Lindungi kandungan anda.
Memperkasakan kakitangan anda.
Kami membina Creative Cloud For Enterprise untuk melindungi aset dan data kreatif syarikat anda. Dan kami memudahkan anda untuk proses pelesenan dan pengurusan anda melalui Adobe Admin Console.
Manfaat besar untuk perniagaan besar.
Gunakan perisian yang diperlukan oleh pasukan kreatif dengan pantas.
Uruskan lesen merentasi seluruh dunia dengan mudah.
Beri pereka bentuk kebebasan untuk bekerja dari mana sahaja.
Akses sokongan pakar teknikal satu dengan satu 24/7.
“Adobe Creative Cloud for enterprise memberi kami gabungan kawalan dan kebebasan yang berkuasa. Dengan mendayakan kami untuk mengurus dan menggunakan perisian dengan lebih baik, kami dapat memberi pasukan kreatif dan IT alat dan masa untuk bereksperimen.”
Jeff Marshall, Timbalan CIO Global, HAVAS Amerika Utara
Dapatkan ketenangan fikiran apabila anda memegang kuasa.
Keselamatan anda ialah keutamaan kami.
Lindungi kandungan anda, data anda dan organisasi anda dengan proses dan kawalan keselamatan yang menerajui industri yang terbina ke dalam setiap aplikasi dan perkhidmatan Creative Cloud. Kandungan yang disimpan telah disulitkan. IT boleh mengawal akses untuk berkongsi aset. Keselamatan diutamakan dengan prosedur sekat masuk kata laluan dan federated ID dengan daftar masuk tunggal.
Satu platform untuk mengurus segalanya. Admin Console.
Sama ada anda perlu menyediakan perisian, menjejak lesen atau menambah atau menugaskan semula kedudukan — Admin Console meletakkan semua fungsi yang anda perlukan, tepat di hujung jari anda. Admin Console memudahkan anda mengawal pengguna dan kumpulan yang mempunyai akses pada app dan perkhidmatan Creative Cloud. Jejak lesen Document Cloud dan Experience Cloud anda dalam antara muka tunggal ini juga.
Beri mereka perkara yang dikehendaki dengan Named User Licensing.
Sekarang, lebih mudah untuk IT menambah dan membuang lesen produk untuk sesiapa, pada bila-bila masa. Daripada menjejak mesin, anda boleh fokus pada orang dan mengurus lesen untuk Creative Cloud, Adobe Stock dan Document Cloud.