JADUAL KANDUNGAN
Masa untuk menggunakan Lightroom
Adobe Lightroom dan Adobe Photoshop merupakan alat-alat mengedit imej yang berkuasa. Ketahui pengkhususan setiap app dan terokai aliran kerja pengeditan foto anda yang paling sesuai.
Bermula dalam Lightroom untuk menyusun dan mengelaskan kelompok foto tanpa mengubah fail asal, kemudian tukar kepada Photoshop untuk manipulasi imej yang sempurna. Padamkan objek latar belakang yang mengganggu atau tambah lapisan pelarasan warna atau campurkan berbilang gambar bersama untuk membuat komposit.
Walaupun Lightroom dan Photoshop kedua-duanya merupakan program pengeditan fotografi digital dengan banyak persamaan dalam fungsi, kedua-dua app ini direka untuk memenuhi keperluan yang berbeza dan mencapai matlamat yang berlainan. Pada tahap yang lebih tinggi, Lightroom ialah alat yang terbaik untuk mengurus dan memproses beribut-ribu foto yang berada di dalam peranti anda. Photoshop terkhusus dalam kawalan yang lebih baik untuk mencapai pengeditan yang lebih luas yang akan membantu anda membuat imej kelihatan sempurna. Kadangkala, alat yang digunakan tidaklah begitu penting tetapi masa untuk menggunakan setiap app atau kedua-duanya dalam proses pascapenghasilan.
Anda boleh melihat Lightroom sebagai titik permulaan anda untuk pascapemprosesan. Dalam kebanyakan kes, app ini menjadi kedai sehenti. Tidak seperti Photoshop, yang sesuai dengan pelbagai bidang kreatif, Lightroom dibina khusus untuk mengendalikan aliran kerja jurugambar profesional dengan cekap, daripada pengurusan foto sehinggalah sentuhan akhir.
Anda boleh memilih antara Lightroom dengan Adobe Lightroom Classic. Lightroom Classic ialah program berasaskan desktop untuk foto yang disimpan secara tempatan, seperti pada cakera keras luaran atau komputer anda. Lightroom menyimpan fail anda dalam awan, yang membolehkan anda beralih ruang kerja dengan lancar daripada komputer riba kepada tablet kepada telefon atau dari sofa ke kafe.
Salah satu ciri Lightroom yang paling penting ialah pengurusan imej. Ramai jurugambar memulakan proses pengeditan dengan Lightroom, kerana app ini terbaik untuk mengendalikan jumlah foto yang besar, supaya anda boleh menyelesaikan kerja dengan lebih cepat. Anda boleh menyusun, menguruskan dan menemukan foto dengan cekap dalam katalog seperti pustaka. Tandakan foto untuk mengenal pasti tangkapan yang terbaik dan gunakan album dan koleksi untuk menggunakan penggambaran dan projek. Malah, Lightroom juga mempunyai pilihan kata kunci dan carian untuk menemukan foto yang tepat anda perlukan.
Selepas anda mengimport fail anda, beralih kepada modul Bangunkan untuk meningkatkan dan mengedit foto. Di sini, anda boleh mengubah tetapan anda untuk meningkatkan setiap aspek foto anda. Tingkatkan cahaya dan warna, betulkan prespektif, tajamkan dan tambah kesan kreatif untuk menyerlahkan imej anda. Praset Lightroom ialah ciri yang menjimatkan masa yang memudahkan tindakan menggunakan tetapan yang sama kepada satu atau banyak imej, dikenali sebagai pengeditan kelompok. Anda boleh mencipta praset anda sendiri atau memuat turun pelbagai praset melalui ciri Pengeditan Interaktif Penemuan. Tanpa beralih ke Photoshop, anda juga boleh memutihkan gigi, mengurangkan mata merah dan menggunakan berus penyembuhan untuk mengalih keluar cela.
Lightroom menggunakan pengeditan tidak merosakkan, yang bermakna anda boleh membuat perubahan pada foto tanpa mengubah fail asal secara kekal. Jika anda bekerja menggunakan fail mentah, anda akan mendapat fleksibiliti darpada imej mentah semasa mengedit, tanpa kehilangan data asal. Begitu juga apabila anda memulakan kerja dalam Lightroom dengan fail JPEG.
Dengan Lightroom yang fokus pada penyusunan dan pemprosesan foto, Photoshop lebih menjurus kepada manipulasi, penciptaan dan peningkatan imej. Photoshop ialah pilihan terbaik untuk imej yang anda mahu sempurna sehingga tahap piksel. Jurukemas foto, artis karya halus atau artis komposit mungkin bermula dalam Lightroom tetapi akhirnya akan bergantung pada Photoshop untuk membuat kebanyakan transformasi. Anda boleh memikirkan Lightroom sebagai app yang kekal jati kepada fotografi, manakala Photoshop membolehkan anda mencipta imej mengikut kehendak anda.
Photoshop mempunyai alat pengeditan yang bertujuan untuk mengubah rupa dan kandungan foto ke tahap yang lebih tinggi daripada Lightroom. Anda boleh mengalih keluar objek yang mengganggu menggunakan teknologi Kesedaran Kandungan atau menggabungkan berbilang foto untuk komposit, yang mencipta imej luar realiti atau seakan sebenar daripada berbilang foto. Pereka bentuk grafik boleh menggabungkan imej dengan teks dan grafik vektor, sementara illustrator boleh mencipta semula foto untuk membuat ciptaan yang baharu sepenuhnya. Penapis, lapisan, penopengan dan kawalan transformasi Photoshop merupakan blok binaan asas untuk mengedit imej.
Sama seperti aliran kerja Lightroom yang tidak merosakkan, anda boleh bekerja dengan cara yang tidak merosakkan dalam Photoshop dengan memanfaatkan Lapisan dan Objek Pintar. Membina pada imej anda menggunakan lapisan dan penopengan lapisan, yang boleh anda laraskan dan perhaluskan, dengan mengetahui bahawa lapisan mengandungi maklumat asal imej anda.
Anda boleh membuat lapisan untuk pelarasan warna atau imbangan putih anda, lapisan dengan langit yang murung, lapisan dengan langit biru dan sebagainya, semuanya tertindih di atas imej asal anda. Lapisan boleh menjadi tempat pembelajaran berbanding dengan gelangsar pelarasan universal Lightroom, tetapi lapisan juga terbaik untuk menguruskan kerja pascapenghasilan.
Dengan mengetahui perbezaan antara Lightroom dengan Photoshop, anda akan dapat memilih editor imej yang terbaik untuk suatu projek, tetapi dalam kebanyakan kes, anda boleh menggunakan kedua-duanya sekali gus. Kedua-dua app ini direka untuk bekerja bersama dengan lancar. Anda boleh memproses foto dalam Lightroom dan kemudian menekan Command E atau Control E untuk menghantar kerja ke Photoshop, yang anda boleh memperhaluskannya.
Photoshop dan Lightroom merupakan pilihan pengeditan foto yang baik tetapi bukan itu sahaja pilihan kita. Photoshop termasukAdobe Bridge, yang digunakan untuk menguruskan banyak jenis fail, dan Adobe Camera Raw, yang mempunyai engin pemprosesan imej berkelas dunia yang sama seperti Lightroom. Atau anda boleh membuat pengeditan anda pada mudah alih sepenuhnya dengan Adobe Photoshop Express dan Adobe Lightroom untuk mudah alih. Temui Creative Cloud Pro fotografi yang terangkum dalam pelan Fotografi Adobe Creative Cloud Photography.
Pada dasarnya, pilihan antara Lightroom dan Photoshop bergantung pada matlamat projek kreatif anda dan keutamaan peribadi anda. Sering kali, orang menggunakan kedua-duanya sekali. Sekarang selepas anda tahu perbezaan antara dua app ini, anda boleh merangka aliran kerja anda untuk mencipta foto yang anda mahu. Cara terbaik untuk mengetahui cara yang paling sesuai dengan anda adalah dengan berseronok dan bereksperimen sehingga anda menemukan proses pengeditan yang terbaik.
Based on your location, we think you may prefer the United States website, where you'll get regional content, offerings, and pricing.