CIRI PREMIERE PRO

Dapatkan penampilan yang sempurna, setiap masa.

Imbangkan warna dengan pantas dan padankan gambar daripada kamera yang berbeza untuk memastikan konsistensi dari adegan ke adegan. Kemudian gunakan alat penggredan warna untuk menambahkan drama, tarikan visual dan emosi kepada kisah anda.

Kawal warna anda.

Beri karya anda rupa yang berbeza dan konsisten dari bingkai ke bingkai dan perindahkan segalanya daripada bayang-bayang yang mendalam sehinggalah langit cerah untuk menjadikan karya berbilang rona indah buat santapan mata.

Mulakan dengan video yang sudah kelihatan hebat dari mula.

Pemetaan tona automatik membolehkan anda meletakkan bahan visual baharu dengan pantas ke dalam projek anda yang melaraskan warna secara automatik agar sepadan dengan warna projek, jadi anda boleh mengedit dengan bahan visual yang sudah hebat dari awal.

Pastikan kesinambungan warna dari adegan ke adegan.

Buat pembetulan asas pada pendedahan, imbangan putih dan kontras dalam sekelip mata menggunakan Warna Auto. Kekalkan tona kulit semula jadi dan padankan warna antara gambar secara automatik dengan Padanan Warna. Gunakan Roda Warna untuk melaraskan bayang-bayang, tona tengah dan serlahan dan lihatlah perbezaan secara sebelah-menyebelah dengan Paparan Perbandingan.

Gunakan warna untuk menetapkan mood.

Warna yang semula jadi dan konsisten hanyalah permulaan. Kawal mood projek anda dengan alat untuk melaraskan kecerahan, ketepuan dan warna. Asingkan warna tertentu, buat perubahan yang jitu pada kontras atau gunakan vignet untuk memudarkan tepi klip dan menumpukan perhatian pada titik fokus.

Cipta rupa yang unik.

Manfaatkan rupa Lumetri untuk meniru stok filem yang berbeza dan beri rakaman anda rupa sinematik yang abadi. Juga, gunakan Jadual Carian (LUT) untuk mencipta dan menyimpan gred warna tersuai anda sendiri untuk memberi klip anda gaya yang unik dan konsisten.

Lakukan lebih banyak lagi dengan alat warna lanjutan.

Edit tetapan lanjutan dengan mudah dengan menggunakan Warna Lumetri. Pantau tahap warna dan kecerahan dengan ketepatan yang sempurna menggunakan skop Lumetri dipercepat perkakasan seperti Skop Vektor, Histogram, Perbarisan dan Gelombang.

Soalan? Kami mempunyai jawapan.

Apakah perbezaan antara pembetulan warna dengan penggredan warna?

Pembetulan warna merangkumi tindakan membetulkan isu dan mengimbangi syot, supaya gambar kelihatan semula jadi dan bersatu. Penggredan warna terdiri daripada tindakan melaraskan warna dan kontras untuk menampilkan pilihan kreatif atau gaya.

Apakah Lumetri?

Lumetri ialah set alat penggredan warna dan pembetulan warna berkualiti profesional yang membolehkan anda menggredkan bahan visual anda terus pada garis masa pengeditan anda dalam Premiere Pro.

Bolehkah saya mengimport LUT tersuai ke dalam Premiere Pro?

Ya, ketahui lebih lanjut tentang cara mengimport LUT tersuai di sini.

Perlukah saya mewarnakan video yang betul sebelum mengedit?

Ya. Walaupun anda menggunakan kamera dan lampu yang sama untuk setiap gambar projek anda, tetapi apabila anda sampai kepada tahap pascapengeluaran, anda mungkin mendapati rona, ketepuan dan kecerahan anda telah berubah daripada satu persediaan kamera kepada persediaan kamera yang seterusnya. Setelah anda membetulkan warna supaya video anda mempunyai rupa sekata dan bersatu, anda boleh menggunakan warna dengan lebih artistik.

Di manakah saya boleh belajar cara menggunakan alat pembetulan warna Adobe?

Anda boleh membaca lebih lanjut tentang cara menggunakan alat Adobe untuk aliran kerja berwarna di sini.

Adobe Premiere Pro

Lakukan lebih banyak lagi dengan Adobe Premiere Pro.

Dapatkan pelan Creative Cloud yang sesuai untuk anda.

Aplikasi Tunggal Adobe Premiere Pro

RM66.51/bulan (termasuk SST).

Termasuk 100GB storan awan, Adobe Fonts dan Adobe Portfolio.
Ketahui lebih lanjut

Semua Aplikasi Creative Cloud

RM166.69/bulan (termasuk SST).

Dapatkan 20+ aplikasi Creative Cloud termasuk Photoshop, Illustrator, Adobe Express, Premiere Pro dan Acrobat Pro.
Lihat perkara yang terkandung | Ketahui lebih lanjut

Pelajar dan guru

RM166.69/bulan 

RM57.59/bulan (termasuk SST).

Jimat lebih 60% pada 20+ aplikasi Creative Cloud, termasuk Photoshop, Illustrator, Premiere Pro dan Acrobat.
Lihat termaKetahui lebih lanjut

Perniagaan

     
setiap lesen 
(SST dikecualikan). | Lihat terma.

Dapatkan sehingga 5 lesen untuk pasukan anda dan jimat dengan potongan 20% pada tahun pertama. 20+ aplikasi Creative Cloud apps termasuk Premiere Pro serta ciri perniagaan eksklusif.​

Lihat perkara yang disertakan | Ketahui lebih lanjut

Beli melalui telefon: +65 3157 2191