Adobe Acrobat Pro untuk Organisasi Bukan Untung
Cipta, edit, semak dan kongsi PDF bahan khidmat masyarakat, penepian, invois dan laporan tahunan. Dapatkan e-tandatangan pantas bagi kontrak dan cipta borang web untuk helaian pendaftaran.
Semak kelayakan.
Jawab beberapa soalan tentang organisasi anda.
Dapatkan pengesahan.
Anda akan menerima e-mel pengesahan.
Mulakan penggunaan.
Mula menggunakan aplikasi Adobe untuk mencipta perubahan.
Daripada mengurus PDF dan e-tandatangan hingga mencipta kandungan untuk pengumpulan dana, sokongan dan hubungan penderma, Adobe mempunyai alat dan perkhidmatan yang anda perlukan.
Cipta, edit, semak dan kongsi PDF bahan khidmat masyarakat, penepian, invois dan laporan tahunan. Dapatkan e-tandatangan pantas bagi kontrak dan cipta borang web untuk helaian pendaftaran.
Cipta siaran sosial, video, risalah, kiriman pos dan pembentangan yang menonjol untuk kempen pengumpulan dana, acara, komunikasi penderma dan banyak lagi. Tambahkan muzik, animasi dan kesan bunyi, serta ubah saiz kandungan anda untuk saluran sosial yang berbeza.
Dapatkan Acrobat dan Adobe Express serta app kreatif seperti Adobe Photoshop, Illustrator dan Premiere untuk reka bentuk grafik, imej dan video berkualiti tinggi.
Organisasi global sedang memperkemas operasi mereka dan mempercepatkan misi mereka dengan Adobe Acrobat untuk Organisasi Bukan Untung.
Organisasi ini menggunakan app Adobe Creative Cloud untuk mencipta dan mempromosikan kisah yang menambah baik kehidupan wanita dan kanak-kanak perempuan di seluruh dunia.
Belajar kemahiran komunikasi kreatif dengan pelajaran yang pantas dan mudah difahami.
Terokai semua cara Adobe menyokong organisasi komuniti.
Organisasi bukan untung boleh mendapatkan langganan setahun Adobe Acrobat Pro pada diskaun yang besar dan Adobe Express secara percuma. Organisasi bukan untung juga boleh mendapatkan keahlian individu Adobe Creative Cloud untuk setahun pada harga diskaun. Lihat tawaran produk untuk mengetahui kos bagi setiap produk.
Akses kepada Creative Cloud diuruskan melalui rakan program kami TechSoup.
Jika organisasi anda layak sebagai entiti yang memenuhi syarat, anda boleh mengakses dan memanfaatkan tawaran berikut:
Untuk Creative Cloud, lihat maklumat yang terperinci pada TechSoup.
Based on your location, we think you may prefer the United States website, where you'll get regional content, offerings, and pricing.