Ciri berkuasa pemindahan gaya imej AI.
Pindahkan gaya imej untuk mendapatkan kandungan yang padu.
Pemindahan gaya imej AI membolehkan anda memuat naik imej sebagai rujukan, kemudian menjana aset baharu yang sejajar dengan gaya tersebut. Sama ada anda mencipta seni, ilustrasi, konsep produk, logo atau kandungan sosial, penggunaan rupa yang konsisten membantu menghasilkan penampilan yang harmoni. Gunakan imej rujukan untuk menghasilkan visual yang disatukan untuk artikel, blog, iklan, kandungan sosial dan banyak lagi.
Kemas kini gaya imej dan visual dengan lebih pantas.
Alat pemindahan gaya imej memudahkan anda menyegarkan semula rupa aset anda tanpa bermula dari awal. Sama ada anda mengikuti trend reka bentuk baharu atau sekadar menukar gaya peribadi anda, anda boleh mengemas kini warna, tekstur dan estetik keseluruhan dalam beberapa minit. Gunakan imej rujukan baharu untuk melaraskan satu bahagian atau mengubah satu set visual dengan cepat supaya menjadi gaya yang konsisten dan dikemas kini.
Gayakan imej tanpa memerlukan pengalaman.
Anda tidak perlu menjadi pereka profesional untuk mencipta aset yang padu dan kelihatan profesional. Muat naik imej rujukan untuk menggunakan gaya tersebut pada logo, konsep produk, grafik sosial dan banyak lagi. Pemindahan gaya imej membantu dalam mengekalkan kekonsistenan jenama tanpa memerlukan kemahiran reka bentuk lanjutan.
Cara menggayakan imej dengan Padanan Generatif AI.
Ketahui cara mencipta visual yang lebih peribadi, padu, dan mengikut jenama dalam masa yang singkat dengan alat pemindahan gaya imej AI. Dengan menggunakan gaya daripada imej rujukan, anda boleh memadankan hasil seni anda dengan gaya tertentu, sama ada lukisan tangan, realistik, atau abstrak sepenuhnya. Dengan Padanan Generatif dalam Firefly, anda boleh mengubah atau mengemas kini arah kreatif anda dengan mudah tanpa perlu bermula dari awal.
Berikut ialah cara untuk menggunakan pemindahan gaya pada imej yang dijana AI:
- Buka Firefly untuk menggunakan ciri pemindahan gaya imej.
Pergi ke modul Teks kepada Imej dalam aplikasi web Firefly. (Jika anda belum log masuk, log masuk ke akaun Adobe anda atau cipta akaun percuma.) Tuding tetikus pada mana-mana imej dalam galeri dan pilih Lihat Sampel. - Pilih imej rujukan sebagai sumber pemindahan gaya.
Dalam panel kawalan di sebelah kanan hasil imej, pastikan model Adobe Firefly Image 2 dipilih. Dalam panel yang sama, tatal ke bawah ke bahagian Padanan. Klik Galeri Rujukan untuk menatal imej sehingga anda menemukan gaya yang ingin digunakan.
Untuk menggunakan imej anda sendiri, seret dan lepaskan imej itu ke dalam panel kawalan atau klik Muat Naik Imej Anda Sendiri dan pilih daripada menu timbul. (Anda mesti mempunyai hak terhadap mana-mana imej pihak ketiga yang anda muat naik.) - Klik 'Jana' untuk menggunakan gaya.
Klik Jana untuk menggunakan gaya rujukan. Firefly akan menghasilkan imej digayakan yang menggabungkan idea asal anda dengan gaya visual rujukan yang dipilih. - Perhalus imej yang dijana.
Gunakan gelangsar Kekuatan Gaya dalam Panel Kawalan untuk melaraskan sejauh mana imej rujukan mempengaruhi reka bentuk anda melalui pindahan gaya imej AI. Anda juga boleh melaraskan warna dan ton, pencahayaan, serta komposisi untuk menyesuaikan hasil dengan lebih lanjut. Untuk pengeditan lebih terperinci, klik butang Edit di bahagian kiri atas imej bergaya untuk membukanya dalam ruang kerja Isian Generatif. - Simpan hasil kerja anda.
Klik ikon hati di bahagian atas sebelah kanan untuk menyimpan imej pada Kegemaran anda, atau klik butang Lebih Banyak Pilihan untuk memuat turun imej itu sebagai PNG atau disimpan pada pustaka anda.
Adunkan semula kandungan daripada komuniti.
Terokai gesaan Firefly untuk diadunkan semula dan serahkan imej anda kepada galeri.
Terokai lebih banyak lagi ciri AI.
Penjana imej AI Penjana video AI Penjana tatu AI Penjana kartun AI Penjana piksel AI Penjana potret AI Penjana anime AI Penjana seni AI