#F5F5F5

CIRI {{premiere}}

Cipta runut bunyi yang sempurna.

Bersihkan dialog dengan mudah. Tambahkan muzik. Jana audio latar belakang dan kesan bunyi. Perhalusi adunan audio anda. Lakukan semua ini dengan kit alat audio yang lengkap — terbina terus dalam {{adobe-premiere}}.

Percubaan percuma|Percubaan percuma {{premiere}} Beli sekarang|Beli sekarang{{premiere}}

Pascapenghasilan audio untuk editor video.

Gabungkan pertuturan, muzik dan kesan bunyi untuk mencipta runut bunyi yang menarik dengan pengeditan audio berkuasa AI dalam {{premiere}}.

Bunyi generatif kini menghiasi adunan.

Cipta bunyi yang diperlukan oleh cerita anda. Huraikan audio latar belakang atau kesan bunyi yang anda inginkan. Bentuk pemasaan dan keamatan menggunakan suara anda. Kemudian buat penjanaan dan dengarkan hasilnya.

Audio yang tepat dalam sekelip mata.

Pertingkatkan keseluruhan adunan anda dalam satu klik dengan AI, kemudian laraskan dialog, kesan bunyi, muzik, ambiens, malah reverb dengan pantas. Dapatkan audio yang anda inginkan.

Uraikan setiap suara.

Pisahkan suara yang bertindih dengan AI, letakkan setiap suara pada runut tersendiri, dan adunkan secara berasingan. Dapatkan lebih kawalan ke atas cara audio anda dibentuk.

Jadikan setiap bunyi boleh diedit.

Uraikan runut audio dengan AI. Pisahkan pertuturan, muzik, ambiens, dan kesan bunyi, kemudian lihat perkara yang boleh anda lakukan apabila setiap bunyi boleh anda edit.

Cari runut muzik yang terbaik.

Dapatkan akses serta-merta kepada muzik daripada pustaka Adobe Stock dalam {{premiere}}. Terokai lebih 75,000 runut berkualiti tinggi dalam jujukan anda sebelum mendapatkan lesen.

Adobe Audition

Bawa audio pergi lebih jauh dengan Adobe Audition.

Jalankan projek anda dengan mudah dalam Adobe Audition menggunakan alat yang lebih canggih. Lakukan pengeditan jitu, pulihkan audio yang rosak dan jadikan runut anda berbunyi dengan jelas menggunakan salah satu alat pengeditan audio yang terbaik dalam industri.

Ketahui lebih lanjut|Ketahui lebih lanjut Audition

Anda ada soalan? Kami ada jawapannya.

Adakah Adobe menawarkan kesan bunyi stok?

Adobe menawarkan pustaka kesan bunyi percuma yang boleh dimuat turun dan digunakan oleh sesiapa sahaja.

Ketahui lebih lanjut|Ketahui lebih lanjut kesan bunyi percuma

Bagaimanakah cara membersihkan audio yang buruk dalam {{premiere}}?

{{premiere}} mempunyai ciri pemulihan audio berkuasa AI seperti Pertingkatkan Pertuturan dan alatan canggih seperti Pengalih Keluar Klik Automatik untuk membantu anda membersihkan audio yang buruk. Kenali panel Bunyi Penting untuk membantu anda memulihkan dialog.

Apakah itu Penenggelaman Automatik dan bagaimanakah ciri ini boleh menambah baik video saya?

Penenggelaman Automatik menggunakan kecerdasan buatan untuk menurunkan tahap runut muzik secara automatik apabila suara dikesan untuk memastikan dialog didengari.

Ketahui lebih lanjut|Ketahui lebih lanjut tentang penenggelaman automatik

Bolehkah {{premiere}} mengalih keluar hingar latar belakang dalam video saya?

Ya, gunakan alat Pertingkatkan Pertuturan yang dikuasakan oleh AI baharu kami untuk membantu anda mengalih keluar hingar latar dalam dialog atau cuba beberapa kesan kami yang disertakan dan direka bentuk untuk membantu anda membetulkan audio (seperti Kurangkan Deram-derum, Kurangkan Dengung dan Kurangkan Hingar).

Bagaimanakah saya boleh memadankan aras kelantangan merentas berbilang klip?

Alat Padanan Auto dalam {{premiere}} menyamakan kelantangan merentas klip dialog, walaupun dialog itu dirakam dalam bilik yang berlainan oleh suara yang berbeza — menjadikan proses pengadunan lebih mudah.

https://main--cc--adobecom.aem.live/cc-shared/fragments/products/premiere/do-more

Lihat lebih banyak ciri {{premiere}}.

https://main--cc--adobecom.aem.live/cc-shared/fragments/products/premiere/see-more-audio

https://main--cc--adobecom.aem.live/cc-shared/fragments/merch/products/premiere/merch-card/segment-blade