Reka bentuk & pemodelan produk 3D dengan Substance 3D.

Hari ini, alat reka bentuk analog ialah alat yang kian pupus dan membangkitkan nostalgia. Hampir semua yang dibuat pada zaman ini dicipta menggunakan perisian reka bentuk digital.

Kemas gabung 3D beberapa telefon pintar yang sedang jatuh dengan sarung yang berbeza

https://main--cc--adobecom.hlx.page/cc-shared/fragments/merch/products/substance3d/sticky-banner/toptasks

Namun, tekstur realistik dan penggambaran digital telah lama menjadi aspek yang lemah dalam proses ini. Penggambaran konsep reka bentuk dengan cara yang fotorealistik merupakan, bahkan pada hari ini, tugas yang mencabar dan memakan masa untuk pereka bentuk industri.

Sebab perisian 3D digunakan untuk reka bentuk produk

Langkah pertama dalam perjalanan bahan digital anda.

Penggambaran yang tepat meningkatkan fideliti sebarang ciri reka bentuk apabila dihasilkan semula pada peringkat kemudian dalam proses penerbitan. Sering kali, elemen reka bentuk yang dicipta pada peringkat atas gagal untuk menarik perhatian pereka digital dan artis 3D, yang kerap kali perlu mencipta semula elemen ini dari awal. Oleh itu, kualiti keseluruhan dan pematuhan kepada visi awal reka bentuk produk mendapat manfaat yang besar daripada penggambaran digital yang tepat.

Di samping itu, aliran kerja berpusat 3D dapat mengurangkan kos yang berkaitan dengan pengulangan dan prototaip reka bentuk secara drastik, sambil membolehkan langkah ini dilakukan dengan lebih cepat. Dengan menggunakan bahan yang beraneka dan pengemasan gabung 3D yang berkualiti tinggi, pereka bentuk boleh menggambarkan rupa produk dengan tepat dan melihat rupa produk berdasarkan konteks, jauh lebih awal dalam proses — dan melakukan pengulangan dengan lebih bebas.

Apabila semua pihak berkepentingan boleh menyemak projek reka bentuk dalam bentuk 3D, ini dapat menjimatkan pelbagai kos dan mengurangkan kelewatan yang biasanya dikaitkan dengan penciptaan prototaip secara berturut-turut, dan penghantaran prototaip tersebut ke pelbagai wilayah. Apabila prototaip fizikal diperlukan, gabungan fotografi maya dengan percetakan 3D boleh menyelaraskan dunia maya dan sebenar dengan lebih baik. Hasilnya, urusan pengulangan kreatif menjadi mudah dan pantas.

Komunikasi dalaman yang lebih baik boleh bertindak sebagai daya penggerak sepanjang proses reka bentuk. Semasa fasa kritikal dalam proses, kekurangan alat yang ringkas dan berkuasa untuk menyatakan sesuatu konsep boleh meletakkan keseluruhan projek dalam risiko. Konsep reka bentuk yang digambarkan dengan tepat dan realistik akan memudahkan lagi rakan kongsi projek menyesuaikan produk, tidak kira sama ada mereka dalam bidang kejuruteraan, pemasaran atau jualan.

Kelajuan dan keberkesanan kos aliran kerja berfokuskan 3D melangkaui fasa reka bentuk. Proses sedemikian adalah ideal untuk mencipta visual pemasaran yang ultrarealistik, sejurus selepas reka bentuk produk akhir diluluskan dan selari dengan pelancaran alat pengeluaran. Anda tidak perlu lagi menunggu prototaip fizikal, yang mungkin akan mempercepat masa produk anda dipasarkan sehingga beberapa minggu atau bulan.

Penggunaan model 3D tidak terhad pada penciptaan imej pemasaran sahaja. Platform e-dagang semakin memerlukan bilangan visual yang besar — kadangkala sebelum sesuatu produk memasuki peringkat pembuatan. Mujurlah, aliran kerja berpusatkan 3D biasanya menghasilkan aset pelbagai guna. Model sama yang digunakan untuk mengulangi reka bentuk produk, contohnya, boleh digunakan untuk menjana pandangan 360 darjah atau pengalaman realiti terimbuh interaktif.

Set alat Adobe Substance 3D membolehkan pereka produk merentas semua disiplin dan industri untuk memperkemas aliran kerja reka bentuk, dan meningkatkan penggambaran produk ke tahap realisme dan perincian yang baharu.

langkah pertama

"Kami telah lama menantikan penyelesaian seperti [Substance 3D Sampler].... Dengan alat seperti [Substance 3D Sampler] dan Material Exchange, pembekal akan mempunyai sumber yang diperlukan untuk memulakan revolusi digital mereka."

— CHRIS HILLYER, DECKERS

Tanpa mengira keperluan tekstur anda, set alat Substance 3D menyediakan semua yang anda perlukan. Anda boleh mencipta bahan yang berkualiti tinggi sepenuhnya dari awal dalam Substance 3D Designer. Anda mempunyai pilihan untuk mencipta bahan boleh dijadikan jubin sehingga resolusi 8K, mencipta praset mengikut keperluan, dan mengeksport ke Painter atau mana-mana alat 3D utama.

Sebagai alternatif, gunakan Substance 3D Sampler untuk menghasilkan semula sebarang bahan kehidupan sebenar dalam 3D. Hanya masukkan gambar rujukan ke dalam Sampler dan aplikasi tersebut akan mencipta bahan 3D yang sepadan dalam masa beberapa saat. Anda boleh menggunakan hasil ini seperti yang tersedia atau terus mengubah suai bahan yang dicipta — anda boleh menukarkan warna atau daya pantulan bahan, contohnya, atau menambahkan ciri baharu seperti corak atau logo.

Di samping itu, anda juga boleh mengimport aset 2D anda yang telah dicipta dalam aplikasi seperti Adobe Illustrator atau Photoshop ke dalam set alat Substance 3D dengan mudah, dan ini membolehkan anda memanfaatkan ciptaan 2D anda sebagai komponen reka bentuk 3D.

Jika anda lebih suka menggunakan sumber yang sedia ada, anda boleh mengimport bahan 3D mengikut keperluan, sama ada daripada sumber pihak ketiga atau daripada pustaka aset Substance 3D. Pustaka Substance mengandungi ribuan model 3D yang sedia digunakan, bahan berkualiti tinggi yang boleh disesuaikan, lampu, atlas, dan pelekat. Kami memilih susun kandungan dari semasa ke semasa untuk menyerlahkan aset yang paling memberikan inspirasi.

Mengadunkan bahagian tepi tekstur dan pemodelan 3D.

Mengadunkan bahagian tepi

Kebenaran itu terserlah dalam perincian. Itulah sebabnya penggambaran fotorealistik adalah sangat penting bagi pereka industri. Sebagai contoh, kulit yang tidak kelihatan seperti kulit tidak akan membangkitkan emosi yang anda mahu daripada klien tentang kualiti produk. Keadaan itu tidak meyakinkan.

Begitu juga dengan setiap perincian objek. Perkara yang paling terperinci — seperti kedudukan ikon, atau sama ada ikon dicetak, dibenam, atau timbul — adalah sangat penting dalam dunia reka bentuk produk. Perkara tersebut mempunyai kepentingan yang sama seperti titik reka bentuk asas seperti sama ada pilihan corak cengkaman akan menggalakkan pengguna untuk mengambil dan memegang sesuatu atau tidak.

“Substance telah membantu untuk mengoptimumkan aliran kerja pemodelan Shopify, menjimatkan banyak masa kami sehingga kami dapat meluangkan lebih banyak masa untuk memberikan tumpuan kepada masalah yang benar-benar penting kepada pedagang kami.”

— BYRON DELGADO, SHOPIFY

Di sinilah set alat Substance 3D menyerlah, yang terletak pada hasil keupayaan set alat untuk merapatkan jurang antara aliran kerja 2D dengan 3D. Anda boleh melakarkan reka bentuk anda dalam 2D, dalam aplikasi seperti Illustrator dan Photoshop, dan kemudian mengukir prototaip ciptaan anda dengan pantas dalam VR — ini dapat dilakukan dengan Substance 3D Modeler. Anda juga boleh mengimport corak, logo, teks, atau mana-mana komponen visual lain yang dicipta dalam 2D ke dalam aliran kerja Substance 3D anda. Anda juga boleh menambahkan ciptaan 2D ini kepada reka bentuk produk keseluruhan anda dengan mudah dalam Substance 3D Painter. Anda boleh mencipta kesan, reka bentuk timbul, menaikkan logo, dan banyak lagi sewaktu membuat tekstur aset anda. Port pandang masa nyata dalam Painter pula membolehkan anda melihat setiap perubahan yang dibuat, yang mewujudkan gaya kerja yang pantas dan lancar.

Perkemaskan cadangan, semakan, dan kelulusan produk 3D.

Memperkemas cadangan

Aliran kerja berfokuskan 3D pada dasarnya menyediakan fleksibiliti tanpa had untuk menguji pilihan reka bentuk.

Berbanding dengan kaedah reka bentuk yang lebih konvensional, proses mencadangkan keseluruhan pilihan produk adalah sangat cepat dan mudah. Produk boleh diteksturkan dengan bahan parametrik yang, dengan beberapa pengubahsuaian mudah, membolehkan penciptaan sebanyak mungkin variasi CMF yang diperlukan. Substance 3D Stager membolehkan penggambaran yang berkualiti tinggi dan penciptaan latar yang mudah, lalu membolehkan pereka melihat dengan tepat rupa produk yang dicadangkan oleh mereka berdasarkan konteks. Kemudian, pereka bentuk boleh membuat pengulangan lanjut pada pilihan warna dan reka bentuk mereka dengan Stager, serta dengan Photoshop atau Illustrator.

“Saya bukan peminat tegar tekstur sebelum ini, tetapi sejak adanya Substance, perkara itu telah berubah. Anda boleh membuat variasi dengan sangat cepat. Semuanya interaktif — sangat mudah untuk mengurus projek.”

— PETER KOHLUS, ARTIS BEBAS

Kemudahan penggunaan dalam aliran kerja reka bentuk produk anda.

Cadangan produk boleh dikongsikan dengan semua pihak berkepentingan utama projek untuk disemak, tanpa melibatkan sebarang sumber tambahan untuk membuat prototaip dan tanpa perlu menunggu akibat kelewatan yang berkaitan dengan penghantaran fizikal. Dengan penggambaran yang tepat dan berkualiti tinggi, pengulangan dan pengesahan boleh berlaku dengan lebih cepat berbanding dengan amalan reka bentuk konvensional.

Terdapat pelbagai kemungkinan yang dapat membantu proses pengesahan ini. Sebarang fail yang dicipta boleh dieksport dalam pelbagai format, dan pihak berkepentingan boleh melihat cadangan produk sebagai kandungan dalam talian yang bersifat interaktif, pengalaman interaktif, atau ulasan reka bentuk yang imersif. Cadangan juga boleh dicetak dalam bentuk 3D untuk disemak "dalam persekitaran sebenar", atau dilihat berdasarkan konteks dengan alat realiti terimbuh seperti Adobe Aero (yang tidak lagi dikeluarkan).

aliran kerja reka bentuk produk

Set alat Substance 3D menampilkan saling kendalian yang mudah antara pelbagai aplikasi, serta penyepaduan yang lancar dengan semua alat 3D utama. Pemalam Substance 3D membolehkan anda mengimport, mengedit, dan menggambarkan bahan Substance terus dalam alat pemodelan seperti 3ds Max, Maya, Rhino, Cinema 4D, dan Modo. Anda juga boleh menggambarkan bahan ini secara langsung dalam mana-mana enjin pengemasan gabung 3D, seperti V-Ray atau Corona. Bahkan anda boleh menggunakan bahan Substance 3D dalam enjin permainan utama, seperti Unreal Engine atau Unity.

Ingin Substance 3D digunakan oleh syarikat anda? Ketahui lebih lanjut