Daripada reka bentuk produk dan pembungkusan kepada fotografi maya, bawa perspektif baharu kepada kerja anda dengan Koleksi Adobe Substance 3D.
Berikan perniagaan anda kelebihan reka bentuk 3D.
Bagaimanakah Substance 3D boleh memberikan manfaat kepada perniagaan anda?
Sesuai untuk pereka bentuk dan juga artis 3D, Substance 3D membolehkan anda mencipta kandungan 3D yang realistik untuk pemasaran dan penjenamaan, reka bentuk produk dan fesyen, permainan dan banyak lagi. Jimatkan masa dan capai realisme yang tiada tandingan dengan menjadikan Substance sebagai sebahagian daripada saluran produktiviti 3D anda.
Semudah 1-2-3D.
Anda tahu Adobe Photoshop. Anda tahu Adobe Illustrator. Anda tahu maksudnya? Substance 3D ialah langkah seterusnya yang boleh diambil dengan mudah, menawarkan alat reka bentuk biasa, automasi AI dan beribu-ribu aset reka bentuk 3D yang boleh disesuaikan supaya anda boleh memberikan tumpuan untuk mencipta hasil yang cantik.
Sambungkan kepada aplikasi yang sering digunakan.
Aplikasi Substance 3D disepadukan dengan Photoshop dan Illustrator serta pihak ketiga kegemaran seperti Cinema 4D dan 3ds Max. Beralih dengan lancar antara aplikasi, bekerjasama merentas pasukan dan hasilkan model dan karya seni 3D dalam masa paling singkat.
Membuat pelanggan terdiam.
Tidak kira sama ada anda membina model ringkas atau kompleks, mempertingkat seni 3D anda dengan tekstur dan cat, atau mencipta hasil kemas gabung 3D, alat Substance 3D menawarkan kejituan dan kawalan yang anda perlukan untuk mencipta pemandangan dan reka bentuk yang cantik, realistik dan canggih.
Lihat aksinya.
Selayang pandang perkara yang boleh anda cipta dengan Substance 3D untuk perniagaan.
“Aset yang kami cipta dalam Adobe [Substance 3D] Stager adalah menepati jenama sepenuhnya, dihasilkan dengan cepat dan kelihatan hiperrealistik. Sesiapa sahaja yang melihat aset tersebut tidak akan tahu bahawa aset itu tidak dirakam dengan hanya menggunakan kaedah fotografi tradisional.”
Gail Cummings, Pemimpin Reka Bentuk Digital Global, Ben & Jerry’s
Adunkan Adobe Illustrator dengan kuasa Substance 3D.
Lihat perkara yang disertakan.
Ukir model 3D secara intuitif pada desktop dan dalam VR.
Ubah foto menjadi model dan bahan 3D.
Reka bentuk aset 3D parametrik dengan kawalan penuh dan kemungkinan tanpa batasan.
Garap tekstur model 3D dalam masa nyata dengan aplikasi standard industri ini.
Gubah dan kemas gabungkan adegan 3D yang canggih dalam studio maya anda sendiri.
Pilih daripada pustaka aset 3D yang dikumpul susun dan yang semakin bermutu tinggi.
Dapatkan pelan yang direka untuk perniagaan.
Pelan Koleksi Adobe Substance 3D — dengan hanya RM471.00/bulan bagi setiap lesen (SST dikecualikan).
Beli melalui telefon: 1800 723 1389