1. Luangkan masa dan wang untuk pencahayaan.
Pencahayaan yang yang menepati tujuan amat penting untuk mendapatkan rakaman yang baik, dan hal ini khususnya penting apabila kamera merakamkan subjek dan latar belakang. "Pastikan anda mempunyai cahaya semula jadi yang baik, sekiranya tidak, anda boleh mengawal cahaya dengan pencahayaan berterusan atau pengubah cahaya yang memberikan tekstur dan kedalaman pada wajah subjek," kata Rose. "Mungkin cuba pencahayaan tiga titik, jadi anda mempunyai cahaya utama, cahaya rambut, dan cahaya latar belakang."
Sama ada anda memilih pencahayaan kekunci tinggi atau kekunci rendah akan bergantung pada suasana yang ingin anda cipta. Pencahayaan kekunci tinggi mewujudkan adegan yang terang dengan kontras yang lebih rendah adalah lebih sesuai untuk detik naratif yang lebih ringan atau iklan produk. Kekunci rendah lebih sesuai untuk drama sinematik dan misteri.
2. Perhatikan subjek anda dengan teliti.
Pastikan anda melangkah jauh dari kamera dan luangkan masa untuk memeriksa penampilan subjek anda. "Kadang-kadang anda tidak mempunyai penata gaya, hanya anda sahaja. Jadi anda perlu memastikan anting-anting subjek menghadap ke arah yang betul, rambut mereka tidak berselirat atau terpusing, atau satu kolar tidak lebih tinggi daripada yang lain," kata Rose.
Juga perhatikan kesilapan dalam kesinambungan berkaitan dengan pakaian, prop, dan rambut. Kesilapan kesinambungan ialah kesalahan kecil yang mungkin membuatkan penonton hilang tumpuan pada cerita yang anda sampaikan kerana sesuatu berubah antara potongan yang memecahkan rasa tindakan berterusan. "Jika anda memegang tin air soda dalam satu tangan dan dalam syot seterusnya tin itu berada dalam tangan yang lain, penonton akan merasakan lompatan itu," kata Bolden. Melainkan anda bertujuan untuk membuat potongan lompat, detik-detik ini boleh menggugat kepercayaan penonton terhadap anda dan cerita anda.
3. Pertimbangkan persekitaran sekeliling.
Pilih latar belakang anda dengan teliti. "Pastikan perkara yang berada pada latar belakang itu menarik dan apabila kamera tidak terfokus pada perkara yang berada di belakang subjek, ia kelihatan cantik dan menambahkan tekstur pada syot," ujar Rose. Akan tetapi jangan biarkan latar belakang terlalu sibuk. Jika terlalu banyak perkara berlaku, perhatian penonton mungkin terganggu daripada tindakan utama. (Dan jika anda mempunyai orang di latar belakang, berhati-hati dengan pelakon tambahan yang berniat untuk mendapaat perhatian.)
4. Susun komposisi dengan bijak dan teliti.
Anda mendapat syot anda yang terbaik apabila anda membingkaikan dengan terancang dan teliti, jadi rancang terlebih dahulu. Cipta papan cerita dan kemudian bina senarai syot sebelum anda memulakan penerbitan. Pertimbangkan perkara yang anda berharap untuk capai dengan syot jarak sederhana dekat anda dan peranan yang boleh dimainkan oleh pergerakan kamera atau reka bentuk latar belakang untuk membantu anda menarik perhatian penonton anda.
Dan, sudah tentu, pertimbangkan nilai estetik bingkai anda. "Komposisi di belakang subjek — tanpa menjadi perkara yang anda lihat dalam fokus — masih perlu berubah menjadi sesuatu yang mencipta bingkai yang indah," jelas Rose.
5. Gunakan lensa yang serba boleh.
Lensa potret, seperti lensa 24mm–70mm, berfungsi dengan baik untuk syot jarak sederhana dekat. "Anda boleh menghampiri subjek, tetapi ia berfungsi dengan lebih baik pada jarak sederhana," jelas Bolden. "Ia tajam dan jelas."
Lensa zum juga boleh membantu anda memberi subjek anda jarak dan membuatkan mereka rasa selesa. "Jika saya mahu syot ini, saya mungkin akan berada sekurang-kurangnya lima atau enam kaki dari subjek dan kemudian menggunakan lensa untuk mengatasi sebarang perbezaan yang saya mahu," ujar Bolden. "Saya memberi orang itu ruang supaya tidak rasa terlalu intim."