#1E1E1E

Apakah sudut Dutch dan cara syot itu mengubah perspektif?

Syot sudut Dutch mencipta ketegangan dan keresahan dengan pergerakan kamera yang mudah. Ketahui cara dan waktu untuk menggunakan teknik dramatik ini bagi mempengaruhi nada adegan anda.

Cuba sekarang|Cuba sekarang {{premiere}} Terokai {{premiere}}

#F8F8F8

Tarik perhatian dengan sudut condong Dutch.

Syot sudut Dutch ialah alat yang hebat untuk membina ketegangan dan suspens — serta mewujudkan kacau bilau dan kekeliruan. Perspektif sisi ini sepadan dengan tenaga watak atau persekitaran yang tidak seimbang dalam sesuatu adegan.

Apakah syot sudut Dutch?

Syot sudut Dutch, juga dikenali sebagai sudut condong gaya Belanda atau sudut spontan, ialah syot kamera apabila kamera dicondongkan pada paksi-x, menjadikan garis mendatar dan menegak dalam bingkai kelihatan bersudut. Ini biasanya digunakan dalam filem untuk mewujudkan ketegangan atau keresahan, sering menunjukkan ketidakstabilan mental watak atau perasaan yang mengganggu dalam adegan berkenaan.

Filem The Third Man tahun 1949 menggunakan syot sudut Dutch secara meluas untuk menonjolkan watak utama yang berasa janggal dalam persekitaran asing. Filem ini, yang berlatarkan Vienna pascaperang, menggunakan sudut condong berserta teknik sinematik yang lain, seperti herotan lensa sudut lebar dan syot jarak sangat dekat, untuk menyumbang kepada perasaan suspens yang sepadan dengan ketidakselesaan watak dan nada keseluruhan filem.

Tidak seperti syot condong asas , syot sudut Dutch memberi rasa bahawa sesuatu tidak kena dengan watak atau dalam adegan berkenaan. Syot condong biasa, sebaliknya, mendedahkan maklumat dan boleh mewujudkan kesan dramatik dengan kamera diputarkan secara menegak ke atas atau ke bawah. Pembingkaian paksi tradisional, sebaliknya, mengekalkan perspektif ruang yang konsisten antara watak dengan objek dengan memegang kamera pada satu sisi garis khayalan, juga dikenali sebagai paksi tindakan.

Sudut kamera dalam filem merupakan penyumbang utama untuk memahami keadaan emosi watak dan perasaan keseluruhan sesuatu adegan. Sudut Dutch muncul dalam banyak filem yang penuh suspens.

Sudut Dutch membawa sudut pandangan yang terganggu untuk membangkitkan rasa tidak selesa dengan penuh suspens atau kadangkala lucu. Berikut ialah beberapa genre am dalam pembikinan filem yang mungkin anda lihat sudut ini digunakan:

  • Filem seram dan drama psikologi. Dalam kedua-dua genre filem ini, sudut kamera Dutch ialah alat yang berkesan untuk menyampaikan ketidakstabilan mental dan keresahan watak, membina suspens dalam diri penonton sambil membuat mereka berasa tegang.
  • Seram. Pembingkaian condong menyampaikan ketakutan dalaman yang dihadapi watak dalam genre ini dan boleh mewujudkan rasa takut dan kebinasaan yang bakal menimpa.
  • Komedi. Sudut Dutch boleh digunakan secara lucu atau surreal untuk menunjukkan sifat pelik sesuatu adegan dengan mewujudkan rasa ketidakstabilan.
  • Fiksyen sains. Dalam filem fiksyen sains, sudut ini boleh menggambarkan perasaan berada dalam persekitaran futuristik atau asing.

Penggambaran dengan sudut Dutch menyingkap jendela minda watak anda untuk dilihat oleh penonton secara intim. Penggunaan syot ini, berserta beberapa syot yang lain seperti syot atas bahu atau syot jarak dekat, boleh memberi penonton gambaran penuh tentang watak anda dan cara dia wujud dalam persekitarannya.

Perkara yang ingin disampaikan oleh sudut kamera Dutch.

Sudut Dutch yang memberi sudut pandangan yang tidak konvensional, serta-merta menarik perhatian penonton dan mengajak mereka untuk melihat perkara yang berlaku seterusnya. Sudut ini menguatkan perasaan dalaman dan menambahkan kacau bilau dalam adegan tertentu. Beberapa sebab pembikin filem mungkin memilih untuk menggunakan sudut ini termasuk:

  • Menunjukkan ketidakseimbangan. Kecondongan menggambarkan ketidakstabilan atau sifat persekitaran tempat watak berada yang tidak dapat diduga.
  • Menyatakan konflik dalaman. Sudut condong boleh membayangkan kekacauan dalaman yang berlaku dalam minda watak.
  • Memaparkan kegelisahan psikologi. Sudut pandangan yang luar biasa boleh menjadikan penonton berasa tidak selesa dan tegang seiring dengan watak filem.

Berikut ialah contoh senario sudut Dutch yang paling kerap digunakan dalam filem:

  • Urutan mimpi. Rasa hilang arah atau adegan yang surealistik lebih gawat dengan sudut ini dan boleh mengaburkan sempadan antara realiti denganan fantasi. Contoh yang hebat ialah Inception karya Christopher Nolan apabila watak-watak mengalami pelbagai urutan mimpi. Tambahan pula, filem ini menggunakan syot sudut tinggi untuk menunjukkan persekitaran yang runtuh dan watak-watak yang kecil dan tidak penting dalam skema dunia mimpi mereka.
  • Detik ketegangan. Sesuatu terasa tidak kena apabila sudut ini digunakan, membina suspens untuk penonton. Apabila protagonis Shutter Island menyaksikan realiti tersingkap sedikit demi sedikit, sudut kamera Dutch digunakan untuk membolehkan penonton merasai ketidakselesaan yang sama.
  • Adegan kacau-bilau. Detik bertempo pantas dan berisiko tinggi sesuai dengan kecondongan sudut Dutch yang tidak konvensional. Untuk menggambarkan konflik dan kekacauan keluarga di Asgard, sudut ini digunakan untuk menyerlahkan perubahan dinamik kuasa dalam filem adiwira Marvel Thor.
  • Keadaan tidak stabil. Apabila watak tidak stabil dari segi mental, kamera dengan pantas memberitahu penonton. Black Swan mencondongkan kamera untuk menunjukkan ketidakstabilan mental Nina apabila dia menjadi semakin paranoid. Untuk meningkatkan lagi perasaan paranoia, syot sudut rendah digunakan untuk menyerlahkan tekanan yang dihadapi oleh Nina.

Walaupun penambahan pelbagai jenis sudut boleh memastikan penonton anda terus terpaut, anda dinasihatkan supaya memasukkan beberapa syot aras mata untuk mendapatkan perspektif neutral, kerana keseluruhan filem tidak boleh hanya dipenuhi dengan suspens dan keseronokan.

Contoh sudut Dutch yang terkenal dalam filem.

Jika anda ingin meningkatkan ketegangan, membina suspens, atau menggambarkan suasana kacau-bilau, sudut Dutch akan membuatkan penonton berpaling (atau memiringkan) kepala. Contoh terkenal yang berikut boleh memberi inspirasi kepada anda sewaktu membuat pilihan tempat untuk menggunakan sudut ini dalam filem anda:

  • Citizen Kane**.** Dalam adegan "janji kempen" yang ikonik, sudut Dutch digunakan untuk menunjukkan kerumitan mental dan ketidakjujuran ahli politik pemakan rasuah, Charles Kane.
  • Mission: Impossible**.** Adegan restoran yang menampilkan Ethan Hunt menyedari dia menjadi sasaran menggunakan sudut Dutch untuk menyerlahkan keterujuaan dan ketegangan.
  • The Matrix. Selepas Neo dibawa oleh beberapa ejen dan disoal siasat, kamera condongkan sedikit semasa perbualan untuk menunjukkan dia berasa terperangkap dan tidak biasa dengan persekitarannya.

Pendekatan kepada syot sudut Dutch.

Sekarang, memandangkan anda mempunyai beberapa contoh praktikal sebagai panduan, sudah tiba masanya untuk menambahkan sudut ikonik ini dalam filem anda.

Sebelum penggambaran, tentukan nada atau emosi yang ingin anda sampaikan — ketegangan, ketidakstabilan, kekeliruan, kacau bilau, atau sesuatu yang lain. Fikirkan sama ada adegan tersebut akan bertambah baik dengan kecondongan itu atau hal ini akan mengganggu jalan cerita.

Jika sudut Dutch sesuai untuk adegan anda yang seterusnya, anda boleh menggunakan langkah-langkah yang berikut untuk menyediakan dan membuat penggambaran dengan sudut Dutch:

1. Pilih sama ada anda mahu menggunakan tripod atau menggunakan kaedah pegangan tangan.

  • Penggunaan tripod mewujudkan pergerakan yang lebih lancar dan mengekalkan kecondongan yang stabil.
  • Untuk kesan yang lebih haru biru, rakaman tanpa tripod boleh menghasilkan suasana adegan yang mengejutkan.

2. Mulakan dengan menyediakan kamera anda pada aras mata. Kemudian, pilih sama ada syot sudut lebar, jarak dekat, atau syot jarak sederhana.

3. Condongkan kamera 15–25 darjah untuk sudut yang ketara.

  • Untuk situasi yang lebih mengejutkan, cuba gunakan sudut yang lebih curam. Letakkan kamera anda dengan cara yang tidak sejajar dengan garis menegak seperti bangunan, dinding, atau pintu dengan bingkai.

4. Cari darjah kecondongan yang paling sesuai dengan adegan anda dengan mencuba pelbagai sudut.

5. Tonton rakaman anda dan laraskan semula mengikut keperluan.

Bereksperimen dengan kecondongan dan syot sudut Dutch dalam pascapenerbitan.

Anda dinasihatkan supaya merakamkan sudut Dutch semasa penggambaran, tetapi jika anda melihat tempat yang mungkin sesuai dalam pascapenerbitan video, anda masih boleh mengubah perspektif. Tambahkan sudut itu dalam Adobe {{premiere}} dengan menggunakan langkah-langkah ini:


  1. Klik klip video pada garis masa untuk membuat pilihan.

  1. Dalam panel Kawalan Kesan, cari bahagian Gerakan. Laraskan nilai Putaran kepada +15 atau -15 darjah. Dari situ, tambahkan jika anda mahukan kecondongan yang lebih ketara.

  1. Tingkatkan nilai skala untuk mengelakkan segi tiga hitam pada sudut bingkai anda.

  1. Gunakan tetapan kedudukan untuk meletakkan subjek di tengah-tengah bingkai.

  1. Semak semula adegan, kemudian klik Fail > Eksport > Media untuk menyimpan dan mengeksport hasil kerja anda.

Tidak kira sama ada anda merakam dengan kecondongan ini atau mengedit bingkai video dengan sudut kemudiannya, anda boleh menghasilkan keadaan huru hara atau kekeliruan dalam sekelip mata.

https://main--cc--adobecom.aem.page/cc-shared/fragments/products/premiere/do-more-with-premiere

Soalan Lazim tentang syot sudut Dutch.

Apakah sudut Dutch dalam filem seram?

Sudut Dutch mungkin digunakan dalam filem seram untuk memberi isyarat kepada penonton bahawa ada sesuatu yang tidak kena atau menyerlahkan keadaan emosi watak. Sudut ini boleh mewujudkan ketegangan dan suspens.

Bilakah sudut Dutch mula digunakan?

Sudut Dutch mula digunakan dalam sinema Ekspresionisme Jerman pada tahun 1920-an untuk mewujudkan rasa kekeliruan atau ketidakselesaan.

Mengapakah terdapat begitu banyak sudut Dutch dalam filem Thor?

Sudut Dutch digunakan dalam filem Thor untuk memaparkan ketegangan kekeluargaan antara dua beradik dan konflik sepanjang filem itu.

Mengapakah Spike Lee menggunakan sudut Dutch?

Pengarah Spike Lee menggunakan sudut Dutch untuk membina ketegangan dan menyampaikan konflik yang berterusan.

Bolehkah anda menyunting sudut Dutch dalam {{premiere}}?

Ya, anda boleh menyunting sudut Dutch dalam {{premiere}}. Alat dalam panel Effect Controls membolehkan anda memutar seperti yang dikehendaki.

https://main--cc--adobecom.aem.page/cc-shared/fragments/merch/products/premiere/merch-card/segment-blade