komposisi 3D anda lebih meyakinkan dan mengasyikkan dengan mudah, tanpa memerlukan pemalam tambahan atau alat luaran. Kedalaman Medan kini berfungsi dengan Pengemas Gabung 3D Lanjutan.
Tindakan Dimodenkan
Tindakan telah dikemas kini. Mod Butang kini menyokong klik kanan, mencari tindakan adalah lebih pantas dengan mod carian, dan mengatur pustaka tindakan yang besar juga adalah lebih mudah.
Pembersihan Lapisan
Analisis, susun dan namakan semula tindanan lapisan anda secara automatik dengan Pembersihan Lapisan. Kekal teratur, perkemas projek anda dan pastikan nama lapisan konsisten.
Alat Alih Keluar pada peranti
Alat Alih Keluar kini berfungsi secara luar talian. Bersihkan imej anda dan dapatkan hasil berkualiti yang sama pada peranti anda seperti ketika menggunakan pemproses awan atau pelayan luaran.
Teks Dinamik
Cipta teks berbentuk yang boleh diedit terus dalam Photoshop tanpa perlu beralih kepada Illustrator. Dengan Teks Dinamik, taipan anda mengalir semula secara automatik semasa anda menyesuaikan bentuk, supaya anda boleh mencari padanan yang tepat dengan lebih pantas.
"Kalaulah ada alat yang boleh bantu saya lakukan ini!"
… Dan sekarang sudah ada. Pereka watak Jackie Droujko pernah menghabiskan masa berjam-jam mengasingkan subjek daripada latar belakang. Lihat cara alat Select Subject yang dipertingkatkan dalam Photoshop menjadikan prosesnya lebih pantas dan bersih.
Pilih Subjek Dipertingkatkan
Pilih Subjek dalam Photoshop lebih tepat dalam memilih objek yang kompleks dan terperinci seperti rambut. Ciri ini juga sentiasa dihidupkan secara lalai. Anda tidak perlu lagi mengaktifkan pemprosesan awan untuk mendayakan ciri ini.
Kemaskinian pelarasan warna
Ciri Laraskan Warna baharu dalam Bar Tugas Kontekstual mengesan warna yang paling menonjol dalam imej anda secara automatik. Gunakan sampel untuk membuat pelarasan sasaran dengan mudah pada rona, penepuan dan kecerahan.
Pemilihan Objek Dipertingkat
Ucapkan selamat tinggal pada penambahbaikan yang memenatkan pada pilihan anda. Alat Pemilihan Objek dalam Photoshop adalah lebih tepat dan cekap, walaupun semasa menangani bahagian tepi yang kompleks seperti pada pakaian dan rambut.
Pautkan Semula Secara Berkelompok
Apabila anda menggantikan imej yang dipautkan dalam Illustrator, anda kini boleh memilih untuk menggunakan perubahan tersebut di mana-mana sahaja imej itu muncul dalam fail anda, walaupun merentas berbilang papan seni dan susun atur yang berulang.
Jajar Tengah
Atas permintaan popular, inilah cara yang lebih pantas untuk mejajarkan objek ke tengah. Kini anda boleh mejajarkan objek ke tengah pada kedua-dua arah dengan hanya satu butang bernama Jajar Tengah Mendatar & Menegak.
Pengeditan langsung 60fps
Lihat pengeditan dengan serta-merta dalam Illustrator semasa anda gunakan kesan, skala, atau ubah objek. Ekoran daripada peningkatan prestasi, pengeditan dan perubahan warna muncul secara langsung, supaya anda boleh bekerja dengan yakin dan membuat pengulangan dengan lebih pantas.
Import SVG ke After Effects
Kini anda boleh membawa vektor Illustrator ke dalam After Effects dengan mudah. Cipta bingkai utama untuk animasi dan hidupkan karya seni kompleks tanpa kehilangan ketepatan atau struktur lapisan.
Pengurusan papan seni
Mengurus berbilang papan seni dalam Illustrator kini menjadi lebih mudah. Namakan semula, kunci dan susun semula papan seni tanpa bertukar alat atau zum masuk. Anda juga boleh bekerja lebih pantas dengan label yang boleh diedit dan eksport terpilih.
Penjajaran yang lebih pintar
Kini anda boleh menggunakan Jajarkan kepada Bentuk Serong atau Jajarkan kepada Serenjang untuk mencipta laluan yang tepat tanpa langkah tambahan. Anda juga boleh mengehadkan penjajaran pada papan seni atau objek tertentu untuk melukis dengan lebih tepat.
Kemaskinian warna
Untuk lebih kawalan dan kurang kerja manual, Illustrator kini menyokong gradien perseptual dan penditeran untuk adunan yang semula jadi, mempunyai pratetap gradien baharu, dan pemilih warna yang lebih jelas.
Pelayar fon dipertingkat
Cari, guna dan susun fon dengan mudah. Gunakan pelayar fon dipertingkat dengan bahagian yang lebih bersih dan penapis baharu untuk mencari fon anda dengan pantas dan menemukan yang baharu daripada pustaka Adobe Fonts yang luas.
Penambahbaikan kelajuan
Illustrator kini jauh lebih cepat dan dilancarkan sehingga 3x lebih pantas, menyimpan fail sehingga 6x lebih pantas, dan mengendalikan karya seni yang dipautkan dengan mudah. Anda boleh terus kekal dalam aliran kerja dan mencipta dengan lebih pantas tanpa perlu menunggu.
Tampal pada papan seni terpilih
Kini anda boleh menampalkan elemen yang sama pada beberapa papan seni terpilih dalam Illustrator, lantas menjimatkan begitu banyak masa. Gunakan pintasan biasa seperti tampal di hadapan atau tampal di belakang untuk membuat perubahan yang tepat, selama beberapa kali.
Simpan corak dan gradien
Gunakan semula dan kongsi gradien kegemaran dan sampel corak anda dengan mudah dengan menyimpan dalam pustaka Creative Cloud Libraries. Pilih Tambahkan Elemen daripada panel Pustaka dan pilih Corak atau Gradien Isian/Strok.
Ekstrak Warna
Cipta palet reja warna dalam Illustrator berdasarkan warna dalam sesebuah karya seni. Paparkan hasil sebagai HEX, RGB, HSB, atau CMYK, dan pastikan ketepatan yang maksimum bila berkongsi warna untuk garis panduan jenama.
Penamaan fail yang pintar
Ucapkan selamat tinggal kepada penamaan fail manual yang membosankan. Kini anda hanya perlu mencipta awalan, memilih fail, dan menandai kotak. Eksport besar-besaran berbilang papan seni tidak pernah semudah ini.
"Kami meminta dan Adobe menyampaikan."
Tonton pengilustrasi Nataszko menunjukkan cara ciri pratonton langsung baharu berfungsi dalam alat Pensel. "Kami sudah lama merayu untuk alat Illustrator ini..."
Kemas kini untuk Pemilihan Berbantu
Pemilihan Berbantu kini lebih hebat daripada sebelumnya. Anda tidak perlu lagi mengezum untuk menyemak setiap wajah kerana Paparan Wajah baharu memberikan skor yang terperinci bagi setiap imej, lalu membolehkan anda mengenal pasti syot terbaik anda dengan lebih pantas.
Carian Dipertingkat
Cari foto dengan istilah carian semantik yang intuitif seperti "penari balet dirakam semasa waktu keemasan di New York City, 35mm." Cari pada mudah alih atau desktop dan mengikut metadata seperti format, tarikh atau butiran kamera tertentu.
Penopengan Subjek yang Dipertingkatkan
Alat Penopengan Subjek kini lebih tepat, dengan pemilihan yang sangat jitu untuk objek terperinci seperti rambut atau jejari basikal. Klik Topeng Subjek untuk mengasingkan elemen utama imej daripada latar belakang yang sibuk.
Label Warna yang Dikemas Kini
Gunakan visual yang mudah diimbas pada foto anda untuk mempercepatkan aliran kerja. Tag foto dengan lima label warna baharu yang boleh disesuaikan untuk mengatur projek anda.
Pengalihan Keluar Gangguan yang Lebih Baik
Dapatkan hasil yang lebih tepat dan lancar dengan kemajuan alat Pengalihan Keluar Gangguan dalam Lightroom. Kenal pasti secara automatik dan edit keluar objek serta orang yang mengganggu pada latar belakang foto anda.
Kemas Kini Tindakan Pantas
Gunakan Tindakan Pantas dalam Lightroom Mudah Alih untuk mengedit foto lebih pantas dalam modal Lightroom. Buat pengeditan lanjutan dengan beberapa ketikan sahaja. Gunakan rupa tertentu, asingkan latar belakang, tingkatkan langit, dan edit keluar cela dengan serta-merta.
Topeng Objek
Topeng Objek berkuasa AI dalam Premiere membolehkan anda memilih subjek dalam beberapa saat sahaja. Mod Licin baharu turut ditambah untuk ketepatan lebih lanjut pada objek dengan bahagian tepi yang lembut.
Kesan dan peralihan baharu
Cipta peralihan sinematik dengan kesan baharu, termasuk Gradien dengan latar belakang bertekstur, Hingar dengan kawalan yang lebih fleksibel, dan Kabur Saluran yang membolehkan anda mengaburkan warna tertentu untuk menghasilkan kesan yang dramatik.
Kapsyen satu perkataan
Kami ambil maklum pandangan anda. Anda kini boleh memilih untuk memaparkan kapsyen yang boleh disesuaikan dalam bentuk satu perkataan pada satu masa dan bukannya ayat penuh untuk keterlibatan dan prestasi yang lebih baik, terutamanya untuk projek media sosial.
Topeng bentuk yang direka semula
Topeng bentuk yang direka semula kini menjangka cara anda bekerja. Nikmati penjejakan yang lebih pantas, kawalan yang tepat, dan tetapan lalai yang lebih intuitif, supaya anda boleh mengasingkan muka dan bentuk unik lain dengan cepat.
Penyepaduan Panel Frame.io & Adobe Stock
Akses panel Frame.io dan Adobe Stock yang baharu terus dalam ruang kerja Premiere anda. Cari klip stok dan seret terus ke dalam garis masa anda. Selain itu, semak maklum balas Frame.io dan muat naik pengeditan baharu dengan sekali klik.
"Di sinilah Adobe mendengar dan bertindak balas."
Ketahui sebab pencipta dan pembikin filem Andrew Paul menggelarkan penggunaan bar carian Media Intelligence baharu sebagai "cara terpantas untuk mengedit bahagian filem anda dalam Adobe Premiere."
Pengeditan bentuk gelombang langsung
Pengeditan audio menjadi lebih tepat dan intuitif dengan bentuk gelombang audio dinamik. Semasa anda mengedit, bentuk gelombang menyesuaikan diri supaya anda melihat kesan pengeditan terhadap audio dengan serta-merta.
Terjemahan kapsyen
Cipta kapsyen dan sari kata dengan serta-merta. Buat transkripsi dialog video secara automatik dan terjemahkan ke dalam 27 bahasa yang berbeza dengan Premiere Pro, tanpa memerlukan perkhidmatan terjemahan pihak ketiga.
Panel sifat
Perkemaskan aliran kerja anda dengan kemaskinian untuk panel sifat dalam Premiere. Ubah tetapan seperti kelajuan dan pemangkasan dalam klip yang berbeza mengikut konteks, dan akses kesan lain dengan mudah untuk menjimatkan masa.
Media Intelligence
Kurangkan masa mencari bahagian filem dengan panel Carian baharu dalam Premiere Pro. Huraikan sahaja klip yang anda perlukan — menggunakan bahasa harian — dan temukan klip itu dengan pantas.
Pengeditan Berasaskan Teks
Cara mengedit yang benar-benar baharu: daripada menonton bahagian filem berjam-jam hanya untuk mencari petikan bunyi yang tepat, kini anda boleh mencari kata kunci dalam transkrip dan menambahkan kata kunci itu ke dalam garis masa untuk memulakan potongan kasar anda.
Susun Atur Fleksibel yang Dipertingkat
Susun atur kini lebih responsif dan mudah digunakan. Edit ruang kosong terus pada kanvas, pilih elemen bersarang dengan mudah, dan ubah saiz tanpa merosakkan struktur.
Cari Objek
Pereka sering tersesat dalam susun atur yang kompleks, menggali Lapisan untuk mencari objek yang betul. Dengan Cari Objek, anda boleh terus mengekalkan kawalan dengan mudah. Hanya pilih objek anda dan klik kaca pembesar dalam panel Lapisan untuk mencari objek yang dikehendaki dengan serta-merta.
Import fail daripada Illustrator
Tukar fail Illustrator dengan mudah kepada dokumen InDesign yang boleh diedit, mengekalkan ketepatan vektor, teks dan warna. Beralih dengan pantas daripada ilustrasi kepada susun atur tanpa mengganggu kerja anda.
"Saya suka apabila jenama benar-benar mendengar pandangan golongan kreatif."
"Jika anda pernah kehilangan fail InDesign dan anda hanya ada salinan PDF, anda pasti tahu betapa paniknya keadaan itu," kata usahawan Ernesta Smilgeviciute. Tonton cara beliau menukar PDF kepada dokumen InDesign yang boleh diedit.
Penukaran PDF
Tukar PDF menjadi fail InDesign yang boleh diedit, sambil mengekalkan segala-galanya dalam dokumen asal. Kekalkan jadual, hiperpautan, fon dan elemen lain, serta perhalusi setiap bahagian dalam InDesign.
Sokongan GPU pada Windows
Pecutan GPU meningkatkan daya tindak balas dan mengurangkan lag untuk zum dan tatal yang lancar, walaupun dalam dokumen InDesign yang panjang dan kompleks. Kini tersedia pada Windows dan juga Mac.
Ungkapan Matematik
Cipta dan gayakan ungkapan matematik serta notasi saintifik dalam dokumen InDesign dengan editor matematik bersepadu. Sesuaikan rupa untuk mematuhi piawaian bagi penerbitan penyelidikan dan teknikal.
Import SVG
Dengan "Sertakan Kod SVG" didayakan dalam tetapan Pengendalian Papan Keratan anda, anda boleh menyalin karya seni vektor SVG dan menampalkan karya seni tersebut terus ke dalam projek After Effects sebagai lapisan bentuk asli yang boleh diedit.
Kedalaman Medan
Jadikan komposisi 3D anda lebih meyakinkan dan mengasyikkan dengan mudah, tanpa memerlukan pemalam tambahan atau alat luaran. Kedalaman Medan kini berfungsi dengan Pengemas Gabung 3D Lanjutan.
Kemas kini Mayang Objek
Berus Mayang Objek kini melukis dalam mod Berus Langsung, membolehkan anda melihat pemilihan dikemas kini serta-merta semasa anda menambah atau menolak. Asingkan objek secara automatik dengan Mayang Objek atau gunakan berus untuk kawalan manual.