#1E1E1E

VIDEO

Cara menghasilkan syot jarak sederhana dekat yang mengagumkan dalam filem dan video.

Tidak kira jenis projek anda, anda pasti akan kerap menggunakan syot jarak sederhana dekat. Ketahui masa untuk menggunakan syot kamera ini dan cara membuatkan syot itu berkesan untuk cerita anda.

Mulakan percubaan percuma Terokai {{premiere}}

#fafafa

Apakah syot jarak sederhana dekat?

Dalam sinematografi, syot jarak sederhana dekat (MCU) membingkaikan subjek dari atas sedikit pada bahagian kepala hingga bawah dada. Sebagai syot neutral, syot jarak sederhana dekat merakamkan ekspresi wajah dan bahasa badan subjek sambil masih mengekalkan sedikit latar belakang dalam bingkai.

Syot jarak sederhana dekat berbanding dengan jenis syot kamera yang lain.

Jenis syot kamera yang dipilih oleh pembuat filem untuk mana-mana adegan boleh memberi kesan yang besar pada cara adegan itu mempengaruhi penonton. Selain merakamkan aksi dalam bingkai, setiap syot mewujudkan hubungan antara beberapa subjek atau antara subjek dengan persekitaran mereka. Bagi kebanyakan adegan, anda perlu memastikan anda cukup dekat untuk merakamkan aksi dan emosi sesuatu adegan tetapi tidak terlalu dekat sehingga mengganggu penonton.

Berhati-hati supaya tidak terlalu luas

Setelah anda menyediakan adegan dengan syot pembuka adegan, anda boleh menggunakan syot luas (juga dikenali sebagai syot panjang atau syot penuh) untuk menunjukkan subjek anda dalam konteks persekitaran mereka. Jenis syot ini membantu untuk memperjelas hubungan ruang dan dinamik kuasa watak kepada penonton. Syot penuh juga hebat untuk merakamkan pergerakan badan dalam persekitaran mereka, tetapi jika anda cuba menceritakan keseluruhan cerita dari jarak ini, penonton anda mungkin mula berasa seperti mereka sedang menonton video kawalan keselamatan.

Bergerak lebih dekat kepada subjek, syot jarak sederhana membingkai seseorang dari pinggang ke atas. "Ia separuh persekitaran dan separuh subjek," kata pengarah dan jurugambar Alicia J. Rose. Penonton dapat menangkap gerak isyarat dan ekspresi wajah sambil mengekalkan rasa latar belakang. Syot ini sesuai untuk komedi fizikal atau detik penting bagi penonton untuk melihat kedua-dua subjek dan ruang di sekeliling mereka, tetapi untuk perbualan, ini masih agak jauh.

Tetapi jangan terlalu sempit

Di hujung spektrum saiz syot yang bertentangan, syot jarak dekat dan syot amat dekat memenuhi bingkai dengan wajah subjek. Ini merupakan syot yang intim dan intensif yang cenderung digunakan secara berhemat oleh pembikin filem. "Dalam syot jarak dekat, anda hanya fokus pada orang itu, melihat mata mereka, melihat ke dalam jiwa mereka," kata Rose. Semasa detik yang amat tegang atau epifani, anda boleh zum masuk ke wajah subjek anda atau meluncur masuk dengan Steadicam, tetapi jika anda menghabiskan terlalu banyak masa dalam syot jarak dekat, anda menanggung risiko meletihkan penonton anda.

Bingkaikan syot anda secara paling sesuai

Syot jarak sederhana dekat ialah jenis syot yang paling sesuai kerana syot ini meletakkan penonton pada jarak yang paling sesuai dari wajah subjek. Ini syot yang terbaik untuk merakamkan adegan orang bercakap dengan kamera atau antara satu sama lain atau melakukan aktiviti pegun yang lain. "Syot jarak sederhana dekat bersifat separa intim," jelas jurugambar video dan editor Lisa Bolden. "Ia hampir seperti perbualan yang selesa dengan seseorang dan meletakkan anda pada jarak perbualan," menurut Bolden.

Penonton masih dapat merasai ruang dalam syot jarak sederhana dekat, tetapi latar belakang mungkin lebih bertekstur. Jika sesuai dengan mood syot tersebut, anda boleh menggunakan kedalaman medan yang cetek untuk mencipta kesan bokeh yang memukau di latar belakang.

Masa untuk menggunakan syot jarak sederhana dekat.

Disebabkan oleh sifat neutralnya, anda boleh menggunakan syot jarak sederhana dekat pada sudut kamera paras mata untuk hampir semua adegan. "Ini bergantung pada tempat anda berada, terutamanya dalam dialog," kata Bolden. "Saya menggunakannya pada bila-bila masa saya mahu penonton berasa selesa dan seperti ada aliran yang berlaku."

Syot berdua

Dalam syot berdua (syot dengan dua subjek dalam bingkai), apabila orang sedang bercakap, bertengkar, atau bercium, syot jarak sederhana dekat berfungsi dengan baik. Malah, kebanyakan adegan ciuman klasik dalam filem berlaku dalam syot jarak sederhana dekat.

Atas bahu

Sering kali syot atas bahu ialah syot jarak sederhana dekat. Sama ada anda kekal di belakang satu subjek atau menggunakan syot-balas syot untuk memotong ke depan dan belakang dari satu subjek ke subjek yang lain, syot atas bahu boleh menarik penonton untuk menghayati perbualan. Dengan menukarkan sudut kamera ke sudut tinggi di atas atau di bawah orang yang menghadap kamera, syot jarak sederhana dekat boleh menyampaikan kekuatan atau kelemahan apabila satu watak mengatasi yang lain.

#BFDDDF

5 petua untuk syot jarak sederhana dekat yang berjaya.

Pertimbangkan elemen penting ini semasa anda menyediakan syot anda.

"Dalam syot jarak dekat, anda hanya fokus pada orang itu, melihat mereka, melihat mata mereka, melihat ke dalam jiwa mereka."

Cipta syot jarak sederhana dekat dalam peringkat pascapenerbitan.

Semasa pascapenerbitan, anda mungkin mendapati bahawa salah satu syot jarak sederhana dekat anda tidak berfungsi atau anda lebih suka mengambil syot dalam saiz yang berbeza. Dalam keadaan tersebut, anda boleh menggunakan perisian pengeditan video seperti Adobe {{premiere}} untuk zum masuk pada watak.

Selagi anda merakamkan video anda pada resolusi yang lebih tinggi, seperti 4K atau 5K, anda mempunyai pilihan untuk zum masuk ke syot jarak sederhana dekat atau syot jarak dekat tanpa kehilangan kualiti video secara ketara. "Jika anda bekerja secara bersendirian, atau jika anda hanya mempunyai satu kamera, maka ini amat penting. Anda cuma mengambil satu syot, tetapi anda masih boleh mencipta syot jarak dekat dan syot jarak sederhana anda. Ini sangat berguna bagi saya sebagai pembikin filem solo," kata Bolden.

Tidak kira sama ada anda bekerja bersendirian atau dengan kru, untuk filem atau iklan, anda pasti akan kembali menggunakan syot jarak sederhana dekat berulang kali. Cuma ingat sahaja petua-petua di atas, dan anda akan mendapat bahagian filem yang diperlukan untuk menyampaikan cerita anda.

https://main--cc--adobecom.hlx.page/cc-shared/fragments/products/premiere/do-more-with-premiere