.

Syarikat insurans memperoleh penjimatan sebanyak berjuta-juta dolar daripada Acrobat Sign Solutions.

Daripada kelulusan sebut harga hingga pemprosesan tuntutan dan pelbagai urusan lain, Adobe Document Cloud membantu pembawa dan agensi insurans mendigitalkan aliran kerja harian untuk produktiviti yang lebih tinggi. Sediakan cara yang lebih cepat dan menjimatkan kepada ejen jarak jauh dan pemegang polisi anda dalam berurusan.

100 syarikat teratas Fortune menggunakan produk Adobe
Syarikat memperoleh penjimatan sebanyak $1.2 juta dalam kos kertas dan perkakasan dalam jangka masa 3 tahun
* Kesemua 8 syarikat P&C yang tersenarai dalam Fortune 100 menggunakan produk Adobe dan majoriti daripada mereka menggunakan Acrobat Sign Solutions.

* The Total Economic Impact of Acrobat Sign Solutions, kajian yang ditauliahkan oleh Forrester Consulting bagi pihak Adobe, Ogos 2019

Mempermudah proses di seluruh organisasi anda.

Terokai cara pendigitalan sepenuhnya dengan Adobe boleh melancarkan mana-mana aliran kerja yang memerlukan borang, aplikasi dan tandatangan.

Proses suai tugas digital.

Laksanakan proses suai tugas dan berikan perkhidmatan kepada pelanggan dan broker lebih cepat berbanding dengan sebelum ini dengan permohonan dan proses pendaftaran digital sepenuhnya.

Pengurusan tuntutan.

Hantar borang yang sewajarnya kepada pelanggan melalui e-mel secara automatik sebaik sahaja mereka membeli polisi atau memfailkan tuntutan. Borang itu kemudiannya dimuat naik ke pangkalan data yang betul sebaik sahaja ditandatangani.

Pengurusan polisi.

Automasikan dan optimumkan aliran kerja pengurusan polisi anda dalam keadaan yang selamat dan mematuhi undang-undang.

Ejen jarak jauh.

Bawa suai tugas dan pengurusan kontrak untuk ejen jarak jauh ke tahap baharu dengan pengalaman yang imersif dan serba digital.

Peranti mudah alih memaparkan kontrak dan e-tandatangan

“Daripada mengambil masa sehari untuk menghantar borang perubahan polisi di atas kertas dan kemudian menunggu selama seminggu atau lebih untuk borang yang telah lengkap diisi diserahkan semula, kini 70% daripada borang yang dikembalikan diterima dalam masa 24 jam.”

Christine Francis
Pengurus Pembangunan Operasi Perniagaan, Perkhidmatan Kongsi, Unum

Baca kajian kes

Bagaimanakah Adobe boleh membantu dalam mengubah agensi anda? Tengoklah.

Asurion

Asurion sedang mendigitalkan proses dalaman dengan Acrobat Sign and Workday untuk menjimatkan lebih 33,000 jam ejen dan $1.4 juta dalam penjimatan kos tahunan.

Tonton webinar atas permintaan

Benefytt

Syarikat teknologi insurans Benefytt menggunakan tandatangan elektronik dengan Acrobat Sign untuk memudahkan pendaftaran masuk dan memproses 350,000 borang tahun lepas.

Baca kajian kes

Yakinlah, Acrobat Sign mempercepat perniagaan insurans anda.

Jalankan perniagaan dengan lebih lancar.

Proses digital sepenuhnya menjadikan pemprosesan suai tugas polisi dan pemprosesan tuntutan lebih mudah berbanding dengan dahulu. Dokumen boleh diakses di mana-mana, daripada mana-mana peranti.

Nikmati kecekapan yang lebih besar.

Peningkatan keterlihatan status tandatangan bermakna masa yang lebih cepat untuk mencapai persetujuan dan lebih sedikit kelewatan — sambil memperoleh penjimatan yang besar dalam kos penggunaan kertas.

Lakukan lebih banyak dengan data.

Gabungkan Adobe Document Cloud dengan Adobe Analytics untuk melihat metrik dan cerapan yang boleh diambil tindakan berkaitan proses, penukaran, dan tingkah laku pemegang polisi anda.

Sentiasa kekal patuh.

Dapatkan ketelusan dan pastikan pematuhan dengan e-tandatangan yang selamat dan sah di sisi undang-undang dan memenuhi keperluan perundangan dan global yang paling ketat.

Alat yang anda suka dalam aplikasi yang anda suka.

Bekerja dengan lebih bijak dalam aplikasi yang anda gunakan setiap hari. Penyepaduan prabina untuk Microsoft 365, Salesforce, Workday dan banyak lagi aplikasi membolehkan anda menyambungkan Acrobat dan Acrobat Sign dengan sistem rekod dan aplikasi aliran kerja anda supaya anda boleh menyeragamkan borang dan aplikasi dengan mudah.

Terokai sumber ini. Bina aliran kerja yang lebih baik.

Keperluan e-tandatangan.

Urus perjanjian dan penuhi keperluan perundangan dengan Acrobat Sign Solutions.

Ketahui lebih lanjut tentang memenuhi keperluan undang-undang

Kesahan e-tandatangan.

Acrobat Sign Solutions memenuhi standard perundangan tertinggi di seluruh dunia.

Ketahui lebih lanjut tentang undang-undang e-tandatangan

Pematuhan tandatangan digital dan elektronik.

Bergantung pada Acrobat Sign Solutions untuk kekal patuh — dari mana-mana sahaja.

Ketahui lebih lanjut tentang pematuhan e-tandatangan