Apakah maksud memperhalus tepi?
Kadangkala pengeditan foto memerlukan kejituan yang tinggi. Mungkin anda cuba memilih pokok yang ingin dialih keluar daripada latar belakang foto perkahwinan atau menyalin gambar anak-anak anda daripada foto keluarga untuk ditampal ke dalam kolaj foto. Alat Perhalus Tepi boleh membantu anda memilih setiap dahan pokok dan helai rambut dengan tepat tanpa memasukkan apa-apa daripada latar belakang. Teruskan membaca untuk melihat cara anda boleh menggunakan alat Perhalus Tepi untuk memilih bahagian tepi yang kompleks dengan mudah.
Alat yang tepat untuk bahagian tepi yang kasar.
Alat Perhalus Tepi menggabungkan ketepatan alat Pen dengan kemudahan alat Pemilihan Pantas, supaya anda boleh membuat pemilihan tepat pada bahagian tepi yang bergerigi dengan cepat.
Gunakan berus.
Sesuaikan tetapan, kemudian jalankan alat Perhalus Tepi pada bahagian tepi yang kompleks dalam imej anda seperti berus untuk memilih dan menutup sisa-sisa imej latar belakang.
Cara memperhalus bahagian tepi.
Lihat cara anda boleh menggunakan alat berus Perhalus Tepi untuk membuat pemilihan rumit hanya dengan beberapa sapuan.
- Duplikasi:
Klik kanan pada lapisan latar belakang dan pilih Duplikasikan Lapisan untuk membuat sandaran imej asal anda, sekiranya anda membuat perubahan yang tidak disukai. - Pilih:
Gunakan alat Pilih Objek, alat Laso, alat Tongkat Sakti, atau alat Pemilihan Pantas untuk memilih kawasan di sekitar objek yang ingin anda gunakan. Barisan garis putus-putus hitam beranimasi — kadangkala dipanggil "semut berbaris" — akan mengelilingi kawasan yang telah anda pilih. Tahan kekunci Alt (pada Windows) atau kekunci Command (pada Mac) dan klik pada mana-mana kawasan yang anda ingin alih keluar daripada pemilihan.
- Tetapkan:
Klik pilihan Pilih dan Topeng dalam menu atas. Ini akan membuka tab Sifat dan membolehkan anda menyesuaikan tetapan alat Perhalus Tepi untuk mengawal cara bahagian tepi anda dibersihkan. Pastikan anda telah memilih alat Perhalus Tepi dalam bar sisi baharu. Akordion di bawah memberikan gambaran keseluruhan bagi tetapan anda.
- Perhaluskan:
Jalankan alat Perhalus Tepi pada bahagian tepi yang ingin anda bersihkan. Sentiasa klik di dalam pemilihan anda dan kemudian lukis berus ke arah luar. Dengan cara ini, alat tersebut dapat mengesan perbezaan antara subjek dengan latar belakang dengan lebih baik. - Hasilkan:
Apabila anda selesai, kembali ke tab Sifat dan cari pilihan Output Ke di bahagian bawah panel. Pilih satu pilihan daripada menu lungsur untuk menentukan perkara yang hendak dilakukan dengan pemilihan anda yang telah siap. Contohnya, jika anda ingin mengambil pemilihan anda dan menambahkan latar belakang yang baharu, anda boleh memilih untuk output sebagai dokumen baharu. Untuk terus mengedit pemilihan dalam dokumen sedia ada, pilih Lapisan Baharu dengan Topeng Lapisan.
Radius
Tetapan ini menentukan kadar kawasan di sekitar subjek anda yang akan dimasukkan oleh alat Perhalus Tepi. Untuk bahagian tepi yang sangat rumit seperti helaian rambut, klik kotak Tunjukkan Radius untuk melihat dengan tepat kawasan yang sedang diperhalus, kemudian laraskan dengan sewajarnya.
Radius Pintar
Apabila Radius Pintar diaktifkan, Photoshop akan secara automatik menggunakan radius yang lebih kecil sepanjang bahagian tepi yang mudah dan radius yang lebih besar pada bahagian tepi yang kompleks.
Licinkan
Laraskan gelangsar Licin untuk mengawal sejauh mana alat Perhalus Tepi melicinkan bahagian tepi pemilihan.
Lembutkan
Gunakan Lembutkan untuk melembutkan bahagian tepi yang bergerigi.
Kontras
Jika anda ingin mengeraskan bahagian tepi pemilihan anda, tinggikan tetapan Kontras.
Anjak Tepi
Gerakkan gelangsar ini untuk melaraskan bahagian tepi pemilihan anda ke dalam atau ke luar.
Nyahcemar Warna
Jika latar belakang telah memberikan pantulan berwarna pada pemilihan anda, pilihan ini akan membantu memulihkan warna asal pemilihan.
Output Ke
Gunakan menu lungsur ini untuk memilih perkara yang perlu dilakukan terhadap pemilihan anda apabila anda selesai mengedit.
Terokai lebih banyak ruang kerja Photoshop.
Setelah anda mahir menggunakan alat Perhalus Tepi Photoshop, terokai tutorial tentang ciri dan fungsi lain aplikasi ini.
Pindahkan subjek anda ke mana-mana sahaja.
Anda tahu cara memilih subjek anda — kini pelajari cara menyediakan latar belakang yang sama sekali baharu.
Hasilkan komposisi yang mencabar realiti.
Lihat cara editor foto profesional menggunakan Photoshop dan {{lightroom}} untuk menghasilkan ciptaan yang mengagumkan.