#1E1E1E

VIDEO

Gunakan syot koboi dengan sepuas-puasnya.

Jangan terpedaya dengan namanya: Jenis syot ini bukan hanya untuk filem tentang koboi. Terokai cara pembikin filem dalam setiap genre boleh memanfaatkan sepenuhnya teknik filem Barat ini.

Mulakan percubaan percuma | Mulakan percubaan percuma {{premiere}} Terokai {{premiere}}


https://main--cc--adobecom.aem.page/cc-shared/fragments/merch/products/premiere/sticky-banner/default

#fafafa

Apakah syot koboi dalam filem?

  • Dalam sinematografi, syot koboi merangkumi wajah subjek hingga ke pertengahan paha mereka.
  • Saiz syot ini digunakan secara meluas dalam filem-filem Barat seperti A Fistful of Dollars karya Clint Eastwood berdasarkan kekerapan adegan pertarungan dalam filem-filem ini.
  • Syot koboi kini digunakan secara meluas dalam filem pelbagai genre lain.

Syot koboi ialah sebahagian daripada sejarah perfileman.

Ketika filem-filem Barat menguasai Hollywood, pengarah mula menggunakan sudut kamera yang sangat khusus untuk merakamkan wira dan penjahat mereka yang hebat pada skrin. Dengan merakam kanwatak-watak dalam syot jarak sederhana, dengan bingkai meliputi dari atas kepala watak hingga ke pertengahan paha mereka, pembikin filem boleh merakamkan secara serentak raut muka perompak lembu dan pistol enam das yang tergantung di sisinya.

Pembingkaian ini dikenali sebagai syot koboi (atau syot Amerika, di luar negara), tetapi syot kamera yang serba boleh ini telah diterima pakai secara meluas dalam dunia perfileman dan terus digunakan walaupun selepas filem-filem Barat kebanyakannya telah menghilang.

Asas syot koboi.

Syot koboi boleh menyampaikan banyak perkara tentang watak dengan sangat pantas, tanpa menggunakan sepatah baris dialog pun.

"Syot koboi biasanya digunakan untuk mendedahkan sejenis senjata yang dipegang oleh watak," kata juruvideo dan sinematografer, Eric Crain. "Ini cara untuk menunjukkan bahawa watak tersebut mempunyai kuasa atau dominasi mengatasi watak lain."

Menunjukkan wajah pelakon, tangan, dan senjata pada masa yang sama mewujudkan ketegangan bagi penonton kerana mereka cuba meneka berdasarkan ekspresi pelakon tentang perkara yang akan berlaku seterusnya. Itulah sebabnya banyak filem bukan Barat mengandungi contoh syot koboi moden.

Ke manakah perginya semua syot koboi?

Syot koboi hanyalah satu daripada pelbagai jenis syot yang digunakan oleh pengarah dan pengendali kamera untuk menceritakan kisah dalam mana-mana genre — tanpa memerlukan koboi. Lihatlah beberapa contoh filem klasik dan terkini yang menggunakan syot koboi dengan mahir:

Pulp Fiction

Dalam adegan yang tidak dapat dilupakan dalam filem ikonik Tarantino ini, Samuel L. Jackson mengugut seorang pencuri yang telah mencuri beg berharga daripada bosnya. Jackson dirakamkan dari sudut rendah, dengan kamera membingkaikan kedua-dua kemarahan di wajahnya dan senjata yang digenggam di sisinya. Dia kelihatan tinggi, menggerunkan, dan berkuasa — membayangkan mala petaka bagi lelaki yang di hadapannya

Fight Club

Sebagaimana syot koboi tidak memerlukan koboi, filem ini juga tidak memerlukan senjata. Selepas pertarungan yang sengit, kita melihat syot koboi watak Brad Pitt: cedera, menang, dan memegang bir. Gambar ini menunjukkan dia berkuasa, tetapi bir sejuk yang tergantung di pinggangnya menunjukkan bahawa walaupun selepas semua itu, dia masih bergembira.

Wonder Woman

Apabila Wonder Woman berhadapan dengan pasukan mesin gan di medan Perang Dunia Pertama, pengarah Patty Jenkins menggunakan syot koboi untuk menunjukkan dia memandang tepat ke arah musuhnya. Ia merakamkan nekad pada wajahnya serta tangannya yang mencapai tali kebenaran pada tali pinggangnya, memberi kita peluang untuk menjangkakan urutan aksi yang seterusnya.

"Syot koboi biasanya digunakan untuk mendedahkan sejenis senjata yang dipegang oleh watak. Ini cara untuk menunjukkan bahawa watak tersebut mempunyai kuasa atau dominasi mengatasi watak lain."

Cara menyediakan syot koboi anda sendiri.

Keindahan syot koboi terletak pada kesederhanaannya. "Ini syot yang agak mudah untuk dihasilkan," kata Crain. "Anda tidak memerlukan peralatan khas. Anda boleh menggunakan Steadicam atau dolly terbalik untuk bergerak bersama-sama watak semasa mereka berjalan ke arah kamera jika mahu menjadikannya lebih rumit. Tetapi sebenarnya, anda hanya memerlukan tripod dan kamera untuk mendapatkan syot tersebut."

Jangan takut untuk menggunakan filem Barat klasik, seperti karya Sergio Leone, sebagai sekolah perfileman untuk menerapkan syot koboi ke dalam senarai syot anda. Pertimbangkan untuk memotong daripada syot koboi kepada syot jarak amat dekat wajah pelakon anda untuk meningkatkan lagi ketegangan dramatik sesuatu adegan. Atau cuba mulakan dengan syot luas ekstrem sebagai syot pembuka adegan bagi lokasi anda sebelum memotong kepada syot koboi protagonis anda yang sedang mengamati persekitaran baharu mereka.

https://main--cc--adobecom.hlx.page/cc-shared/assets/video/creativecloud/video/discover/media_1264a22ca996bc8117fbcb497e77b0ee55380427d.mp4#_autoplay|null |

Sempurnakan syot koboi anda dengan Adobe {{premiere}}.

Setelah anda merakamkan syot koboi anda, {{premiere}} mempunyai set ciri-ciri yang menakjubkan yang boleh membantu anda menjadikannya lebih cemerlang.

Jika anda menggunakan dolly untuk merakamkan syot koboi anda dalam gerakan, anda boleh menggunakan Warp Stabilizer Effect {{premiere}} untuk melancarkan sebarang goncangan dan menjadikan pergerakan kamera anda kelihatan lebih profesional. Anda juga boleh menggunakan penjejakan gerakan untuk menstabilkan bingkai anda dan mengekalkan fokus pada subjek syot anda.

Jika anda ingin menambahkan sedikit ketegangan pada adegan anda dan menentukan bahawa satu daripada watak anda ialah figura yang berkuasa, syot koboi ialah alat penceritaan yang berkesan.


Penyumbang

Eric Crain


https://main--cc--adobecom.hlx.page/cc-shared/fragments/seo-articles/do-more-premiere-pro-color-blade