photoshop features
Cara menggariskan teks dalam Adobe Photoshop.
Ketahui cara menjadikan perkataan anda lebih jelas dengan menambahkan garis luar pada teks anda.
Ingin memastikan kata-kata anda memberi kesan? Tambahkan garis luar berwarna-warni supaya menarik perhatian pembaca.
Garis luar yang sesuai boleh membantu teks anda disepadukan dengan gaya kreatif yang anda gunakan untuk bahagian lain imej anda.
Terdapat pelbagai kaedah untuk menambahkan garis luar teks pada imej anda.
Anda juga boleh mencipta garis luar untuk teks anda dengan menukarkan teks kepada bentuk vektor. Ini akan memberi anda lebih banyak pilihan untuk menyesuaikan bentuk garis luar anda, tetapi akan menyukarkan pengeditan teks anda kemudian.
Jika anda inginkan teks bergaris luar anda mempunyai rupa yang lebih ringan, kurangkan isian untuk mengurangkan kelegapan huruf itu sendiri sambil mengekalkan garis luar. Daripada menu Gaya Lapisan, pilih Strok › Pilihan Pengadunan dan kemudian seret gelangsar Kelegapan Isian ke kiri untuk mengurangkan kelegapan huruf.
Untuk mencapai kesan yang sama dengan garis luar vektor, akses tetingkap Gaya Lapisan dan klik kotak semak di sebelah Strok. Kemudian klik ikon Isi daripada menu atas dan pilih ikon Tiada Isi — kotak putih dengan garisan merah condong melaluinya.
Sekarang anda telah menyesuaikan teks anda, baca tutorial untuk melihat perkara lain yang boleh dilakukan oleh Photoshop.
Ketahui cara memisahkan objek daripada latar belakang asal dan menambahkan yang baharu.
Gunakan alat penopengan dalam Photoshop untuk menggabungkan elemen daripada pelbagai imej.
Tiada kekunci pintasan untuk menggariskan teks dalam Photoshop, tetapi prosesnya mudah. Pilih teks anda dan jadikannya lapisan boleh laras dengan mengklik ikon FX atau dwiklik sisi lapisan. Anda kemudian boleh menggunakan menu Strok untuk melaraskan gelangsar yang mengawal dimensi. Pilih warna dengan Pemilih Warna atau isi dengan menu lungsur Jenis Isi.
Anda juga boleh menggariskan teks dengan menukarkan teks tersebut kepada bentuk vektor. Ini memberikan lebih banyak pilihan penyesuaian tetapi, pada masa yang sama, menyukarkan pengeditan teks kemudian. Selepas menyelesaikan teks anda, gunakan alat Teks untuk mencipta lapisan dan klik kanan untuk Tukar Kepada Bentuk.
Ya, anda boleh — selepas menambahkan teks anda dan menukarkan teks tersebut kepada garis luar melalui arahan yang di atas, anda boleh menambahkan kesan lapisan strok. Setelah selesai, klik tanda tambah ( + ) di sebelah kesan Strok di sebelah kiri kotak Gaya Lapisan. Strok kedua muncul di atas yang pertama. Anda boleh menambahkan sehingga 10 strok.
Selepas menambahkan strok anda, anda mungkin ingin mengubah kedudukan, kelegapan, atau warna.
Dapatkan Photoshop pada desktop dan iPad sebagai sebahagian daripada Creative Cloud.
Dapatkan 20+ aplikasi Creative Cloud termasuk Photoshop, Illustrator, Adobe Express, Premiere dan Acrobat Pro sekarang pada harga lebih rendah.
Jimat lebih
Dapatkan semua yang anda perlukan untuk mencipta kerja yang hebat, serta pengurusan lesen yang mudah, sokongan lanjutan dan banyak lagi.
Based on your location, we think you may prefer the United States website, where you'll get regional content, offerings, and pricing.