.

Cipta karya agung digital anda.

Tingkatkan karya seni digital anda dengan berus melukis tersuai atau mulakan kerja anda dengan Berus Photoshop praset.

Tonjolkan perkataan anda.

Sempurnakan penulisan huruf dengan tangan dan strok berus kaligrafi dengan set berus Photoshop berkualiti tinggi.

Gambarkan idea kreatif.

Cipta garisan dan lorekan yang anda mahu. Hidupkan lukisan digital anda dengan berus pensel, dakwat, dan arang.

Pelbagaikan gaya dan berus anda.

Eksperimen dengan semuanya daripada berus warna air hingga kesan percikan dan terokai ribuan alat praset.

Cuba gunakan berus tersuai.

Cipta kit alat unik dengan berus Photoshop tersuai yang boleh membantu anda mencapai sebarang kesan yang anda inginkan.

Berus Musim Bunga 2024

Berus pelbagai warna terang, berus dedaunan segar, alat dakwat baharu, berus lukisan baharu dan banyak tekstur boleh didapati dalam kemas kini terbesar Musim Bunga (30 berus!) untuk tahun 2024. Semoga kreativiti anda terus mekar!

Pek Mega

Lebih 300 alat yang meliputi pelbagai jenis media, termasuk pensel, pastel, arang, dakwat, minyak dan cat air. Juga mengandungi alat comot (pengadun) dan pemadam. Terokai setiap kategori secara berasingan untuk mencari kegemaran anda. Sudah memilikinya? Pasang kemas kini.

Media Kering

Kapur, pastel, pensel dan berus lain dengan tekstur yang menojol. Juga termasuk alat comot.

Gouache

Diilhamkan oleh artis Golden Books pada tahun 1950-an dan 60-an yang bekerja khususnya menggunakan medium gouache serta kedua-dua kesan berus basah dan kering. Subset emas membolehkan anda mengawal medium ini pada berus kering dengan mencodongkan stilus anda (mesti mempunyai pen tablet yang mengecam kecondongan).

Separuh tona

Lebih 100 alat sensitif tekanan yang membolehkan anda mengawal ketumpatan corak separuh tona. Turut menyertakan pilihan kecil berus tona skrin yang ringkas yang tidak bertindak balas terhadap tekanan pen, supaya anda boleh mengisi ruang menggunakan tona sekata dengan cepat.

Berus Manga

Berus untuk kerja garis yang lebih halus dan beberapa berus separuh tona yang praktikal untuk menambah tona. Juga termasuk berus kesan, pensel lakaran dan pemadam.

Percikan

Lebih 40 berus unik yang membolehkan anda mengawal jumlah, ketumpatan dan arah percikan dengan tekanan stilus anda. Dapatkan kesan daripada titik semburan berus gigi sehinggalah cat menitis pada kertas basah.

Warna air

Berus media basah untuk sapuan meluas, kerja terperinci, percikan dan kesan lain. Setiap berus menggunakan tekstur terbina dalam untuk menambah baik rupa strok berus anda.

Cara mengimport dan memasangkan berus ke dalam Photoshop.

Salah satu perkara yang menakjubkan tentang bekerja dengan berus dalam Photoshop ialah anda boleh mencipta dan berkongsi berus anda sendiri. Sama ada anda baru bermula atau anda seorang artis digital yang berpengalaman, tentu menyeronokkan untuk memuat turun dan mengimport berus terus daripada Adobe atau pencipta kegemaran anda.

  1. Buka panel Berus dalam Photoshop dengan pergi ke Tetingkap > Berus.
  2. Klik menu hamburger dan pilih Dapatkan Lebih Banyak Berus.
  3. Cari pek berus yang anda inginkan.
  4. Biarkan Photoshop terbuka dan klik dua kali fail pek berus anda.
  5. Berus baharu anda kini akan dipasang dalam panel Berus untuk kegunaan anda.
  6. Anda juga boleh mengimport berus dengan mengklik menu hamburger dalam panel Berus dan memilih Import Berus, kemudian memilih fail pek berus ABR yang betul dan mengklik Buka.

Cara membuat berus dalam Photoshop.

Jika anda tidak menemukan berus yang tepat dalam Photoshop atau dalam pek berus, berita baik — anda boleh buat berus anda sendiri. Fikirkan dahulu tentang rupa yang anda mahukan dan jenis berus yang akan membantu anda mencapai kesan itu. Kemudian teruskan dan bereksperimen dengan tetapan dalam panel Berus dan simpan berus tersuai baharu anda.

  1. Pilih alat Berus.
  2. Buka panel Tetapan Berus dengan pergi ke Tetingkap > Tetapan Berus.
  3. Dalam Tetapan Berus, anda akan melihat tetapan untuk berus semasa anda.
  4. Ubah suai Bentuk Hujung Berus anda agar sesuai dengan rupa yang anda inginkan.
  5. Semak pillihan lain dalam panel untuk memilih atribut berus anda yang baharu.
  6. Sebaik sahaja anda selesai dengan berus baharu anda, anda boleh mula menggunakannya dengan segera — tetapi pastikan anda menyimpannya jika anda mahu menggunakannya semula.
  7. Untuk menyimpan berus baharu anda, pilih Praset Berus Baharu daripada menu hamburger. Beri berus anda nama baharu dan klik OK.