Impikan, taip dan lihat.
Cipta imej yang lebih fotorealistik dengan Isian Generatif yang paling canggih setakat ini, kini dengan kuasa Adobe Firefly Image Model yang terkini. Gunakan perihalan ringkas untuk menambah dan mengalih keluar kandungan daripada imej anda dengan mudah. Jana hasil yang kelihatan lebih hidup, dapatkan butiran dan ketajaman lanjut serta gunakan Jana Yang Serupa untuk mencipta variasi output kegemaran anda.
Selain itu, kembangkan kanvas anda dengan Pengembangan Generatif. Cuma klik dan seret melepasi sempadan imej dengan alat Pangkas dan isi kanvas yang dilanjutkan dengan kandungan baharu yang disepadukan dengan imej sedia ada.