Tampil menonjol dalam ruang fizikal dengan reka bentuk poster yang hebat.
Daripada muzik langsung sehinggalah syarahan akademik, cipta poster yang sempurna dengan InDesign dan ubah papan buletin menjadi ruang pameran baharu anda.
Bentukkan teks anda.
Dapatkan penampilan dan perasaan yang anda mahu apabila anda mereka bentuk poster anda dalam InDesign menggunakan alat Aliran Semula Teks Pintar dan penyepaduan dengan Adobe Fonts.
Tunjukkan visi anda.
Bawa grafik reka bentuk tersuai bersama-sama penyepaduan yang lancar antara InDesign dengan Adobe Illustrator, Photoshop dan Stock untuk mencipta poster yang sempurna untuk versi dalam talian dan cetak.
Mulakan reka bentuk poster anda lebih awal.
Alat dan templat InDesign yang mudah digunakan menterjemahkan idea poster kreatif kepada realiti yang boleh dicetak.
Cetak poster yang sempurna.
Saiz halaman yang serba boleh dan panduan lebihan margin memudahkan pengeksportan dan percetakan poster anda. Kini, anda boleh menceriakan bandar dengan reka bentuk poster tersuai anda.
Berkolaborasi dengan pencipta kreatif.
Dengan alat pautan dan bingkai, anda boleh meletakkan ruang letak dalam poster anda sementara anda menunggu butiran atau grafik untuk reka bentuk anda. Kolaborasi dipermudah.
Cara membuat poster.
Tidak pasti mahu bermula dari mana? Ikut langkah-langkah pantas ini dan mula mereka bentuk poster yang bermakna bagi setiap majlis.
- Cipta:
Pilih saiz poster anda dan buka dokumen baharu dalam InDesign. - Rancang:
Tentukan susun atur poster anda dan tambah ruang letak imej dan teks. - Tulis:
Cipta tipografi yang cantik dengan cepat menggunakan Adobe Fonts. - Buat reka bentuk:
Penyepaduaan yang lancar dengan Photoshop dan Illustrator membolehkan anda meningkatkan poster anda dengan mudah menggunakan grafik. - Simpan:
Eksport poster anda dalam format yang diingini dan bersedia untuk berkongsi atau mencetak poster.
Petua daripada pembuat poster profesional.
Ikut tutorial percuma ini dan dapatkan bantuan yang anda perlukan untuk mencipta reka bentuk poster yang menakjubkan.
Mula dari awal.
Lima langkah mudah ini akan membantu anda mencipta poster atau risalah yang bergaya dan menarik perhatian. Bersedia untuk berkongsi dengan semua orang.
Cari tempat untuk poster anda.
Di manakah anda akan meletakkan poster anda? Ikut langkah-langkah ini dan konfigurasikan pengesetan anda untuk versi cetak, web atau peranti mudah alih.
Pilih palet warna.
Ucap selamat tinggal pkeada warna yang menyilaukan. Sebaliknya, bangunkan skema warna lengkap daripada foto kegemaran anda dan gunakan pada elemen lain dalam susun atur poster anda.
Cetak dalam skala kelabu.
Jika anda ingin berhenti menggunakan warna terang, pastikan anda telah mengoptimumkan pengesetan hitam dan putih sebelum mengklik cetak pada poster monokromatik itu.
Temukan templat poster percuma.
Sebarkan berita dengan templat poster yang menarik perhatian dan boleh disesuaikan dalam InDesign.