Fotografi maya: Foto yang sempurna, tidak memerlukan studio.
Teknologi 3D mengubah sesi foto tradisional dengan fotografi maya.
Teknologi 3D mengubah sesi foto tradisional dengan fotografi maya.
Fotografi maya ialah imejan yang telah direka untuk menyerupai fotografi tradisional dan menggambarkan imej dunia sebenar seperti yang diambil melalui lensa kamera. Akan tetapi hal ini tidak melibatkan kamera dan lensa — semuanya direka pada komputer menggunakan gabungan model dan bahan 3D serta grafik dan imej 2D, selain pencahayaan yang berseni untuk menyepadukan kesemuanya. Apabila dilakukan dengan betul, foto maya boleh kelihatan seperti yang sebenar.
Berasal daripada dunia permainan dan kesan visual, teknologi 3D yang canggih menguasakan sempadan baharu penciptaan aset visual. Semakin banyak syarikat menggabungkan aset berasaskan 3D ke dalam aliran kerja pemasaran dan pengeluaran mereka untuk menjimatkan wang berbanding dengan penggambaran studio yang mahal serta menghasilkan dan mengagihkan aset untuk pasaran dengan lebih pantas berbanding dengan sebelumnya.
Jenama seperti Wayfair dan Unilever sudah pun memanfaatkan teknologi 3D untuk mendapat faedah daripada fleksibiliti yang ditawarkan apabila mengulangi konsep reka bentuk. Teknologi juga boleh memberikan penambahbaikan yang besar dari segi kepantasan dan kecekapan, serta membantu memastikan ketekalan produk dan jenama merentas pelbagai inisiatif pemasaran dan reka bentuk — perkara yang penting untuk mana-mana jenama, sama ada besar mahupun kecil.
Dengan menggunakan kepakaran 3D, fotografi maya boleh memenuhi keperluan pemasaran dengan lebih cepat daripada fotografi tradisional, dan ini menyediakan lebih banyak kebebasan dan fleksibiliti. Dengan bekerja semata-mata dalam alam digital, anda boleh menghasilkan syot produk yang terbaik tanpa perlu membina dan mengulangi model kasar fizikal yang memerlukan sumber yang banyak.
Aplikasi dalam ekosistem Adobe 3D dan AR memudahkan penghasilan latar yang fotorealistik yang boleh dilihat dan dikemas gabung dari setiap sudut berbanding dengan sebelum ini, sekali gus menyediakan aset berkualiti penerbitan untuk semua saluran pemasaran. Pada asasnya, Substance 3D Stager menyediakan studio foto maya untuk menyusun latar anda dari awal, dan penggubahan bahan daripada Substance 3D Painter, Sampler, danDesigner membolehkan anda membawa hasil kerja anda ke peringkat seterusnya dan mencapai kualiti fotorealistik yang sebenar. Dengan kesungguhan dan amalan yang berterusan menggunakan alat ini, pengguna tidak akan menyedari bahawa imej yang anda cipta itu telah dihasilkan secara digital. Penanda aras aliran kerja dunia sebenar menunjukkan bahawa penggunaan Substance 3D Stager untuk imej adalah lebih pantas daripada kaedah tradisional dan boleh menghasilkan hasil akhir yang lebih memenuhi keinginan.
Fotografi maya boleh membantu anda memenuhi semua keperluan aset anda dengan memudahkan anda mengubah latar belakang dan objek dalam gambar untuk mencipta variasi yang tidak terbatas. Buat syot produk di atas meja dapur, kemudian tukar kepada meja kopi atau meja malam supaya anda boleh merangkumi semua jenis imejan gaya hidup. Atau lakukan sesuatu yang mudah seperti menukarkan bahasa pembungkusan pada gambar produk untuk mengambil kira setiap wilayah pasaran. Anda juga boleh berkongsi templat dan latar dalam kalangan pasukan pemasaran merentas saluran yang berbeza, sekali gus menjadikan perkara ini sentiasa relevan dengan memberikan ruang kepada pereka bentuk untuk mengemas kini foto mengikut keperluan. Ini mungkin melibatkan sudut baharu, pemangkasan baharu atau warna baharu, tanpa perlu bermula dari awal — kemungkinan kreatif ini tidak berpenghujung.
Mempamerkan pandangan 360 darjah barangan di pasaran web boleh membantu pelanggan memahami produk dengan lebih baik daripada yang boleh diberikan oleh imej 2D. Pelanggan boleh melihat produk dari pelbagai sudut, memutar dan mengezum masuk dan keluar dalam masa nyata, serta menukarkan gaya, saiz dan warna dengan hanya satu klikan tetikus. Syarikat boleh memanfaatkan model yang sama untuk pengalaman AR interaktif yang membolehkan pelanggan menggambarkan kesesuaian produk itu dengan ruang mereka sendiri dalam dunia nyata. Syarikat perabot seperti IKEA menawarkan aplikasi AR yang melakukan perkara itu, yang membolehkan anda "meletakkan" sofa dan kerusi di ruang tamu anda melalui IKEA Place untuk melihat sama ada perabot itu sesuai atau tidak (dari segi gaya dan juga saiz) sebelum membuat keputusan pembelian. Ini salah satu cara penciptaan AR boleh memudahkan syarikat untuk mempamerkan barangan mereka — dan untuk pelanggan memutuskan sama ada barangan itu sesuai untuk mereka atau tidak.
Gunakan aplikasi yang paling sesuai dengan keperluan anda untuk mencipta komponen 2D yang anda perlukan. Adobe Illustrator ialah aplikasi yang hebat untuk menghasilkan grafik dan logo untuk diletakkan pada objek 3D, manakala Adobe Photoshop boleh digunakan untuk mencipta imej jenama atau mengedit foto yang sedia ada.
Perhalusi rupa semua objek dalam latar anda dengan menambahkan pelbagai bahan yang realistik. Akses bahan daripada pustaka yang mantap dan dengan lebih banyak latihan 3D, peribadikan tekstur anda menggunakan Designer dan Sampler.
Letakkan model 3D bagi objek yang anda perlukan dalam latar anda. Pelan Substance 3D Collection disertakan dengan pustaka model, bahan dan pencahayaan. Anda juga boleh menyemak imbas Adobe Stock untuk mendapatkan lebih banyak pilihan, atau mengimport model daripada sumber lain.
Letakkan grafik, logo, dan imej 2D lain (mungkin daripada Photoshop atau Illustrator) pada model 3D, sama ada sebagai pelekat atau isian, kemudian laraskan sifat bahan lapisan untuk mendapatkan rupa yang anda inginkan.
Susun objek pada tempat yang anda mahukan dalam latar. Buat eksperimen dengan sudut kamera yang berbeza, laraskan pencahayaan dan bahan untuk mencari pilihan yang paling sesuai, dan tambahkan latar belakang pada latar anda. Gunakan Padankan Imej untuk mencipta pencahayaan realistik secara automatik berdasarkan imej latar belakang, atau laraskan sendiri tetapan Cahaya Persekitaran dan Cahaya Matahari. Anda juga boleh menggunakan ciri kamera fizikal seperti kedalaman medan dan panjang fokus.
Eksport imej sebagai fail muktamad untuk digunakan bagi sebarang jenis keperluan pemasaran, seperti laman web, iklan, atau bilik pameran produk maya, dan import imej ke dalam Adobe InDesign untuk disusun atur bagi media cetak dan digital.
Kongsikan dan terbitkan imej 2D atau reka bentuk 3D tradisional dengan pandangan 360 darjah (menggunakan sudut kamera yang ditandakan) melalui pautan web atau pembenaman pada web.
Dengan mengimport fail imej yang telah siap ke dalam Photoshop, anda boleh membuat perubahan pantas dan memperkemas imej anda sehingga ke peringkat piksel untuk menambahkan lagi aspek fotorealisme.
Based on your location, we think you may prefer the United States website, where you'll get regional content, offerings, and pricing.