Fail OBJ: Memahami kegunaan dan aplikasi dalam pemodelan 3D.
Dalam panduan ini, kami akan menerangkan tentang fail OBJ dan cara menggunakan fail tersebut dalam pemodelan 3D.
Grafik 3D membolehkan anda mencipta persekitaran maya yang imersif. Walau bagaimanapun, format fail yang anda pilih untuk grafik 3D anda boleh memberikan kesan yang besar pada cara anda berkongsi data tersebut dan cara reka bentuk anda dikemas gabung.
Fail OBJ popular untuk pemodelan 3D kerana fail jenis ini mudah tetapi boleh menyimpan banyak data. OBJ juga merupakan format yang diiktiraf secara meluas, sehubungan dengan itu, sesuai untuk kes penggunaan seperti percetakan 3D, pengemasan gabung seni bina dan realiti maya.
Apakah itu fail OBJ?
Wavefront Technologies mencipta fail OBJ, yang secara rasmi dipanggil “Wavefront OBJ.” Fail OBJ ialah jenis fail standard yang digunakan untuk menyimpan data geometri 3D. Fail ini bertindak sebagai lukisan cetakan biru yang digunakan oleh perisian 3D untuk mencipta semula struktur 3D dengan mudah.
Fail OBJ membolehkan penyimpanan setiap bucu, muka dan tekstur reka bentuk. Fail OBJ popular disebabkan keupayaan menyimpan banyak data, namun fail kenis ini juga popular disebabkan sifat mudah dan boleh dibaca. Fail OBJ ialah teks biasa, yang bermaksud boleh dibaca oleh manusia. Anda boleh membuka OBJ dalam mana-mana editor teks dan melihat senarai tersusun semua atribut — tanpa sebarang perisian khusus.
Walaupun fail OBJ hebat dalam menerangkan model 3D, fail ini perlu disertakan dengan fail Pustaka Templat Bahan (MTL) untuk menentukan sifat seperti:
- Warna
- Kebolehpantulan
- Peta tekstur
Dalam erti kata lain, OBJ menyampaikan bentuk model, manakala MTL menerangkan estetik.
Kegunaan fail OBJ: Pelbagai aplikasi.
Persekitaran permainan dan maya.
Aplikasi permainan video dan realiti maya (VR) memerlukan persekitaran, objek dan watak 3D yang rumit untuk mencipta pengalaman yang imersif. Fail OBJ mengandungi model 3D yang pereka bentuk perlu import model ke dalam enjin permainan dan platform VR. Fail itu termasuk geometri terperinci semua aset, memastikan setiap kontur dan tekstur ditafsirkan dengan betul.
Permainan video dan VR juga bergantung pada pengemasan gabung yang cekap untuk pengalaman pengguna yang baik. Fail OBJ dimuatkan dengan cepat, yang mengurangkan kependaman dan memberi pengguna akhir pengalaman yang lebih lancar.
Industri animasi dan filem.
Fail OBJ menyimpan data geometri tentang watak, prop dan adegan untuk animasi dan filem. Tanpa data ini, studio seperti Pixar tidak mungkin mencipta cerita dalam 3D.
Penghasilan filem memerlukan berbilang pasukan yang bekerja pada platform perisian yang berbeza, jadi OBJ popular untuk animasi. Format fail yang sangat serasi ini membolehkan kerjasama merentas pasukan mengikut skala.
Pengvisualan seni bina.
Arkitek menggunakan fail OBJ untuk menghantar pengemasan gabung 3D bangunan, ruang dalaman dan landskap. Fail ini termasuk struktur am dan butiran kecil, yang digunakan oleh arkitek untuk membentuk idea pada peringkat dalaman dan menyampaikan model yan realistik kepada klien.
Skala dan perincian yang tepat wajib untuk seni bina. Fail OBJ memastikan skala, kadar dan estetik sejajar dengan sempurna untuk kemungkinan gambaran yang tepat.
Pencetakan 3D dan prototaip.
Pengilang menggunakan pemodelan dan percetakan 3D untuk melelarkan produk dengan pantas tanpa memerlukan prototaip yang mahal. Pereka bentuk membina model 3D dan menyimpan model tersebut sebagai fail OBJ, yang kemudiannya ditukar menjadi objek fizikal menggunakan pencetak 3D.
Pereka bentuk menggunakan perisian penghirisan untuk memecahkan model kepada lapisan untuk dicetak. Memandangkan fail OBJ serasi dengan pelbagai alat penghirisan, fail ini ialah standard yang popular untuk percetakan 3D.
Fail OBJ dalam pemodelan 3D.
Mencipta model 3D dengan format OBJ.
Artis dan pemodel 3D menggunakan fail OBJ sebagai format eksport yang lazim. Setelah mereka memuktamadkan model dalam perisian pilihan mereka, mereka mengeksport kesemua data geometri (bucu, muka dan koordinat tekstur) kepada OBJ.
Fail OBJ popular untuk model 3D kerana fail ini menyimpan maklumat mengenai pemetaan UV dan koordinat tekstur. Persediaan ini membolehkan imej 2D dipancarkan dengan tepat pada model 3D, yang mengekalkan visi asal pereka bentuk.
Cabaran dan pertimbangan.
Walaupun fail OBJ berguna untuk pemodelan 3D, fail OBJ juga menampilkan beberapa cabaran, termasuk:
- Saiz fail. OBJ ialah fail berasaskan teks besar yang memakan masa untuk dimuatkan. Untuk mengoptimumkan fail OBJ, lihat alat pemusnahan dan pemampatan fail.
- Keserasian. Fail OBJ disokong secara meluas, tetapi tidak semua perisian mentafsirkan fail ini dengan cara yang sama. Anda mungkin melihat percanggahan kecil apabila mengimport OBJ merentas platform yang berbeza.
- Kekurangan data animasi. Fail OBJ menyimpan data geometri, bukan data rigging. Anda mungkin perlu menggunakan format fail lain untuk mencipta model animasi.
Perisian yang menyokong fail OBJ.
Perisian pemodelan 3D.
Beberapa jenis perisian pemodelan 3D menyokong OBJ, termasuk:
- Adobe Substance 3D
- Blender
- Maya
- 3ds Max
Terdapat dua jenis perisian percuma dan berbayar yang tersedia, dan semua perisian adalah mesra pengguna.
Perisian pengemasan gabung dan animasi.
Memindahkan fail OBJ ke dalam perisian pengemasan gabung anda juga akan membuat peralihan yang lebih lancar antara pemodelan, animasi dengan pengemasan gabung. Fail OBJ bertindak sebagai saluran untuk data 3D dalam pengemasan gabung dan perisian animasi, termasuk:
- Adobe After Effects
- KeyShot
- Cinema 4D
Semua perisian hendaklah mengekalkan sifat bahan semasa import supaya anda tidak kehilangan kerja anda.
Alat penukaran.
Enjin permainan tertentu dan alat 3D khusus mungkin tidak menyokong fail OBJ. Beberapa alat boleh menukar fail OBJ ke dalam format yang lain, jika perlu, termasuk:
- MeshLab
- Penukar Spin 3D Mesh
Perjalanan anda menuju 3D yang sangat realistik bermula dengan Adobe Substance.
Fail OBJ bersifat versatil. Alat ini menghubungkan kes penggunaan yang berbeza dengan platform perisian daripada permainan kepada seni bina dan animasi hingglah percetakan 3D. Terokai dunia pemodelan 3D — selami lebih dalam cara anda boleh menggunakan fail OBJ untuk mereka bentuk pengalaman 3D tanpa had.
Soalan Lazim
DALAM PERISIAN APAKAH BOLEH SAYA BUKA FAIL OBJ?
Anda boleh membuka ciri berikut dalam fail OBJ:
● Adobe Substance 3D
● Blender
● Maya
● 3ds Max
● Cinema 4D
UNTUK APAKAH FORMAT OBJ DIGUNAKAN?
Format fail OBJ menyimpan data geometri 3D dalam fail teks biasa. Ini termasuk maklumat tentang:
● Bucu
● Muka
● Koordinat tekstur
● Normal
Format ini serasi untuk digunakan antara lain, bagi permainan video, filem, seni bina dan percetakan 3D.