Adobe memberikan tumpuan pada usaha menyediakan alat, sumber dan penyelesaian yang memperkasakan dan mengupayakan usaha kreatif kepada dunia.
AI generatif ialah teknologi baharu dengan potensi yang besar. Namun, hal ini juga telah mengakibatkan pelbagai ketakpastian dan kebimbangan tentang kesan yang diberi terhadap industri kreatif. Kami berpandangan bahawa AI ialah alat, bukan pengganti, untuk kreativiti manusia. Kami percaya bahawa AI generatif boleh dibangunkan secara bertanggungjawab, bermula dengan menghormati hak pencipta. Pendekatan kami terhadap rangkaian model AI generatif Adobe Firefly yang selamat untuk kegunaan komersial dipacu oleh komitmen kami terhadap komuniti kreatif dan penghargaan kami kepada para pencipta.
Visi Adobe Firefly adalah untuk membantu orang ramai mengembangkan kreativiti semula jadi mereka. Sebagai laman web tersendiri dan juga rangkaian model yang menggerakkan ciri-ciri dalam app Adobe, Firefly menawarkan model dan alat AI generatif yang direka khusus untuk memenuhi keperluan, kes penggunaan, dan aliran kerja kreatif.
Kami percaya Adobe Firefly ialah penyelesaian AI generatif yang paling mesra pencipta dalam industri ini. Halaman ini membentangkan pendekatan dalam hal cara kami membangunkan model AI generatif di sebalik Adobe Firefly. Matlamat kami adalah untuk menjelaskan perkara yang kami lakukan dan tidak lakukan, untuk membezakan pendekatan kami daripada kebanyakan industri yang lebih luas, dan menjadi teladan yang kami harapkan dapat membimbing industri agar menjadi lebih bertanggungjawab.
Warna Semula Generatif dalam Illustrator
Pendekatan Kami.
Model Adobe Firefly dilatih menggunakan set data yang terdiri daripada kandungan berlesen seperti Adobe Stock, serta kandungan domain awam yang telah tamat tempoh hak cipta. Kandungan Adobe Stock dilindungi di bawah perjanjian lesen yang berasingan dan Adobe memberi imbalan kepada penyumbang untuk menggunakan kandungan tersebut.
Kami tidak melatih dan tidak pernah melatih Adobe Firefly dengan menggunakan kandungan pelanggan.
Baru-baru ini kami telah mengemas kini Syarat Penggunaan Am untuk menyatakan komitmen ini secara jelas (Bahagian 2.2F dan 4.3C2).
Model Adobe Firefly dilatih dengan menggunakan set data yang terdiri daripada kandungan berlesen seperti Adobe Stock, serta kandungan domain awam yang telah tamat tempoh hak cipta. Kandungan Adobe Stock dilindungi di bawah perjanjian lesen yang berasingan dan Adobe memberi imbalan kepada penyumbang untuk menggunakan kandungan tersebut.
Kami tidak melombong laman web atau pengehosan video untuk mendapatkan kandungan. Kami hanya menjalankan latihan dengan menggunakan kandungan yang hak atau kebenaran untuk berbuat demikian telah kami peroleh.
Model Adobe Firefly dilatih dengan menggunakan set data yang terdiri daripada kandungan berlesen seperti Adobe Stock, serta kandungan domain awam yang telah tamat tempoh hak cipta. Kandungan Adobe Stock dilindungi di bawah perjanjian lesen yang berasingan, dan Adobe memberi imbalan kepada penyumbang untuk menggunakan kandungan tersebut.
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di sini.
Banyak syarikat lain melatih model AI generatif mereka dengan menggunakan kandungan yang dikumpulkan daripada web tanpa kebenaran (sering dirujuk sebagai “data dalam talian yang tersedia untuk khalayak awam”). Kami percaya bahawa hal ini tidak adil bagi pencipta, dan ini bukanlah pendekatan kami.
Kami hanya melatih model Adobe Firefly dengan menggunakan set data yang terdiri daripada kandungan domain awam yang telah tamat tempoh hak cipta dan kandungan berlesen seperti Adobe Stock, dan Adobe memberikan imbalan kepada penyumbang untuk menggunakan kandungan tersebut.
Adobe memberi tumpuan kepada latihan model secara bertanggungjawab dan dengan menghormati hak para pencipta. Kami melaksanakan langkah perlindungan pada setiap peringkat (sebelum latihan, semasa penjanaan, semasa gesaan, dan semasa penghasilan output) bagi memastikan model Adobe Firefly tidak menghasilkan kandungan yang melanggar hak cipta atau hak harta intelektual, serta selamat untuk kegunaan komersial dan pendidikan.
Selain itu, Adobe menyediakan penanggungan kerugian harta intelektuan kepada pelanggan perusahaan untuk kandungan yang dijana dengan Adobe Firefly.
Kandungan anda ialah milik anda. Adobe tidak membuat apa-apa tuntutan, dan tidak pernah berbuat sedemikian, untuk memiliki kandungan anda, tanpa mengambil kira cara kandungan itu dicipta.
Meskipun hal ini sentiasa menjadi dasar yang kami amalkan, baru-baru ini kami telah mengemas kini Syarat Penggunaan Umum kami untuk menjadikan perkara ini lebih jelas (Bahagian 4.2).
Adobe tidak membuat apa-apa tuntutan hak cipta atau hak milik terhadap kandungan yang anda cipta dengan Adobe Firefly.
Adobe merupakan ahli pengasas Inisiatif Ketulenan Kandungan, yang kini mempunyai lebih 5000 ahli berdaftar dan bertujuan untuk menyediakan ketelusan dalam hal cara kandungan dihasilkan dan identiti pencipta kandungan tersebut.
Penyedia platform boleh memaparkan kelayakan yang mempamerkan rekod hak milik. Meta dan LinkedIn ialah dua laman terkini yang memaparkan Kelayakan Kandungan.
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang Inisiatif Ketulenan Kandungan di sini.
Kami telah mengukuhkan pendekatan-pendekatan ini melalui beberapa perubahan dan kemas kini dasar:
Syarat penggunaan kami mencerminkan pendekatan yang dinyatakan di atas ini dan menyatakan dengan jelas bahawa kami tidak melatih Adobe Firefly dengan menggunakan kandungan anda dan tidak membuat apa-apa tuntutan hak milik terhadap kandungan anda.
Kami telah melaksanakan pembaikpulihan dasar penyederhanaan kami yang berkaitan dengan Adobe Stock dan memudahkan proses untuk melaporkan kandungan yang melanggar garis panduan penyumbang Adobe Stock, terutamanya kandungan yang merujuk dan/atau mereplikakan nama dan gaya artis lain tanpa kebenaran mereka.
Isian Generatif dalam Photoshop
AI generatif dalam Aplikasi Kreatif kami.
Bagi aplikasi kreatif kami, fokus utama kami adalah untuk menyediakan kawalan kreatif yang tiada tandingan bagi memperkasa kreativiti pelanggan kami. Kami mengutamakan peningkatan kualiti dan prestasi, menambahkan ciri yang paling diminta oleh komuniti, dan menggabungkan AI generatif apabila ciri itu dapat melengkapi dan menambah baik aliran kerja (dengan ciri seperti Isian Generatif dalam Photoshop, Alih Keluar Generatif dalam Lightroom, dan Warna Semula Generatif dalam Illustrator).
Kami juga memahami bahawa komuniti yang mempunyai pelbagai pendapat dan keperluan berkaitan AI generatif, mungkin memilih untuk tidak menggunakan ciri AI generatif, atau mungkin ingin menggunakan model selain Adobe Firefly. Pendekatan kami terhadap AI generatif dalam aplikasi kami adalah memberi kebebasan kepada individu untuk memilih cara dan sama ada mereka menggunakan ciri itu dalam aplikasi kami atau tidak.
Model Rakan Kongsi
Kami sering menerima permintaan komuniti untuk fleksibiliti yang lebih tinggi dan lebih banyak pilihan model dalam aplikasi kami, terutamanya untuk penjanaan idea. Kami mungkin menawarkan pilihan untuk menggunakan model AI generatif daripada rakan kongsi dalam aplikasi kami. Apabila kami berbuat demikian, pelaksanaan kami akan dipandu oleh prinsip yang berikut:
Data pengguna dan kandungan dalam aplikasi kami tidak digunakan dan tidak akan digunakan untuk melatih model AI generatif—sama ada model tersebut daripada Adobe mahupun rakan kongsi Adobe. Ini dinyatakan dengan jelas dalam perjanjian kami dengan syarikat rakan kongsi yang menyediakan akses kepada model rakan kongsi, serta dalam Syarat Penggunaan kami: