CIRI PHOTOSHOP
Cara menyongsangkan pemilihan dalam Adobe Photoshop.
Ketahui acara anda boleh menggunakan alat Pemilihan untuk mengasingkan semua yang berada di luar sempadan pilihan.
Dalam Photoshop, anda boleh menggunakan alat Pemilihan untuk memilih bahagian imej yang ingin anda edit. Akan tetapi, jika anda mahu mengubah suai keseluruhan imej kecuali piksel di dalam kawasan yang dipilih, anda perlu menyongsangkan pilihan anda.
Kadangkala lebih mudah untuk memilih perkara yang tidak mahu diubah berbanding dengan perkara yang mahu diubah, terutamanya jika kawasan yang ingin diedit adalah besar. Kemudian, anda hanya perlu membuat penyongsangan untuk memastikan pemilihan yang dibuat adalah seperti yang dikehendaki.
Katakan anda ingin mengubah latar belakang dalam potret. Pemilihan semua perkara kecuali subjek mungkin agak mencabar. Oleh itu, ada perlu memilih orang dalam potret itu kemudian disongsangkan. Begitu juga jika anda ingin mengubah julat warna untuk semua perkara kecuali satu segmen kecil dalam reka bentuk grafik.
Gunakan pemilihan songsang untuk memisahkan latar belakang imej anda dan gantikan dengan karya seni yang berwarna-warni.
Tukar pemilihan yang disongsangkan menjadi topeng lapisan untuk menyembunyikan atau menunjukkan bahagian yang berbeza pada imej anda.
Terokai tutorial yang akan membimbing anda melalui beberapa perkara yang boleh anda lakukan setelah anda mengetahui cara membuat pemilihan disongsangkan.
Pelajari betapa mudahnya untuk mencipta topeng dengan menggunakan ruang kerja Pilih dan Topeng.
Perhalusi rona tertentu atau songsangkan warna sepenuhnya. Lihat betapa mudahnya pertukaran warna boleh dilakukan.
Dapatkan Photoshop pada desktop dan iPad sebagai sebahagian daripada Creative Cloud.
Dapatkan 20+ aplikasi Creative Cloud termasuk Photoshop, Illustrator, Adobe Express, Premiere dan Acrobat Pro sekarang pada harga lebih rendah.
Jimat lebih 70% pada 20+ aplikasi Creative Cloud, termasuk Photoshop, Illustrator, Premiere dan Acrobat.
Dapatkan semua yang anda perlukan untuk mencipta kerja yang hebat, serta pengurusan lesen yang mudah, sokongan lanjutan dan banyak lagi.
Based on your location, we think you may prefer the United States website, where you'll get regional content, offerings, and pricing.