Jana Pertuturan:
Teks kepada pertuturan yang dikuasakan AI yang kedengaran seperti manusia.
Tukarkan teks dengan pantas menjadi suara yang semula jadi untuk video, audio siar dan e-Pembelajaran. Tambahkan suara yang realistik dan berkualiti tinggi dalam lebih 20 bahasa yang menyertakan emosi, tempo dan penekanan boleh laras dengan menggunakan teks kepada pertuturan AI.
https://main--cc--adobecom.aem.page/cc-shared/assets/img/product-icons/svg/firefly-80.svg
Adobe Firefly
https://main--cc--adobecom.aem.page/cc-shared/assets/img/product-icons/svg/firefly-80.svg
Adobe Firefly
Evolusi AI kreatif yang seterusnya kini tersedia untuk semua idea anda, dengan alat imej, video, audio dan vektor.
Apakah itu teks kepada pertuturan?
Teks kepada pertuturan (TTS) ialah teknologi yang menukar teks bertulis kepada audio pertuturan. Dengan ciri Jana Pertuturan Adobe Firefly, anda boleh menukar teks menjadi suara yang kedengaran semula jadi dengan mudah dalam lebih 20 bahasa dengan kawalan perentakan dan emosi yang boleh dilaraskan.
Kawalan kreatif dan penyesuaian tanpa had dengan Jana Pertuturan.
Dengan Jana Pertuturan Firefly, anda boleh menukar teks menjadi pertuturan semula jadi dan ekspresif yang benar-benar kedengaran seperti manusia. Anda juga boleh memperhalusi setiap butiran — daripada nada dan perentakan kepada emosi dan sebutan — untuk memadankan suara jenama atau visi kreatif anda. Sama ada anda menyempurnakan satu perkataan atau membentuk keseluruhan skrip, penjana suara AI memberi anda fleksibiliti untuk bereksperimen dan membuat penyesuaian sehingga memperoleh hasil yang tepat seperti yang anda inginkan.
Kemungkinan kreatif tanpa batas.
Akses pustaka yang luas dengan lebih 70 suara berkualiti tinggi yang dikuasakan oleh Adobe dan rakan kongsi dipercayai seperti ElevenLabs. Teknologi teks kepada pertuturan canggih kami melampaui penukaran suara mudah untuk menyampaikan audio yang ekspresif dan kedengaran semula jadi yang terasa autentik dan menarik. Dengan sokongan untuk lebih 20 bahasa dan pelbagai aksen serantau, anda boleh mencipta naratif yang bersifat global, menjadikan kandungan anda mudah diakses dan berkaitan dengan pelbagai khalayak.
Aplikasi teks kepada pertuturan yang serba boleh.
Tambahkan naratif suara semula jadi dan berkualiti tinggi kepada audio siar, video latihan, kursus e-Pembelajaran, buku audio, siaran media sosial, iklan, dan banyak lagi — semuanya daripada satu skrip sahaja. Suara seperti hidup yang dicipta dengan penjana suara AI Firefly membantu dalam meningkatkan penglibatan, menambah baik kebolehaksesan, dan meningkatkan kualiti keseluruhan kandungan anda, lantas memudahkan lagi anda untuk menjangkau dan menarik khalayak yang lebih luas merentas sebarang format atau platform.
Suara latar yang selamat dari segi komersial.
Semua audio yang dijana dengan model Pertuturan Firefly direka untuk kegunaan komersial, memberi anda kebebasan untuk menggunakan suara latar, naratif, dan kandungan pertuturan merentas projek profesional, berjenama, dan untuk pelanggan — tanpa kerumitan atau ketidakpastian tentang pelesenan.
Penyepaduan yang lancar dengan alat Adobe.
Jana Pertuturan disepadukan secara lancar dengan alat kreatif Adobe, memudahkan anda beralih daripada teks kepada suara kepada penerbitan tanpa mengganggu aliran kerja anda. Cipta naratif suara terus daripada teks, perhalusi bersama visual anda, dan padankan dengan alat seperti penjana avatar AI untuk menghidupkan kandungan pertuturan pada skrin.
Cara menggunakan Jana Pertuturan dalam Adobe Firefly.
Ikuti langkah ini untuk menghasilkan suara latar yang kedengaran profesional dengan menggunakan penjana suara AI.
- Buka Firefly.
Pergi ke halaman utama Adobe Firefly. Daripada panel kiri, pilih Jana. Kemudian daripada Semua Ciri, pilih Audio dan pilih Jana Pertuturan. - Masukkan atau import skrip anda.
Tampalkan teks, muat naik skrip, atau taip terus dalam editor skrip. - Pilih suara.
Pilih daripada lebih 70 suara profesional, kemudian pilih aksen. - Perhalusi penyampaian.
Laraskan nada dan emosi, perentakan, penekanan, dan sebutan — secara global atau setiap perkataan. - Pratonton dalam konteks.
Semak baris terus dalam editor skrip anda. - Eksport dan terbitkan.
Muat turun naratif sebagai fail WAV atau hantar kepada Adobe Firefly untuk melengkapkan projek anda.
Mengapa menggunakan Firefly untuk penjanaan AI teks kepada pertuturan?
- Suara untuk setiap khalayak: Firefly menawarkan lebih 70 suara realistik dan berkualiti tinggi merentas lebih 20 bahasa, memudahkan anda mencari suara yang tepat untuk sebarang khalayak, wilayah, atau projek.
- Kawalan kreatif penuh: Kawalan pengeditan yang intuitif membolehkan anda memperhalusi emosi, kadar, penekanan, dan sebutan untuk memadankan suara jenama atau hasrat kreatif anda.
- Dibina untuk sebarang projek: Firefly memudahkan dan mempercepatkan penciptaan pertuturan yang kedengaran semula jadi untuk skrip, audio siar, video, dan banyak lagi.
Penjana suara AI Firefly membantu pencipta menukar teks kepada pertuturan dengan output suara berkualiti profesional yang direka untuk sebarang jenis projek kreatif. Dengan pelbagai pilihan suara dan opsyen penyesuaian, anda dapat mencipta pertuturan yang ekspresif dan halus yang kedengaran seperti manusia dengan mudah — tanpa sebarang persediaan rumit atau kepakaran teknikal.
Anda ada soalan? Kami ada jawapan.
Apakah itu teks kepada pertuturan?
Bagaimana AI teks kepada pertuturan berfungsi?
Sejauh manakah suara Teks kepada Pertuturan AI kedengaran semula jadi?
Bolehkah Jana Pertuturan menyokong pelbagai bahasa dan aksen?
Apakah kegunaan utama teks kepada pertuturan AI?
Bolehkah saya menyesuaikan naratif suara (nada, rentak, emosi) dengan penjana pertuturan Firefly?
Berapa banyak bahasa yang disokong dengan Jana Pertuturan?
Adakah ciri Jana Pertuturan dalam Firefly selamat untuk kegunaan komersial?
Adakah Jana Pertuturan Firefly percuma?
Terokai lebih banyak alat Firefly.
Editor video Firefly
Janakan klip video hanya daripada idea. Pilih daripada pelbagai resolusi dan nisbah aspek untuk memenuhi keperluan kreatif anda.
Jana Runut Bunyi
Ciri Jana Runut Bunyi menganalisis video anda untuk menyesuaikan cerita dan menghasilkan muzik tersuai yang kaya dengan emosi untuk setiap platform. Beralih daripada idea kepada runut dengan serta-merta menggunakan penjana muzik AI Firefly — dilesenkan untuk digunakan di mana-mana sahaja.
Ketahui lebih lanjut | Ketahui lebih lanjut - Penjana muzik AI
Jana Kesan Bunyi
Bayangkan apa-apa kesan bunyi dan cipta kesan itu dengan Jana Kesan Bunyi. Huraikan kesan itu, muat naik audio rujukan atau sebutkan melalui mikrofon anda — kemudian tambahkan kesan bunyi anda yang berkualiti tinggi itu pada mana-mana video dengan mudah.
Ketahui lebih lanjut | Ketahui lebih lanjut - Penjana kesan bunyi
Penjana Avatar
Cipta video gred studio yang menampilkan avatar seakan-akan hidup yang menarik menggunakan Teks kepada Avatar. Ciri ini pantas, mudah dan sentiasa selamat untuk kegunaan komersial. Sesuai untuk kandungan perniagaan, pendidikan atau media sosial.
Ketahui lebih lanjut | Ketahui lebih lanjut tentang - Penjana avatar AI