Kesan teks pada Huruf F

Cipta kesan teks yang unik dengan Adobe Firefly.

Gunakan kuasa kecerdasan buatan (AI) generatif untuk mengubah kata-kata anda menjadi karya seni. Berikan penerangan teks mudah dan Firefly, aplikasi web AI generatif Adobe, akan mencipta gaya dan tekstur tersuai untuk teks anda.

Kesan Teks pada Huruf F

Penjana kesan teks yang mengikuti imaginasi anda.

Fon jenis biasa ada kelebihannya, tetapi fon yang bergaya boleh menarik perhatian orang ramai. Dengan AI generatif, anda boleh membuat huruf daripada gabungan wayar elektrik, piza, labuci dan hampir semua bahan lain yang boleh anda fikirkan.

Huruf Q dan q Firefly dengan reka bentuk bunga tropika dan latar belakang lut sinar

Jimat masa pada reka bentuk anda.

Jana kesan teks dengan cepat, supaya anda boleh beralih daripada idea yang bernas kepada produk siap dengan lebih pantas berbanding sebelum ini. Simpan ciptaan anda sebagai JPEG dengan latar belakang berwarna atau lut sinar untuk digunakan di mana-mana sahaja yang anda mahu.

Terokai semua pilihan.

Firefly memudahkan percubaan dan lelaran. Setiap generasi Kesan Teks menghasilkan empat hasil, jadi anda mempunyai versi yang berbeza untuk dipilih. Anda juga boleh menentukan tahap kesan anda mahu sepadan dengan bentuk huruf anda dan bermain dengan fon dan warna latar belakang.

Firefly A sebagai belon bersinar dengan latar belakang merah jambu
Simbol $ emas Firefly dengan latar belakang hitam

Gunakannya untuk bermain atau bekerja.

Dalam masa beberapa minit sahaja, anda boleh menggunakan Kesan Teks untuk menambah baik kreativiti projek peribadi seperti jemputan parti, pelekat, atau kad ucapan tersuai. Ciri ini juga sangat berguna untuk mencipta reka bentuk yang jelas yang layak untuk kerja profesional anda.

Cuba Kesan Teks di mana-mana sahaja yang anda mahukan supaya perkataan anda menyerlah.

Dengan pilihan perkara yang anda boleh taip ke dalam medan gesaan, anda boleh mencipta visual yang unik dan menarik untuk segala-galanya dari bahan pemasaran hinggalah siaran media sosial serta pembentangan.

Firefly Z dan huruf z dalam yan pelbagai warna dengan latar belakang jingga

Cara menggunakan Kesan Teks dalam Firefly.

Ikuti langkah ini untuk menjana kesan teks AI yang cool (atau panas, berbulu, berjalur).


1 Pergi ke Firefly.

Layari Firefly.adobe.com dan log masuk ke akaun Adobe anda. Jika anda belum mempunyai akaun, anda boleh mencipta akaun secara percuma. Kemudian buat pilihan Kesan Teks untuk membuka ruang kerja.


2 Layari contoh.

Tatal mana-mana imej di dalam galeri untuk melihat gesaan yang menjana imej tersebut. Untuk menggunakan salah satu gesaan tersebut, hanya klik imej. Firefly akan menjana empat variasi kesan teks dengan perkataan “Firefly,” tetapi anda boleh menaip perkataan anda sendiri ke dalam medan gesaan di bahagian bawah halaman untuk melihat rupa imej tersebut.


3 Tuliskan gesaan teks anda sendiri.

Masukkan teks anda di sebelah kiri medan gesaan dan penerangan kesan teks yang anda mahu gunakan di sebelah kanan. Cuba bahan, warna dan frasa unik yang berbeza dan lihat perkara yang berlaku. (Contohnya, “burung putih di atas pokok ceri” dan “awan ribut pada waktu matahari terbenam” akan menghasilkan hasil yang menarik.)Dapatkan petua untuk gesaan teks yang berkesan.


4 Menjana dan menjana semula.

Klik Jana dan tunggu beberapa saat untuk melihat hasilnya. Untuk melaraskan, gunakan panel sebelah kanan untuk mencuba gesaan sampel, laraskan tahap kesan teks sepadan dengan bentuk huruf, tukar fon, dan pilih warna untuk latar belakang dan teks. (Apabila anda menggunakan Firefly, anda mendapat akses kepada beberapa set kredit generatif. Ketahui lebih lanjut tentang kredit generatif.)


5 Muat turun.

Apabila anda berpuas hati dengan penjanaan teks, klik butang Muat turun di bahagian atas sebelah kanan untuk memuat turun ciptaan anda sebagai JPEG. Dari situ, mudah sahaja anda boleh menambahkan imej kepada mana-mana projek.


Mula menggunakan Kesan Teks dan alat AI generatif yang lain.

Gunakan Firefly untuk membuat sesuatu dengan pantas, atau hanya untuk menguji batasan imaginasi anda. Selain mencipta rupa taip yang tidak pernah dilihat sebelum ini, anda boleh melakukan perkara lain yang menakjubkan dengan ciri Firefly ini yang tersedia dalam aplikasi web.

Isi Generatif

Alih keluar elemen yang mengganggu atau masukkan objek baharu ke dalam imej anda.

Teks kepada Imej

Jana imej daripada penerangan teks mudah.

Warna Semula Generatif

Tukar palet warna karya seni vektor anda dengan penerangan teks terperinci.

Soalan? Kami mempunyai jawapan.

AI kesan teks ialah penggunaan kecerdasan buatan untuk mencipta dan menggunakan kesan visual pada teks. Contohnya, Jika kedai tanaman anda mengadakan jualan kaktus, anda boleh mencipta imej yang huruf dalam perkataan “JUALAN” muncul yang diperbuat daripada kaktus yang sedang mekar.

Model AI Generatif seperti Firefly menggunakan pembelajaran mesin dan set data yang besar untuk mencipta kesan teks. Itu bermakna model AI dilatih pada ribuan imej supaya ia boleh mengubah hampir semua penerangan teks kepada gaya visual dan menggunakan gaya itu pada mana-mana huruf atau perkataan yang anda berikan. Firefly dilatih pada Adobe Stock, kandungan yang dilesenkan secara terbuka dan kandungan domain awam yang telah tamat tempoh hak cipta.

Kesan teks terbaik boleh berfungsi dengan pelbagai gesaan dan memberi anda pilihan untuk penyesuaian. Firefly ialah pilihan yang bagus kerana anda boleh menggunakan gesaan kreatif untuk menjana tekstur dan gaya yang menonjolkan teks anda. Dan dengan pilihan Bentuk Padanan, Fon dan Warna, anda boleh mendapatkan rupa yang anda inginkan.

Kongsi artikel ini

Mimpikan yang Lebih Hebat dengan Adobe Firefly.

Guna imaginasi, buat uji cuba, dan cipta sesuatu dengan AI generatif dalam aplikasi web Firefly. Baru mula menggunakan Creative Cloud, kini tersedia untuk kegunaan komersial.

Anda juga mungkin ingin