Bandingkan harga dan dapatkan pelan Creative Cloud yang sesuai untuk anda.

Apa yang boleh anda lakukan dengan setiap pelan?

PELAN PHOTOSHOP

Cipta apa sahaja yang boleh anda bayangkan.

Edit dan gabungkan imej serta tambah teks dan kesan untuk mencipta hasil seni dengan Photoshop. Lukis dan warna dengan Adobe Fresco dan akses hasil seni anda dalam Photoshop pada desktop atau mudah alih, dan cipta kandungan yang menonjol dengan beribu-ribu templat percuma dan edit dengan cepat dalam Adobe Express.

PELAN PHOTOGRAPHY

Hasilkan foto yang memukau di mana sahaja.

Edit dan susun semua foto anda dengan Lightroom pada mana-mana peranti, dan kemudian gunakan Photoshop untuk melakukan sentuhan semula selanjutnya dan buang objek dengan ketepatan tahap piksel.

PELAN SEMUA APLIKASI

Hidupkan mana-mana visi kreatif.

Hasilkan sebarang jenis projek kreatif, termasuk imej, grafik, ilustrasi, lukisan, susun atur, video, animasi, podcast dan pengalaman pengguna web dan mudah alih.

Setiap pelan termasuk manfaat hebat.

Adobe Fonts

Akses beribu fon untuk projek anda dalam aplikasi Creative Cloud anda.

Alat kolaborasi

Bekerja bersama dengan lebih baik menggunakan alat untuk berkongsi, menyemak dan memberi komen.

Storan

Dapatkan storan awan sehingga 1TB untuk perkongsian fail dan kerjasama.

Adobe Portfolio

Cipta dan sesuaikan laman web portfolio anda sendiri.

Pustaka Creative Cloud

Simpan, layari dan kongsi aset dari Pustaka terus dalam aplikasi Creative Cloud anda.

Behance

Pamerkan dan terokai karya kreatif, dan berhubung dengan komuniti kreatif.

Soalan lazim.

Lightroom adalah berasaskan awan, supaya anda boleh bekerja merentasi desktop, mudah alih dan web dengan semua imej anda disimpan dan disegerakkan secara automatik dalam awan. Lightroom Classic adalah tertumpu pada desktop dan terbaik untuk mereka yang lebih suka menyimpan imej mereka pada pemacu keras setempat.

Ya, Photoshop dan Lightroom kedua-duanya disertakan. Ketahui lebih lanjut tentang Semua Aplikasi Creative Cloud

Tidak. Aplikasi Photoshop desktop dan iPad adalah sama dalam setiap pelan. Terokai ciri iPad.

Terdapat beberapa pelan Creative Cloud yang termasuk Photoshop. Anda boleh membelinya sebagai aplikasi kendiri pada harga RM98.91/bulanatau memilih pengebilan tahunan pada harga RM1,130.43/tahun. Kedua-dua pilihan memberi anda akses kepada semua ciri dan kemaskinian Photoshop terkini serta 100GB storan awan. Anda juga boleh membelinya sebagai sebahagian daripada pelan Creative Cloud Photography pada harga RM47.07/bulannth, atau sebagai sebahagian daripada pelan Semua Aplikasi Creative Cloud pada harga RM250.16/bulannth (RM2,823.84/tahun prabayar).

Tidak. Photoshop hanya tersedia melalui langganan Creative Cloud yang anda bayar sama ada setiap bulan atau tahunan.Anda boleh melanggan Photoshop sahaja atau memilih pelan dengan berbilang aplikasi.

Beli melalui telefon: +65 3157 2191