Adobe Creative Cloud untuk Pasukan memberi perniagaan semua saiz akses kepada 20+ aplikasi kreatif termasuk Photoshop, Illustrator, dan Acrobat Pro, serta alat untuk pengurusan pentadbiran yang lebih mudah dan perlindungan harta intelek.
Adobe Creative Cloud untuk pasukan direka khusus untuk perniagaan dengan kolaborasi dan kawalan yang dipertingkat. Ia merangkumi semua yang ada dalam pelan Creative Cloud untuk individu kami, tetapi tidak termasuk keselamatan lanjutan, pengurusan lesen, dan sokongan pelan perusahaan.
Pelan Adobe Creative Cloud untuk Pasukan merangkumi:
- Storan dikongsi: 1TB bagi setiap pengguna, dikongsi merentas seluruh pasukan
- Sumber dikongsi: Pustaka milik syarikat boleh diakses oleh semua ahli
- Sejarah lanjutan: Sejarah versi 180 hari untuk dokumen awan
- Perlindungan aset: Keupayaan untuk menuntut semula aset daripada ahli pasukan yang akan meninggalkan pasukan.
- Pengurusan dipermudahkan: Konsol pentadbir berdasarkan web dan alat IT berpusat
- Sokongan khusus: Sokongan teknikal 24/7 dan sesi 1:1 dengan pakar
- Keahlian percuma: Semua pekerja syarikat mendapat akses kepada Adobe Express, Acrobat Online Services dan keupayaan untuk melihat fail syarikat, fon tersuai dan banyak lagi
- Pemerolehan bakat: Siaran jawatan kosong tanpa had di Behance
Pelan perusahaan menambahkan ciri AI generatif eksklusif, pelaksanaan berpusat dan kawalan akses, daftar masuk tunggal (SSO), serta sokongan tanpa had daripada pakar produk Adobe.
Setiap lesen ditetapkan kepada seorang pengguna dalam pasukan. Pengguna tersebut boleh log masuk ke aplikasi Adobe Creative Cloud pada sehingga dua komputer pada satu masa.
Ya, Adobe komited untuk membantu pasukan anda mencipta kandungan berkualiti tinggi dengan jayanya. Anda boleh mengakses banyak tutorial amali, video dan artikel pada
Adobe Learn.
Ya, ahli pasukan dengan keahlian Creative Cloud Adobe secara individu boleh naik taraf kepada Creative Cloud untuk Pasukan tanpa sebarang bayaran pembatalan. Untuk berbuat demikian, hubungi
+65 3157 2191 atau gunakan
sembang untuk sokongan.
Langganan Adobe Creative Cloud untuk Pasukan anda membolehkan anda mengaktifkan setiap daripada 20+ aplikasi Creative Cloud merentas desktop, mudah alih, dan web pada sehingga dua peranti (atau mesin maya) pada satu masa, tetapi anda tidak boleh menggunakan aplikasi yang sama pada kedua-dua peranti secara serentak.
Sebagai sebahagian daripada Adobe Creative Cloud untuk Pasukan, Photoshop merupakan standard industri untuk pengeditan imej yang tepat dan berkuasa AI, menjadikannya salah satu editor foto AI terbaik untuk membantu perniagaan kecil mencipta imej dengan lebih pantas. Dengan Photoshop, pasukan boleh:
- Tingkatkan skala imej dengan Topaz Labs.
- Buat komposit yang lancar dengan Harmonikan.
- Alih keluar latar belakang imej dan tambah atau ubah suai kandungan dengan Isian Generatif menggunakan model AI terkemuka daripada Adobe, Google, OpenAI dan banyak lagi.
Dengan Adobe Creative Cloud untuk pasukan, perniagaan kecil mendapat akses kepada Firefly — pilihan hebat untuk penjanaan teks kepada video. Penjana Video AI Firefly membolehkan pasukan mencipta klip video berkualiti tinggi secara segera untuk media sosial atau pemasaran digital, menjimatkan masa dan kos.
Ketahui lebih lanjut.