https://main--da-cc--adobecom.aem.page/cc-shared/fragments/merch/products/premiere/sticky-banner/default-capcut

Dapatkan aplikasi pengeditan video mudah alih percuma yang menawarkan kelajuan luar biasa pada garis masa berbilang trek yang tepat.

Gunakan Adobe Premiere pada peranti mudah alih, alternatif bagi CapCut, untuk mengubah sebarang idea menjadi kandungan yang menarik perhatian dengan alat pengeditan video yang berkuasa namun mudah digunakan.

Edit tanpa gangguan.

Tanpa tera air, iklan timbul promosi, atau kekusutan. Anda hanya perlu membayar apabila mahu menggunakan kredit AI generatif. Nikmati pengalaman pengeditan yang lancar dan membolehkan anda kekal fokus pada kandungan anda.(Kredit AI gen pada iOS sahaja)

Cipta dengan yakin.

Adobe tidak menuntut sebarang pemilikan kandungan anda, dan kami hanya melatih model AI generatif Adobe Firefly pada kandungan yang kami diberikan kebenaran untuk berbuat demikian.

Bunyi luar biasa dalam sekelip mata.

Perkemaskan dialog dan kurangkan bunyi latar dengan mudah menggunakan Tingkatkan Audio. Cari lagu yang sedang popular terus dalam aplikasi, dan gunakan suara anda sendiri untuk menghasilkan kesan bunyi yang tepat pada masanya.

#000

Dapatkan lebih banyak manfaat dengan {{adobe-premiere}} pada peranti mudah alih, alternatif CapCut.

Lihat perbandingan antara CapCut dengan Premiere ini untuk menemukan editor video mudah alih yang terbaik untuk kandungan anda.

https://main--cc--adobecom.aem.live/cc-shared/fragments/products/premiere/app/why-premiere/compare-chart-desktop

#000

Mengapa Adobe Premiere pada peranti mudah alih?

  • Pengeditan video untuk semua orang — Aplikasi pengeditan video yang dibuat untuk pencipta kandungan, Premiere pada peranti mudah alih adalah cukup berkuasa untuk sebarang idea namun cukup mudah untuk digunakan oleh sesiapa sahaja, menjadikan aplikasi ini pilihan yang terbaik untuk mencipta video sosial berkualiti studio semasa dalam perjalanan.
  • Harga yang jelas — Anda hanya perlu membayar jika memilih untuk menggunakan kredit AI generatif.
  • Kepimpinan kreatif sejak berdekad lamanya — Adobe merupakan jenama di sebalik aplikasi standard industri seperti Premiere dan Photoshop, dan dipercayai oleh berjuta-juta pencipta di seluruh dunia.

ADOBE PREMIERE — RAKAN RASMI YOUTUBE SHORTS

Cara baharu yang mudah untuk mencipta YouTube Shorts.

Adobe Premiere pada peranti mudah alih menawarkan ruang khas untuk mengedit YouTube Shorts lengkap dengan templat, kesan, peralihan, dan praset tajuk yang eksklusif. Adun semula templat daripada pencipta lain dan terbitkan kandungan anda terus ke YouTube.

Soalan lazim

Aplikasi manakah yang memberi saya pengeditan yang tepat mengikut bingkai dan tindihan seret dan lepas?

Adobe Premiere pada peranti mudah alih menawarkan pengeditan berbilang trek dengan kawalan yang tepat mengikut bingkai dan tindihan seret dan lepas. Garis masa yang boleh diubah saiz menyusun trek secara visual tanpa perlu diruntuhkan untuk memberi anda paparan lengkap projek anda.

CapCut berbanding dengan Adobe Premiere pada peranti mudah alih: Adakah kapsyen auto disediakan secara percuma dalam kedua-dua aplikasi?

Dalam Adobe Premiere, kapsyen auto adalah percuma dan tanpa had. CapCut mengehadkan penjanaan kapsyen auto pada peringkat percumanya, dengan penggayaan tambahan tersedia melalui langganan berbayar.

Adakah Adobe Premiere pada peranti mudah alih menambahkan tera air pada video yang dieksport?

Tidak. Eksport daripada Adobe Premiere adalah bebas tera air, menjadikan aplikasi ini sebagai alternatif CapCut yang hebat. CapCut secara automatik menambahkan tera air pada video yang dieksport untuk pengguna dengan langganan percuma. Anda perlu membuang tera air secara manual atau menaik taraf kepada langganan CapCut Pro berbayar untuk mendapatkan output yang bebas tera air.

Aplikasi manakah yang membolehkan saya mengeksport projek untuk digunakan dalam Premiere pada desktop, CapCut atau Premiere?

Adobe Premiere pada peranti mudah alih membolehkan anda mengeksport projek kepada Premiere pada desktop untuk diperhalusi menggunakan alat pengeditan video standard industri, menjadikan aplikasi ini sebagai alternatif CapCut yang mantap.

Adakah Adobe akan menggunakan kandungan saya untuk melatih alat AI miliknya?

Adobe hanya melatih model AI generatif Firefly pada kandungan yang kami diberikan kebenaran untuk berbuat demikian.

Bolehkah saya menggunakan kandungan yang saya jana dengan Firefly dalam projek komersial saya?

Output Firefly adalah selamat untuk kegunaan komersial. Model AI generatif Adobe Firefly dilatih pada kandungan berlesen, seperti Adobe Stock, dan kandungan domain awam yang hak ciptanya telah tamat tempoh.

Adakah Adobe Premiere pada peranti mudah alih benar-benar percuma untuk digunakan? Bagaimanakah dengan CapCut?

Dengan Premiere pada iPhone, anda hanya perlu membayar jika memilih untuk menggunakan kredit AI Generatif. Apabila membuat perbandingan antara CapCut dengan Premiere, pengguna perlu mengetahui bahawa CapCut mengenakan bayaran untuk banyak ciri seperti alat AI premium, kapsyen auto, pengalihan keluar latar belakang, dan output tanpa tera air. Kredit AI gen kini untuk iOS sahaja.

Jadi, aplikasi manakah yang sepatutnya dipilih oleh pencipta dalam perbandingan antara CapCut dengan Premiere pada peranti mudah alih?

Premiere pada peranti mudah alih disokong oleh reputasi Adobe yang telah bertapak selama beberapa dekad dan kestabilan platform yang konsisten. Ini pilihan yang jelas jika anda inginkan:

  • Aplikasi percuma untuk dimuat turun dan digunakan — anda hanya perlu membayar jika memerlukan kredit generatif tambahan (Kredit Gen AI kini untuk iOS sahaja.)
  • Pengeditan yang tepat mengikut bingkai
  • Eksport yang bersih tanpa tera air
  • Output AI yang selamat dari segi komersial
  • Ketenangan fikiran kerana mengetahui bahawa Adobe hanya melatih model AI generatif Firefly pada kandungan yang kami diberikan kebenaran untuk berbuat demikian

Di manakah Adobe Premiere pada peranti mudah alih tersedia?

Adobe Premiere pada peranti mudah alih tersedia untuk iOS dan juga Android. Sesetengah ciri mungkin berbeza mengikut platform. Lawati Adobe Help Center untuk mengetahui lebih lanjut.

https://main--da-cc--adobecom.aem.page/cc-shared/fragments/products/premiere/app/premiere-seamless-movement