Perlukan pengeditan pantas? Keahlian Photoshop anda merangkumi Adobe Express.
- Dapatkan aplikasi penuh dengan kemas kini terkini untuk desktop, web dan mudah alih.
- Tiada caj sehingga tempoh percubaan percuma anda tamat dan anda boleh membuat pembatalan dalam masa 14 hari untuk mendapatkan bayaran balik penuh.
Penerangan percubaan percuma 7 hari.
Cuba Photoshop dengan percubaan percuma selama 7 hari. Jika masa yang diberikan tidak mencukupi untuk anda mencuba semua ciri, anda masih mempunyai 14 hari tambahan untuk membatalkan dan menerima bayaran balik penuh.
Hari 1
Mulakan percubaan percuma anda hari ini
Hari 8
Tempoh percubaan anda telah tamat dan pengebilan dimulakan
Percubaan percuma selama 7 hari
Hari 8
Tempoh percubaan anda telah tamat dan pengebilan dimulakan
Jaminan pengembalian wang dalam tempoh 14 hari
Hari 21
Buat pembatalan dalam tempoh 14 hari untuk mendapatkan bayaran balik penuh
Apakah yang boleh anda lakukan dengan Photoshop?
Hasilkan imej yang lebih jelas dan lebih tajam dengan Topaz Labs.
Tingkatkan skala imej dengan kuasa dan fleksibiliti yang tiada tandingan dengan menggunakan model AI rakan kongsi daripada Topaz Labs dalam Photoshop. Tingkatkan kualiti, kejelasan dan ketajaman dengan serta-merta.
Model Firefly baharu untuk hasil terbaik setakat ini.
Resolusi yang lebih tinggi. Bahagian tepi yang lebih bersih. Butiran yang lebih tajam. Dapatkan hasil yang lebih realistik dengan model terkini Isian Generatif, Pengembangan Generatif dan Alat Alih Keluar.
Penggubahan yang dibayangkan semula.
Sepadukan orang dan objek ke dalam mana-mana latar belakang dengan serta-merta. Harmonikan pemadanan pencahayaan, bayang-bayang, warna dan perincian lain untuk menghasilkan adegan yang lancar dalam beberapa saat.
Photoshop pada peranti mudah alih kini tersedia.
Cipta sesuatu yang benar-benar unik dengan Photoshop, kini tersedia pada iPhone dan Android. Gabungkan dan edit foto, grafik dan imej Adobe Stock. Mudah untuk dipelajari.
Lapisan pelarasan baharu: Kejelasan & Nyahpengaburan, dan Berbutir.
Kini anda boleh melaraskan tekstur, suasana, dan ketajaman dengan cara yang tidak memusnah secara terus dalam panel Lapisan, serta gunakan topeng untuk kawalan yang tepat.
Terokai sudut baharu dengan lebih pantas.
Lakar hala tuju baharu dengan pantas menggunakan Putar Objek. Condongkan, putar dan skalakan objek dalam masa nyata — tanpa perlu membina semula semua butiran.
Percubaan percuma anda disertakan dengan lebih daripada sekadar aplikasi yang hebat.
Tutorial, fon dan banyak lagi
Tutorial untuk perkara asas dan seterusnya 20,000+ fon di hujung jari anda Lebih sejuta foto percuma, lukisan, klip video dan banyak lagi 25 kredit generatif bulanan
Alat untuk kerja berpasukan
Cara kreatif untuk bekerjasama dengan Frame.io Pustaka untuk mengumpulkan dan berkongsi logo, imej dan elemen jenama Pemalam untuk menambahkan lebih banyak ciri kepada aplikasi kegemaran anda
Komuniti kreatif
Behance — Tunjukkan karya anda dan lihat perkara yang sedang dilakukan oleh orang lain Adobe Live — Tonton dan belajar daripada profesional Adobe Portfolio — Reka bentuk laman web anda sendiri dalam beberapa minit
Anda ada soalan? Kami ada jawapan.
- Klik butang Percubaan Percuma.
- Daftar masuk atau sediakan Adobe ID anda dan muat turun percubaan percuma anda.
- Selepas percubaan percuma 7 hari anda tamat, keahlian Creative Cloud anda akan diteruskan, kecuali dibatalkan sebelum percubaan percuma tamat.
Ya, anda boleh memuat turun percubaan percuma Photoshop selama 7 hari pada komputer anda. Percubaan percuma ialah versi penuh aplikasi dan merangkumi akses kepada semua ciri dan kemas kini dalam versi terkini Photoshop termasuk akses kepada Photoshop pada web. Percubaan percuma anda akan bertukar kepada langganan Creative Cloud berbayar secara automatik selepas 7 hari, melainkan pembatalan dibuat sebelum tempoh tersebut.
Anda juga boleh muat turun Photoshop pada iPhone dan iPad secara percuma. Kedua-dua aplikasi ini percuma dengan ciri premium yang tersedia apabila anda membeli langganan. Untuk muat turun dan memasang mana-mana aplikasi, lawati App Store pada peranti anda.
Untuk mendapat editor foto dalam talian yang cepat, mudah dan percuma, cuba Adobe Express. Pelan percuma Adobe Express merangkumi templat, fon dan imej yang cantik yang boleh anda gunakan bersama-sama foto anda sendiri untuk grafik sosial, risalah, animasi, kolaj, penggubahan dan banyak lagi.
Pelanggan baharu boleh memulakan percubaan percuma Photoshop selama 7 hari pada bila-bila masa, yang termasuk aplikasi desktop, web, iPhone dan iPad. Untuk memulakan percubaan percuma Photoshop selama 7 hari:
- Klik Mulakan Percubaan Percuma dan pilih Untuk Individu, Untuk Pelajar dan Guru, atau Untuk Pasukan dan Perniagaan.
- Pilih pelan anda dan cara anda ingin dibilkan. Anda akan mempunyai pilihan untuk menambah Adobe Stock.
- Cipta akaun anda dengan memasukkan alamat e-mel dan maklumat pengebilan anda. Percubaan percuma anda akan bertukar kepada pelan keahlian Creative Cloud berbayar secara automatik selepas 7 hari, melainkan pembatalan dibuat sebelum tempoh tersebut.
- Pilih kata laluan, kemudian cari Photoshop dan klik Muat Turun untuk memulakan percubaan percuma 7 hari anda.
Anda juga boleh muat turun Photoshop pada iPhone dan iPad bila-bila masa. Kedua-duanya aplikasi percuma dengan ciri premium yang tersedia apabila anda membeli langganan. Untuk memuat turun dan memasang mana-mana aplikasi, lawati App Store pada peranti anda.
Cari pelan Creative Cloud yang sesuai untuk anda.
Photoshop
RM66.50/bulantermasuk SSTPelan tahunan dibilkan setiap bulan, batalkan dalam tempoh 14 hari untuk bayaran balik penuh.
Lihat kandungan pelan:
Cipta imej yang cantik, grafik yang beraneka dan karya seni yang luar biasa dengan Photoshop
Gunakan ribuan templat percuma untuk menghasilkan kandungan yang menonjol dengan pelan Adobe Express Premium
Tutorial, fon, templat dan banyak lagi
Storan awan 100GB
25 kredit generatif setiap bulan
Photoshop pada desktop, web dan peranti mudah alih, serta pelan Adobe Express Premium.
Creative Cloud Pro
Percubaan percuma 7 hari, kemudian
Lihat kandungan pelan:
Cipta imej yang cantik, grafik yang beraneka dan karya seni yang luar biasa dengan Photoshop
20+ aplikasi untuk foto, reka bentuk dan video
Akses tanpa had kepada ciri imej dan vektor AI kreatif standard seperti Teks kepada Imej dan Isian Generatif
4,000 kredit generatif setiap bulan untuk ciri video dan audio AI kreatif premium seperti Teks kepada Video.
Akses tanpa had kepada Papan Firefly untuk meneroka idea dan membangunkan papan cerita
Akses kepada model AI Generatif bukan Adobe dalam Firefly
Adobe Express Premium, Frame.io untuk Creative Cloud, tutorial, fon, templat dan 100GB Storan awan
Jimat 60% untuk tahun pertama untuk 20+ aplikasi termasuk Photoshop, serta AI kreatif untuk imej, video, dan audio. Tamat 13 Nov. Tahun pertama sahaja. Lihat terma.