Photoshop
Cipta apa sahaja yang anda boleh bayangkan dengan aplikasi pengimejan dan reka bentuk profesional terbaik.
Dunia kreatif berjalan di Photoshop.
Tukar idea kepada imej yang luar biasa pada mana-mana peranti dengan keluarga aplikasi Adobe Photoshop.
Terokai aplikasi dalam keluarga Photoshop
Hidupkan visi kreatif anda dengan Photoshop.
Cipta imej, grafik, komposit dan lukisan yang luar biasa di desktop dan iPad anda dengan perisian reka bentuk dan pengimejan yang paling canggih di dunia. Jika anda mengimpikannya, anda boleh melakukannya dengan Photoshop.
Bagus untuk:
Pengeditan dan sentuhan semula lanjutan
Menggabungkan imej dengan berbilang lapisan dan kesan
Lukisan dan cat digital
Reka bentuk laman web
Edit foto anda di mana-mana sahaja dengan Photoshop Lightroom.
Foto anda tidak sentiasa sepadan dengan apa yang anda lihat. Jadikan penampilannya seperti yang anda mahu dengan aplikasi yang mudah digunakan dan membolehkan anda mengedit, menyimpan, berkongsi dan menyusun foto anda di mana-mana sahaja anda berada.
Bagus untuk:
Pengeditan foto asas dan lanjutan
Melihat dan mengedit pada sebarang peranti
Mempelajari kemahiran fotografi baharu
Penyimpanan dan penyusunan foto
Berkongsi ke media sosial
Cipta foto yang menyeronokkan di mana sahaja dengan Photoshop Express.
Dapatkan aplikasi mudah alih yang membolehkan anda mengetik untuk membuat transformasi yang pantas dan berkuasa, menambah tema dan kesan, mencipta kolaj, memberikan sentuhan semula, menggabungkan foto dan banyak lagi. Foto anda akan terserlah di Facebook, Instagram dan semua laman sosial anda tidak seperti sebelum ini.
Bagus untuk:
Pengeditan automatik dan mudah
Pemotongan dan penggabungan imej secara automatik
Mempertingkat dengan penapis, kesan, teks dan pelekat
Mencipta kolaj
Berkongsi ke media sosial
Aplikasi manakah yang sesuai untuk anda?
Mulakan dengan keluarga Photoshop hari ini.
Photoshop
Cipta imej yang cantik, grafik yang memukau dan karya seni yang luar biasa. Ketahui lebih lanjut
Photoshop Lightroom
Cerahkan syot, bermain dengan warna, cari dan isih serta jadikan foto anda menakjubkan, di mana sahaja anda berada.
Ketahui lebih lanjut
Photoshop Express
Edit, kolaj dan ubah suai foto dengan pantas supaya ia menonjol di laman sosial dan di tempat lain. Ketahui lebih lanjut
Kreativiti untuk semua.
Fotografi, video, reka bentuk grafik, ilustrasi, dan banyak lagi. Apa-apa sahaja yang anda perlukan, ke mana sahaja imaginasi anda membawa anda.