.
Adobe Acrobat

Pisahkan fail PDF

Seret dan lepas PDF, kemudian asingkan fail tersebut kepada berbilang fail dengan pemisah PDF kami.

Lebih 2 juta* fail dimuat naik!
Sertai berjuta pengguna yang telah berjaya pisahkan PDF menggunakan Acrobat.
*Dalam tempoh 18-24 bulan.

Cara pisahkan halaman PDF

Ikuti langkah mudah ini untuk memisahkan dokumen PDF kepada beberapa fail berasingan:

  1. Klik butang Pilih fail di atas atau seret dan lepaskan PDF ke dalam zon lepas untuk memisahkan halaman PDF.
  2. Pilih dokumen yang ingin anda pisahkan.
  3. Selepas Acrobat memuat naik fail anda, daftar masuk.
  4. Pilih garis pembahagi untuk menyediakan julat halaman bagi setiap fail PDF terpisah yang anda perlukan.
  5. Klik Teruskan, pilih folder untuk menyimpan fail PDF terpisah dan klik Simpan.

Cuba alat Pisah PDF percuma kami

Empat halaman dengan gunting memisahkan halaman di tengah-tengah

Pisahkan halaman PDF dengan alat dalam talian yang selamat

Keselamatan fail anda terjamin dengan Adobe. Anda boleh menggunakan alat pemisah PDF kami dan memisahkan halaman dengan yakin kerana dokumen anda dikendalikan dengan selamat oleh pelayan kami dan dipadamkan melainkan anda daftar masuk dan menyimpannya.

Fail PDF dipisahkan kepada tiga dokumen yang berasingan

Cipta sehingga 20 fail terpisah

Alat pemisah PDF Adobe Acrobat membolehkan anda memisahkan halaman PDF dengan pantas kepada sebanyak 20 fail. Tambah sehingga 19 garis pembahagi untuk menentukan julat halaman tertentu.

Fail sedang dimuat turun dan disimpan kepada awan

Muat turun atau kongsi dengan mudah

Anda boleh memuat turun fail PDF terpisah anda atau berkongsi dengan orang lain. Anda juga boleh berkongsi fail untuk diberikan komen bagi mengumpulkan semua maklum balas dalam satu PDF.

Berbilang fail dengan anak panah menunjukkan betapa mudahnya untuk menggunakan semula kandungan

Jimat masa dengan menggunakan semula kandungan

Gunakan semula kandungan PDF anda. Pisahkan fail PDF dalam talian, kemudian cuba alat Acrobat dalam talian yang lain untuk menyusun semula atau menambah halaman pada PDF yang telah dipisahkan.

Pelayar dan skrin mudah alih dengan logo Acrobat menunjukkan bahawa anda boleh memisahkan PDF pada mana-mana peranti

Pisahkan PDF dalam talian daripada peranti pilihan anda

Alat dalam talian Acrobat berfungsi dalam mana-mana pelayar, seperti Microsoft Edge atau Google Chrome. Oleh itu, anda boleh menggunakan alat pada desktop, komputer riba, komputer buku atau telefon anda.

Grafik PDF menunjukkan cara perkhidmatan dalam talian Adobe Acrobat menawarkan pemisah PDF yang terbaik

Pemisah PDF dalam talian terbaik

Adobe mencipta format fail PDF. Cuba alat dalam talian kami yang luar biasa untuk memisahkan fail PDF dan memastikan kerja anda berjalan dari mana-mana sahaja.

Soalan lazim pisah PDF.

gelembung teks, ikon pensel dan ikon PDF bertindan yang mewakili alat dalam talian Acrobat percuma

Gunakan alat Acrobat secara percuma

  • Daftar masuk untuk mencuba 25+ alat, seperti tukar atau mampat
  • Tambah komen, isi borang dan tandatangani PDF secara percuma
  • Simpan fail anda dalam talian untuk diakses daripada mana-mana peranti

Nilaikan pengalaman anda

Nilaikan pengalaman anda
4.3/5-9612undian

Cuba alat dalam talian Acrobat ini