CIRI PHOTOSHOP
Memangkas imej dalam Adobe Photoshop.
Memangkas imej ialah bahagian yang penting dalam pengeditan foto. Mengubah saiz imej hanyalah permulaan.
Apabila memangkas dalam Photoshop, anda boleh menjadi sejitu yang anda mahu. Uji pelbagai kaedah memangkas dengan mencuba teknik yang di bawah.
Jika anda perlu memangkas imej pada saiz tertentu, anda boleh berbuat sedemikian dalam Photoshop. Pilih nisbah aspek yang sedia ada (iaitu lebar dan tinggi imej) atau tentukan dimensi anda sendiri.
Usaha untuk meluruskan imej dengan garis tepat, seperti ufuk atau bangunan tinggi mungkin mencabar. Dalam hal seperti ini, gunakan alat Luruskan untuk menyesuaikan kawasan yang dipangkas dengan halus dan membetulkan sudut yang tidak sejajar. Hanya pilih alat Pangkas dan tekan butang Luruskan dalam bar kawalan untuk mendapatkan pangkasan yang tepat.
Memangkas lebih daripada sekadar mengubah saiz foto. Ini juga boleh bermakna memperluas skop imej atau mengubah sudut atau perspektif dalam imej.
Ubah sudut imej semasa anda memangkasnya dengan alat Pangkasan Perspektif. Tukar imej hadapan menjadi bersudut, atau dapatkan sudut pandangan baharu pada foto.
Alat Isian Kesedaran Kandungan boleh membesarkan imej dengan mengisi kawasan dengan piksel yang serupa. Tambahkan lebih banyak langit, lebih banyak rumput, lebih banyak pokok, dan lebih banyak apa-apa sahaja pada foto.
Dapatkan Photoshop pada desktop dan iPad sebagai sebahagian daripada Creative Cloud.
Dapatkan 20+ aplikasi Creative Cloud termasuk Photoshop, Illustrator, Adobe Express, Premiere dan Acrobat Pro sekarang pada harga lebih rendah.
Jimat lebih
Dapatkan semua yang anda perlukan untuk mencipta kerja yang hebat, serta pengurusan lesen yang mudah, sokongan lanjutan dan banyak lagi.
Based on your location, we think you may prefer the United States website, where you'll get regional content, offerings, and pricing.