Fon untuk setiap projek anda.
Gunakan sebarang fon.
Photoshop serasi dengan fon OpenType (OTF) dan fon TrueType (TTF), yang bermaksud anda boleh menggunakan hampir semua fon yang diimport dalam reka bentuk anda.
Terokai Adobe Fonts.
Dengan langganan Adobe Creative Cloud, anda akan mendapat akses kepada Adobe Fonts, yang mempunyai lebih 20,000 fon — semuanya berlesen dan sedia untuk kegunaan peribadi atau komersial.
Tonjolkan kreativiti dengan alat teks.
Anda boleh membengkokkan, meledingkan, melengkungkan, dan membentuk teks untuk disesuaikan dengan reka bentuk anda dengan menggunakan alat pengubahsuaian teks yang fleksibel. Hanya imaginasi anda yang menjadi batas.
Cipta fon tersuai anda sendiri.
Dengan fon boleh ubah dan gaya perenggan, anda boleh mencipta fon tersuai dan menyimpan fon itu untuk digunakan semula dalam mana-mana reka bentuk yang anda suka.
Cara memasang fon pada Mac dan PC.
Cara mengimport fon pada Mac.
Menambahkan fon pada Mac semudah memuat turun fail dan mengklik beberapa pilihan. Kadangkala fon datang dalam folder zip, jadi anda perlu mengekstrak folder itu terlebih dahulu.
- Muat turun:
Setelah anda menemukan fon anda, muat turun, pastikan fail itu dalam format TTF atau OTF. - Pasang:
Dwiklik fail fon, yang akan membuka aplikasi Font Box, kemudian klik Pasang Fon. - Pilih:
Menggunakan alat Teks Mendatar, pilih tempat anda mahu menaip dan pilih fon dalam menu teks. - Taip:
Taipkan teks anda dengan alat Taip dan ubah suai mengikut keperluan.
Cara mengimport fon pada PC.
Memasang fon dalam Windows serupa dengan langkah yang di atas, walaupun anda akan menggunakan aplikasi yang sedikit berbeza.
- Muat turun:
Setelah anda menemukan fon anda, muat turun ke folder atau desktop anda. - Klik:
Klik kanan fail fon yang dimuat turun dan pilih Pasang. - Pilih:
Dalam Photoshop, pilih alat Teks Mendatar, dan cari fon baharu dalam bar menu di bahagian atas. - Taip:
Taipkan beberapa teks contoh untuk memastikan fon baharu anda berfungsi.
Perluaskan koleksi fon anda.
Fon dan teks ialah alat yang sangat berguna untuk banyak projek foto dan reka bentuk, dan tutorial ini akan menunjukkan kepada anda perkara yang boleh anda lakukan dengan teks dalam Photoshop.
Tambahkan teks pada foto anda.
Ketahui tentang persilangan tipografi dan fotografi dengan tutorial berguna ini.
Terokai kuasa fon boleh ubah.
Fon boleh ubah memberi anda fleksibiliti dan pilihan penyesuaian untuk fon anda, membolehkan anda menyesuaikan rupa fon anda, sehingga ke peringkat aksara.
Lihat masa depan fon boleh ubah|Lihat masa depan fon boleh ubah
Tulis dengan skrip yang pelbagai.
Photoshop mempunyai keserasian tambahan untuk sistem penulisan dan barisan fon dari negara lain, jadi anda boleh mengekspresikan diri dalam bahasa yang paling selesa untuk anda.
Pasang pada mana-mana platform.
Tutorial ini akan menunjukkan kepada anda cara memasang fon pada pelbagai platform lain.
Soalan lazim.
Adakah semua fon dalam Photoshop selamat untuk web?
Photoshop menggunakan fon yang diaktifkan oleh pengguna pada komputer mereka. Contohnya, seorang pengguna mencipta dokumen dengan menggunakan fon Futura. Apabila dokumen itu dikongsi dengan rakan yang komputernya tidak mempunyai fon tersebut, fon itu tidak akan dipaparkan dengan betul sehingga fon tersebut dipasang pada peranti kedua.
Langganan Adobe Creative Cloud termasuk akses kepada ratusan fon dan keluarga fon/faundri fon.
Fon selamat web ialah fon yang telah dipasang secara lalai pada kebanyakan sistem.
Adakah fon Photoshop percuma untuk kegunaan komersial?
Adobe Fonts menawarkan ribuan fon kepada pengguna sebagai sebahagian daripada langganan Creative Cloud. Fon-fon ini dilesenkan untuk kegunaan peribadi dan komersial. Butiran penuh tentang pelesenan fon boleh didapati dalam Terma Penggunaan.
Beberapa pengecualian dikenakan — contohnya, apabila menggunakan fon dalam aplikasi mudah alih atau desktop. Dalam kes ini, pengguna perlu membeli lesen yang betul daripada faundri atau penjual semula yang dibenarkan.
Di manakah saya boleh mendapatkan fon untuk ditambahkan pada Photoshop?
Bagaimanakah cara untuk mengalih keluar fon daripada Photoshop?
Semua fon yang sedang digunakan boleh didapati dalam bahagian My Adobe Fonts dalam profil pengguna anda. Fon aktif merujuk kepada fon yang diaktifkan melalui Creative Cloud. Anda boleh pergi ke tab Fon Aktif untuk mengurus fon semasa dan yang pernah dipasang. Kami mengesyorkan supaya anda mengalih keluar fon yang tidak lagi digunakan untuk mengoptimumkan prestasi dan memendekkan menu fon.
Anda mempunyai beberapa pilihan semasa menyahaktifkan fon. Anda boleh menggunakan suis Nyahaktif di sebelah nama keluarga fon untuk mengalih keluar keseluruhan keluarga tersebut, atau anda boleh menggunakan suis di sebelah gaya fon individu untuk mengalih keluar satu fon sahaja. Akhir sekali, alat Nyahaktif Pukal membolehkan anda menyahaktifkan kumpulan fon yang lebih besar.
Perlu diingat bahawa kami menyimpan rekod fon yang pernah digunakan di bawah tab Aktif Sebelumnya. Dengan cara ini, anda boleh mencari fon itu jika diperlukan pada masa hadapan.
Apakah fon Photoshop yang paling kerap digunakan?
Fon Photoshop yang paling biasa digunakan ialah Arial, Calibri, Verdana, Times New Roman, dan Georgia. Semuanya dianggap sebagai fon yang "selamat untuk web" kerana fon tersebut tersedia secara meluas pada hampir semua komputer dan peranti. Fon-fon ini mudah dibaca, menjadikannya pilihan yang popular untuk projek reka bentuk web, dokumen, dan reka bentuk grafik.
Fon Photoshop lain yang biasa digunakan termasuk Helvetica, Tahoma, dan Trebuchet MS. Perlu diingat bahawa penggunaan fon tertentu boleh berbeza bergantung pada tujuan dan khalayak sasaran projek reka bentuk.