#1E1E1E

Adobe Premiere

Semua yang anda perlu tahu tentang syot penjejakan.

Terokai cara anda boleh menggunakan syot penjejakan untuk menetapkan latar, memperkenalkan watak, dan menjalinkan hubungan dengan penonton anda dengan cara yang baharu.

Mulakan percubaan percuma|Mulakan percubaan percuma {{premiere}} Terokai {{premiere}}

Apakah syot penjejakan?

Walaupun sering digunakan secara bertukar ganti, terdapat perbezaan halus antara syot penjejakan dengan syot dolly. Syot penjejakan merujuk pada mana-mana syot yang menggunakan kamera untuk mengikut subjek; syot dolly melibatkan kamera yang dipasangkan pada platform beroda (dolly) yang boleh bergerak ke mana-mana arah. Semua syot dolly ialah syot penjejakan, tetapi bukan semua syot penjejakan menggunakan dolly.

Syot penjejakan pada zaman awal wayang gambar memerlukan kamera besar dan berat yang dipasangkan pada landasan yang sukar dikendalikan, sehubungan dengan itu mengehadkan pergerakan pada laluan yang agak mudah. Kamera digital moden adalah jauh lebih ringan dan mudah alih, memberikan fleksibiliti pergerakan yang lebih besar. Ini membolehkan pembikin filem melaksanakan jenis syot yang lebih kompleks, seperti penjejakan pegangan tangan, yang menggunakan kamera untuk mengikut subjek melalui ruang yang sempit dan kawasan yang tidak rata.

Perkara yang menghasilkan syot penjejakan yang baik.

Antara pelbagai jenis syot kamera, syot penjejakan ialah alat versatil yang membantu pembikin filem menceritakan kisah dan berkomunikasi dengan penonton mereka. Beberapa syot penjejakan terbaik dalam sejarah sinema menetapkan rentak filem, menyampaikan emosi yang kuat, dan memperkenalkan watak.

Dalam 'The Shining', Stanley Kubrick menggunakan syot penjejakan panjang untuk mewujudkan ketegangan dan kengerian semasa Danny, watak kanak-kanak utama, menunggang basikal plastik melalui koridor berliku-liku hotel yang berhantu. Sebaliknya, pengarah Sam Mendes menyusun filemnya '1917' dengan syot penjejakan sepenuhnya, membawa penonton mengikut perjalanan yang menyentuh perasaan dan mendalam melalui parit-parit Perang Dunia Pertama.

Syot penjejakan menggunakan mekanisme yang dipanggil dolly kamera yang bergerak di atas landasan. Syot dolly membolehkan kamera bergerak ke hadapan dan ke belakang dengan lancar melalui ruang (dipanggil dolly masuk dan dolly keluar). "Sama popular dengan kepopularan syot penjejakan," ujar jurugambar Paulius Kontijevas, "bahkan syot itu mungkin lebih popular sekarang kerana kita mempunyai peralatan yang lebih ringan dan lebih mampu milik." Dengan peranti Steadicam atau gimbal, pergerakan kamera yang lancar lebih mudah dicapai daripada sebelum ini.

Syot penjejakan yang sukar dilupakan bukan sekadar mengikuti aksi; ia memperkuat cerita atau emosi adegan. Pergerakan yang mengesankan terasa penting untuk naratif. Contohnya, syot itu mungkin mendedahkan butiran penting tentang watak, mewujudkan hubungan yang lebih mendalam dengan mereka.

Elemen syot penjejakan yang baik dalam filem termasuk:

  • Fokus yang jelas pada subjek
  • Pergerakan yang lancar dan tidak tersekat-sekat
  • Pergerakan yang menepati tujuan yang menambah baik cerita
  • Kejituan teknikal dari segi fokus dan pembingkaian
  • Impak emosi atau peningkatan suasana
  • Penyepaduan dengan keseluruhan naratif yang lancar.
#1e1e1e
Kapsyen: (kiri) Rig kamera beroda yang ditetapkan pada landasan untuk pergerakan lancar ke hadapan dan ke belakang; (kanan) Orang memegang penstabil kamera, merakamkan syot pergerakan yang lancar.
#f5f5f5

Cara untuk membuat syot penjejakan.

Persediaan adalah penting sewaktu merancang mana-mana penggambaran video, tetapi syot penjejakan memerlukan tahap perancangan dan latihan yang lebih tinggi. Aspek yang paling mencabar adalah menyelaraskan pergerakan kamera dengan pelakon, perubahan pencahayaan, dan mana-mana elemen yang bergerak dalam adegan. Selalunya syot ini menggunakan Steadicam, kerana walau sedikit sekalipun ketidakselarasan yang berlaku boleh merosakkan syot dengan mudah.


#f5f5f5

1. Buat senarai syot

Bagi memastikan kejayaan mana-mana syot penjejakan, anda perlu memahami masa dan tempat anda mahu menggunakan syot tersebut. Daripada memasukkan syot penjejakan secara rawak ke dalam video anda, pertimbangkan tempat syot itu paling berkesan dari perspektif penceritaan dan cara syot tersebut akan membantu penonton anda berhubung dengan watak-watak anda. Anda perlu mempunyai tujuan dalam perancangan anda, jadi bina senarai syot dan tentukan tempat syot itu akan dirakamkan dalam video anda dan tempat syot tersebut akan digunakan semasa proses penerbitan anda.


2. Kumpulkan peralatan anda.

Sekarang, anda perlu menentukan peralatan yang diperlukan. Walaupun anda mungkin tidak memerlukan set dolly dan landasan yang lengkap, anda tetap memerlukan penstabil kamera seperti gimbal atau Steadicam. Ini memastikan pergerakan kamera yang lancar dan rakaman yang stabil untuk memudahkan proses pengeditan pascapenerbitan. Jika peralatan tersebut ialah peralatan yang baharu bagi anda, pastikan anda berlatih menggunakannya. Anda boleh mengurangkan kesilapan semasa penggambaran dengan membiasakan diri dengan peralatan tersebut terlebih dahulu.


3. Buat penyelidikan dan latihan.

Jangan hadir pada hari penggambaran tanpa menerokai persekitaran terlebih dahulu. Anda perlu meletakkan penanda fizikal di set untuk menunjukkan laluan pelakon dan juga laluan jurukamera untuk memastikan semuanya dalam fokus. Jika adegan anda melibatkan pelakon tambahan, pastikan semua orang tahu tempat mereka perlu berada pada permulaan dan akhir syot.

Latihan dan komunikasi amat penting, terutamanya jika anda mempunyai kesan khas, kenderaan bergerak, atau koreografi. Ingat, walaupun semuanya berjalan lancar, anda mungkin perlu melakukan beberapa syot untuk memastikan semua orang melaksanakan bahagian mereka dengan tepat.


#f5f5f5

Perhalusi syot penjejakan anda dalam pascapenerbitan.

Setelah anda membuat rakaman, tibalah masanya untuk melangkah masuk ke fasa penerbitan yanng seterusnya dan mengedit syot anda dengan Adobe {{premiere}}. {{premiere}} membantu menstabilkan rakaman yang bergegar dengan menggunakan Warp Stabilizer dalam pascapenerbitan. Para pembikin filem boleh mengambil risiko kreatif yang lebih besar semasa penggambaran, kerana mereka yakin bahawa alat ini akan membantu mereka membetulkan pelbagai masalah kecil.

#f5f5f5

Teknik penstabilan.

Penstabilan dalam kamera:

  • Gunakan gimbal atau Steadicam untuk pergerakan tangan yang lancar
  • Gunakan dolly di atas landasaran untuk pergerakan linear yang konsisten
  • Manfaatkan gelangsar kamera untuk pergerakan jitu yang pendek.

Penstabilan pascapenerbitan dalam {{premiere}}.

Gunakan kesan Warp Stabilizer:

  • Pilih klip anda dan pergi ke Kesan> Herot> Warp Stabilizer.
  • Laraskan tetapan seperti kelancaran dan kaedah (kedudukan, kedudukan/skala/putaran).
  • Gunakan kesan Rolling Shutter Repair untuk artifak sensor CMOS.
  • Gunakan bingkai kekunci secara manual untuk kedudukan dan putaran bagi pelarasan yang lebih halus.

Interpolasi aliran optik.

Gunakan ciri Optical Flow {{premiere}} untuk mencipta gerakan perlahan yang lebih lancar daripada syot penjejakan anda.

Penstabilan jujukan bersarang.

Untuk syot yang kompleks, kumpulkan jujukan anda dan gunakan penstabilan pada jujukan bersarang.

Menyusun rakaman anda.

Laksanakan struktur folder yang jelas:

  • Buat folder utama untuk setiap projek.
  • Tambahkan subfolder untuk hari atau lokasi penggambaran yang berbeza.
  • Gunakan folder yang berasingan untuk rakaman mentah, audio, dan aset.

Gunakan konvensyen penamaan yang konsisten:

  • Sertakan tarikh, nombor adegan, dan nombor syot dalam nama fail.
  • Contoh: "20240816_Adegan05_Syot03_SyotPenjejakan.mp4"

Manfaatkan alat organisasi {{premiere}}:

  • Buat bin untuk pelbagai jenis syot (syot luas, penjejakan, jarak dekat).
  • Gunakan label dan pengekodan warna untuk mengenal pasti syot penjejakan dengan cepat.
  • Tambahkan tag metadata supaya mudah dicari dan ditapis.

Buat fail proksi untuk penyuntingan yang lebih lancar:

  • Jana fail proksi resolusi rendah untuk syot penjejakan yang kompleks.
  • Pautkan fail ini dengan bahagian filem beresolusi tinggi anda untuk pengeditan yang lebih pantas dalam peringkat pasapenerbitan.

Gunakan penanda jujukan:

  • Tambahkan penanda pada garis masa anda untuk menandakan detik penting dalam syot penjejakan.
  • Gunakan penanda berwarna yang berbeza untuk pelbagai tujuan (contohnya, penstabilan diperlukan, VFX diperlukan).

Sandaran secara berkala:

  • Laksanakan sistem sandaran yang kukuh untuk melindungi rakaman dan fail projek anda.
  • Pertimbangkan storan awan untuk keselamatan tambahan dan kerjasama pasukan.

Terokai versatiliti syot penjejakan.

Kemunculan video 360 darjah telah mempengaruhi teknik syot penjejakan kamera, sehubungan dengan itu, membolehkan pembikin filem mencipta pengalaman yang benar-benar mendalam yang membolehkan penonton memilih perspektif mereka sendiri. Syot penjejakan dalam persekitaran 360 darjah membolehkan penceritaan yang inovatif, dan penonton boleh menerokai adegan dari semua arah semasa kamera bergerak melaluinya.

Terdapat lebih daripada satu cara untuk menggunakan syot penjejakan dalam projek filem. Sama ada syot kren atau klip sudut pandangan jarak dekat, syot penjejakan boleh membantu pengarah menghidupkan cerita mereka dengan cara yang baharu.

Irama perlahan adegan pembukaan filem Pride & Prejudice arahan Joe Wright membawa penonton menghayati suasana santai, walaupun kadangkala sibuk, di kediaman desa keluarga Bennet. Sebaliknya, pengarah Alfonso Cuarón menggunakan beberapa syot penjejakan rakaman panjang untuk menjelajahi persekitaran yang kacau-bilau dan ganas dalam filemnya Children of Men.

"Orang ramai sedang bereksperimen dengan syot penjejakan untuk melihat sejauh mana kamera boleh bergerak dengan pantas dan sejauh mana kita boleh membuat penjejakan," jelas Kontijevas. Daripada adegan aksi hingga detik senyap yang penuh emosi, syot penjejakan boleh digunakan untuk menetapkan rentak filem.

Buat peralihan yang lancar.

Syot penjejakan ialah cara yang inovatif untuk beralih antara persekitaran dan mengikuti perjalanan watak. Dalam filem Goodfellas arahan Martin Scorsese, penonton dibawa bersama-sama dalam aksi semasa gangster terkenal Henry Hill memperkenalkan bakal isterinya Karen kepada gaya hidup mewah dunia gelap Mafia. Bermula dengan syot pembuka adegan di luar kelab, melalui dapur yang sibuk, dan ke dalam restoran yang sesak, penonton ditenggelami dalam dunia kemewahan ini bersama-sama watak-watak tersebut.

Sampaikan kisah yang menarik.

Syot penjejakan membolehkan anda bereksperimen dengan perspektif dan menghidupkan cerita anda melalui sudut pandangan protagonis anda.

Pada kemuncak filem Selma, Ava DuVernay menggunakan syot penjejakan halus untuk menggerakkan kamera ke belakang dan mengikuti Martin Luther King, Jr. dan penunjuk perasaan lain semasa mereka menyeberangi Jambatan Edmund Pettus. Ini memberikan penonton pandangan yang jelas terhadap kebimbangan dan kegelisahan pada wajah para penunjuk perasaan semasa mereka mendekati keganasan yang mungkin menanti mereka di seberang jambatan. Syot yang intim dan mengharukan ini mendekatkan penonton dan watak-watak dengan cara yang baharu.

Sampaikan emosi yang kompleks.

Menunjukkan keadaan emosi watak individu atau suasana keseluruhan sesuatu adegan ialah satu lagi kegunaan hebat syot penjejakan.

Dalam filem Promising Young Woman arahan Emerald Fennell, kekecewaan watak utama digambarkan dengan jelas apabila kamera bergerak dan mengikutinya dalam bulatan mengelilingi sebuah lori semasa dia menghancurkan lampu hadapan dan cermin depan. Ini meletakkan penonton pada perspektif subjek yang bergerak, bukannya sebagai pemerhati kepada tindakan tersebut. Syot penjejakan berkaitan dengan pergerakan, tetapi perkara yang dirakamkan dan persekitaran mempengaruhi secara semula jadi cara pergerakan itu dirakam dan ditafsirkan.

#f5f5f5

Tonton 7 syot penjejakan yang hebat ini.

Saksikan syot penjejakan yang terkenal yang dinyatakan di atas, dan terokai cara pengarah yang berbeza menggunakan alat yang sama untuk mencapai hasil artistik yang sangat berbeza.


#f5f5f5

1. The Shining (1980), arahan Stanley Kubrick

Filem terkenal ini menggunakan syot penjejakan beberapa kali untuk membina ketegangan dan suspens.


2. 1917 (2019), arahan Sam Mendes.

Filem ini dirakamkan dan disunting supaya kelihatan seperti satu syot penjejakan yang panjang. Syot terpendek dalam filem ini sepanjang 39 saat, manakala syot penjejakan berterusan terpanjang sepanjang lapan setengah minit.


3. Pride & Prejudice (2005), arahan Joe Wright.

Sekali lagi, terdapat beberapa syot penjejakan yang ketara dalam filem ini, dan setiap satu mempunyai tujuannya sendiri — daripada menerokai dewan tari-menari yang sibuk dan riuh-rendah hinggalah menikmati suasana pagi yang sunyi di sebuah rumah agam di desa.


4. Children of Men (2006), arahan Alfonso Cuarón.

Terdapat tiga syot penjejakan yang patut diperhatikan dalam filem ini, dengan yang terpendek sepanjang lebih satu minit dan yang terpanjang selama hampir enam setengah minit. Kesemua syot ini penuh dengan aksi dan kenderaan yang bergerak.


5. Goodfellas (1990), arahan Martin Scorsese.

Syot penjejakan yang menyeluruh dalam filem ini memperkenalkan watak-watak dan penonton kepada kehidupan mewah gangster zaman moden.


6. Selma (2014), arahan Ava DuVernay.

Perlu diingat bahawa syot penjejakan yang digunakan dalam filem ini sering kali berlangsung beberapa saat sahaja, namun pergerakan kamera yang mengikuti aksi watak di skrin membuatkan penonton tenggelam dalam aksi ini secara unik.


7. Promising Young Woman (2020), arahan Emerald Fennell.

Perlu diingat bahawa syot penjejakan yang digunakan dalam filem ini sering kali berlangsung beberapa saat sahaja, namun pergerakan kamera yang mengikuti aksi watak di skrin membuatkan penonton tenggelam dalam aksi ini secara unik.


Syot penjejakan ialah cara yang menarik untuk memecahkan rentak dalam video anda sambil memberi penonton perspektif baharu. Sama ada anda ingin membawa penonton ke dunia baharu atau berkongsi sudut pandangan yang luar biasa, syot penjejakan kamera boleh membantu anda berbuat sedemikian. Jadi, cubalah syot penjejakan dan hidupkan video anda dengan {{premiere}}.

https://main--cc--adobecom.aem.page/cc-shared/fragments/seo-articles/do-more-premiere-pro-color-blade

Anda ada soalan? Kami ada jawapan.

Apakah syot penjejakan?
Syot penjejakan ialah pergerakan kamera yang mengikuti aksi, biasanya bergerak seiring atau bersama-sama subjek untuk menghasilkan pandangan yang dinamik dan imersif bagi adegan tersebut.
Apakah perbezaan antara syot penjejakan dengan syot dolly?
Syot penjejakan mengikuti aksi dan boleh menggunakan pelbagai kaedah. Syot dolly secara khusus menggunakan platform beroda di atas landasan untuk pergerakan kamera yang lancar dan linear.
Bagaimanakah cara untuk melakukan syot penjejakan dalam filem?
Rancang pergerakan anda, gunakan alat penstabilan seperti gimbal atau dolly, berlatih dengan pelakon, dan pastikan pelaksanaan yang lancar. Perhalusi dalam pascapenerbitan untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Bilakah perlu anda gunakan syot penjejakan?
Gunakan syot penjejakan untuk memastikan penonton benar-benar menghayati aksi, mendedahkan maklumat, mengikuti aksi, atau menyampaikan emosi. Ini sangat sesuai untuk pengenalan, peralihan, atau detik klimaks.