Panduan syot jujukan dalam filem.
Tingkatkan kemahiran pembikinan filem anda dengan panduan syot jujukan yang berguna ini.
Pembuatan filem, walaupun sekadar vlog, bukan sekadar menggabungkan syot-syot yang menarik. Sebelum memulakan penggambaran, perancangan teliti diperlukan — daripada teknik semasa penggambaran hinggalah kaedah pengeditan untuk memperkemas hasil akhir. Walau bagaimanapun, dengan begitu banyak jenis syot untuk dipilih, meluangkan masa untuk mempelajari tentang syot jujukan khususnya — mengapa, bagaimana, dan bila anda patut menggunakannya — akan membantu anda menghasilkan filem atau video yang lebih berkualiti.
Apakah syot jujukan?
Syot jujukan ialah kaedah untuk merakamkan adegan dari pelbagai jarak. Syot jujukan memastikan penyunting mempunyai banyak saiz syot untuk menceritakan kisah dan mengekalkan perhatian penonton. Sekurang-kurangnya, anda perlu mendapatkan pandangan luas, sederhana, dan dekat bagi sesuatu adegan.
Juga dikenali dengan istilah Perancis "Plan séquence", syot jujukan melibatkan penyusunan siri pergerakan kamera dan syot berbingkai, termasuk syot luas (atau "syot induk"), jarak sederhana, dan jarak dekat yang disebutkan di atas, supaya dapat menggerakkan cerita anda ke hadapan secara logik.
Syot jujukan yang baik memberikan panduan visual yang kuat kepada penonton untuk mengikuti aksi filem — tetapi sama pentingnya dengan mengekalkan perhatian mereka pada aksi, syot jujukan sebenarnya membina jangkaan. Lagipun, anda mahu penonton anda terus teruja (bukannya ingin keluar untuk mendapatkan lebih banyak bertih jagung sewaktu detik yang penting).
Akhirnya, bagi pembikin filem, syot jujukan membantu mengelakkan rasa terbeban dengan perincian. Apabila anda mengetahui syot yang akan digunakan terlebih dahulu, anda boleh memberikan lebih tumpuan kepada komposisi, pencahayaan, dan cara imej tersebut akan menceritakan kisah anda.
Syot lazim yang lazim digunakan dalam syot jujukan.
Dalam filem dan video yang lebih panjang, lima jenis sudut kamera (juga dikenali sebagai pembingkaian syot) yang paling lazim ialah:
- Syot jarak dekat
- Syot sudut lebar
- Syot jarak sederhana
- Syot atas bahu
- Syot sudut pandangan
Sekurang-kurangnya, anda perlu memastikan anda mendapatkan syot luas, jarak sederhana, dan jarak dekat bagi sesuatu adegan. Mengapa tiga syot pertama ini? Seperti ungkapan lama "Yang luas menunjukkan tempat, yang sederhana menunjukkan orang, dan yang rapat menunjukkan apa." Jadi, jika anda cuba menceritakan kisah yang konsisten dan tidak mahu penonton anda hilang minat atau hilang perhatian pada detik tersebut, ketiga-tiga syot ini memberi anda rangka yang hebat untuk menempatkan watak atau aksi anda.
Cuba rancangan Lima Syot.
Salah satu jujukan syot yang lebih popular dipanggil teknik Lima Syot. Mari kita terokai cara teknik ini boleh dikembangkan dalam penggambaran filem sebenar. Mulakan dengan membayangkan adegan seorang gadis kecil yang sedang asyik melukis gambar:
- Mulakan dengan syot jarak dekat tangannya semasa dia menghasilkan karya seninya.
- Gunakan syot penjejakan untuk bergerak ke wajahnya, menunjukkan dia sedang menumpukan perhatian.
- Ambil syot jarak sederhana yang merakamkan gadis itu dan persekitaran terdekatnya.
- Tambahkan syot sudut pandangan, mungkin dari belakang bahunya.
- Jadikan syot kelima sebagai sudut lebar dengan pandangan mata burung atau kedudukan kreatif yang lain.
Kelebihan jujukan lima syot? Teknik penggambaran berturut-turut ini membantu anda membina adegan berbilang bahagian yang kompleks namun dibina dengan baik yang menggerakkan cerita anda ke hadapan dengan mendedahkan petunjuk tentang watak anda.
Cara papan cerita membantu penggambaran syot jujukan.
Apabila anda membuat filem atau video, papan cerita boleh menjadi peta jalan yang sangat membantu sepanjang proses penerbitan sebenar. Dengan menyusun syot jujukan anda pada papan cerita, anda akan tahu perkara yang perlu dihasilkan dan cara untuk menghasilkannya, supaya anda mempunyai rakaman terbaik untuk digunakan dalam pengeditan pascapenerbitan.
Papan cerita syot demi syot lebih daripada sekadar memberi anda pelan yang lebih teratur untuk diikuti, bahkan ia boleh membantu mengurangkan kesilapan penggambaran, menjimatkan masa yang mungkin dihabiskan untuk pengulangan kerja, perancangan semula, dan tekanan yang tidak diperlukan. Khususnya, apabila anda melakarkan jujukan syot pada papan cerita, anda akan dapat melihat dengan mudah tempat adegan, syot, dan bingkai anda mempunyai kesatuan dan tempat yang tiada kesatuan ini. Tambahan pula, anda boleh menyusun semula sebelum jurukamera anda (jika bukan anda sendiri) menepuk papan klip dan melaungkan "Aksyen."
4 susun atur jujukan syot yang berbeza.
Daripada aksi kepada reaksi, ketahui lebih lanjut tentang pelbagai jenis pelan jujukan syot ini dan cara terbaik untuk menggunakannya dalam projek anda yang seterusnya.
Padanan mengikut gerakan
Kadangkala dipanggil "potongan berasaskan aksi", jujukan ini mengambil pelbagai syot dari sudut yang berbeza sambil mengekalkan kesinambungan aksi subjek. Setiap syot baharu menyambungkan aksi daripada syot sebelumnya secara tepat dan, apabila dilakukan dengan baik, mewujudkan rupa yang lancar. Namun, perlu diingat bahawa aksi kecil yang mudah diulang — seperti pelakon yang perlahan-lahan menghirup darpada gelas dalam setiap syot dan bukannya menghirup dalam satu ambilan dan meneguk dalam yang lain — adalah paling sesuai untuk jenis jujukan ini.
Kolaj syot jarak dekat
Bayangkan jujukan yang terdiri daripada siri syot jarak dekat yang berkembang melalui satu detik. Dari mata seorang wanita yang memandang ke bawah, ke kulit buku yang sedang dibacanya, ke kuku merahnya yang menyelak halaman, ke halaman seterusnya yang koyak daripada tulang belakang buku, membiarkan watak dan penonton dalam keadaan tegang. Semuanya membentuk cebisan teka-teki visual watak yang hebat. Tambahan pula, apabila anda menggandingkan jujukan kolaj syot jarak dekat dengan suara latar, ini menambahkan lagi kekuatan pada cerita watak tersebut.
Pendedahan
Jujukan syot pendedahan adalah seperti perkara yang ingin lihat lihat dialami oleh seseorang sewaktu dia melangkah masuk majlis kejutan. Syot ini hendaklah mendedahkan sesuatu yang benar-benar tidak dijangka sebagai syot terakhir dalam jujukan. Anda mahu syot itu mencetuskan nafas terkejut, kegembiraan, atau bahkan ketakutan yang nyata (jika genre seram ialah bidang anda). Kemungkinan untuk syot pendedahan adalah tidak terhad — pastikan anda menyembunyikan kejutan dan tidak mendedahkan apa-apa dalam syot pertama jujukan tersebut. Seperti kata pepatah, akhiri dengan kejutan yang menggembirakan (atau menakutkan).
Aksi/reaksi
Apabila anda mengambil syot jujukan aksi/reaksi, anda memotong daripada adegan utama (atau aksi) untuk menunjukkan reaksi watak terhadap kejutan tersebut. Ini biasanya menunjukkan ekspresi wajah watak dalam syot jarak dekat atau sederhana tetapi anda juga boleh menggunakan aksi/reaksi untuk mempamerkan hubungan ruang antara dua subjek. Contohnya, ombak besar yang bergerak ke arah pantai diikuti dengan syot orang yang berjemur memandang ke arah kemusnahan yang bakal berlaku. Walau bagaimanapun, syot aksi/reaksi cenderung untuk membayangkan perkara yang sepatutnya dirasai oleh penonton sendiri.
Gunakan sistem kesinambungan untuk menggambarkan jujukan syot.
Jujukan syot merujuk pada perkara yang menjadi subjek penggambaran anda — cara anda membuat penggambaran dikawal oleh sesuatu yang dipanggil "sistem kesinambungan". Sistem kesinambungan — cara teknikal untuk mengekalkan konsistensi masa dan ruang dalam filem — iaitu, teknik kamera dan pengeditan yang kini digunakan oleh hampir semua penerbitan filem dan televisyen dalam penggambaran dan pascapenerbitan untuk mewujudkan pengalaman tontonan yang lebih baik.
Apabila anda menggambarkan jujukan syot dengan teknik sistem kesinambungan, anda mendapat manfaat daripada satu set arahan kamera yang diseragamkan yang dicipta untuk memberi penonton pengalaman tontonan yang paling lancar. Matlamat di sebalik sistem kesinambungan ini adalah untuk mempersembahkan filem dengan hasil pengeditan yang tidak kelihatan sehingga perhatian penonton tidak sekali-kali terganggu. Anda tidak mahu mereka melihat lompatan janggal antara syot atau menjadi keliru dengan susun atur ruang.
Salah satu asas sistem arahan kamera ini dipanggil "peraturan 180 darjah". Peraturan itu menyatakan bahawa kamera mesti kekal pada satu sisi sahaja bagi aksi dan objek dalam adegan. Satu garisan bayangan, dikenali sebagai garisan 180 darjah (atau paksi tindakan), merentas adegan supaya pembuat filem dapat mencapai gaya penceritaan yang lancar. Dengan cara ini, watak dan objek tidak bertukar kedudukan — dari satu syot ke syot yang lain, jika mereka di sebelah kanan, mereka akan kekal di situ, dan jika mereka di sebelah kiri, mereka akan sentiasa di sebelah kiri — ini yang dimaksudkan sebagai bahagian "kesinambungan" dalam sistem kesinambungan.
Mengikuti peraturan sistem kesinambungan ini membantu anda mengelakkan kesilapan kesinambungan dan menyediakan rakaman jujukan yang diperlukan kepada editor anda untuk memberi penonton "pandangan yang lancar" yang amat penting.
Tingkatkan kemahiran pembikinan filem ke tahap yang lebih tinggi.
Mempelajari cara merancang, mereka bentuk, dan menggambarkan syot jujukan hanyalah salah satu cara untuk menjadi pembikin filem yang lebih baik. Jika anda berminat dengan cara lain untuk mencetuskan kreativiti dan menemukan lebih banyak teknik penciptaan video dan pembuatan filem, termasuk nasihat pengarahan, idea penyuntingan dan banyak lagi, luangkan masa untuk menerokai petua dan trend yang berguna ini. Kemudian, terokai segala yang boleh anda lakukan dengan Adobe {{premiere}} untuk membawa filem dan video anda ke tahap yang seterusnya.
https://main--cc--adobecom.aem.page/cc-shared/fragments/products/premiere/do-more-with-premiere
Lakukan lebih banyak perkara dengan Adobe Creative Cloud.
- Cipta sepanduk YouTube dalam talian dalam sekelip mata.
- Buat imej kecil YouTube secara percuma dalam beberapa minit.
- Pembuat video dalam talian percuma.
- Ubah saiz video dalam talian dengan mudah.
- Kemaskan video anda dengan memotong secara percuma.
- Pemangkas video dalam talian percuma.