https://main--dc--adobecom.aem.page/dc-shared/fragments/acrobat/mobile/app-icons-desktop

Ubah kertas menjadi PDF.

Telefon anda kini pengimbas mudah alih. Gunakan Adobe Scan untuk mengimbas dokumen kertas seperti resit dan borang, kemudian diubah menjadi PDF berkualiti tinggi yang boleh dikongsi dengan teks yang boleh dicari dan diedit.

Kolaborasi dipermudahkan.

Kongsi PDF anda dengan Acrobat Reader dan pastikan PDF itu kelihatan tepat seperti yang anda inginkan. Penerima boleh menambahkan komen yang boleh dilihat dalam masa nyata, menjadikan kolaborasi amat mudah.

Tandatangani dokumen tanpa kerumitan.

Buka borang dalam Acrobat Reader untuk diisi dengan pantas. Anda boleh menambahkan tandatangan anda hanya dengan meleretkan jari.

Alat PDF yang sentiasa bersama anda.

Cipta PDF dengan mengimbas kertas menggunakan app Adobe Scan, kemudian lihat, edit, tandatangan, dan kongsi dengan Acrobat Reader – semuanya daripada telefon anda.

Anda ada soalan? Kami ada jawapan.

Apakah Adobe Scan?
Adobe Scan ialah app mudah alih yang boleh mengimbas dokumen kertas, borang, dan imej kemudian ditukar menjadi PDF berkualiti tinggi yang boleh dikongsi, dicari, diedit, dan banyak lagi.
Apakah jenis dokumen yang boleh saya imbas?
Dengan Adobe Scan, anda boleh mengimbas dokumen, resit, nota tulisan tangan, lukisan, dan imej kemudian ditukar menjadi PDF dengan pantas.
Bagaimanakah saya menukar imej menjadi PDF?
Buka Adobe Scan dan halakan kamera anda pada dokumen yang ingin ditukar menjadi PDF. Adobe Scan akan menangkap imej dan secara automatik menyimpan imej itu sebagai PDF berkualiti tinggi.
Bagaimanakah saya boleh mengimbas dokumen fizikal menjadi PDF?
App mudah alih Adobe Scan menukar telefon anda menjadi pengimbas. Cuma buka app dan halakan kamera anda pada dokumen kertas. Adobe Scan akan menangkap imej dokumen fizikal anda dan menukar imej itu menjadi PDF berkualiti tinggi yang boleh dibuka, dilihat, dan dikongsi dalam Acrobat Reader.
Bolehkah saya mengimbas berbilang halaman agar menjadi satu PDF?
Ya, anda boleh mengimbas berbilang halaman dalam satu sesi dan digabungkan ke dalam satu PDF. Adobe Scan juga mempunyai mod imbas berkelajuan tinggi yang memudahkan imbasan pukal untuk jumlah halaman yang besar dalam masa yang singkat.
Adakah Adobe Scan mengenali teks?
Ya. Adobe Scan mempunyai ciri Pengecaman Aksara Optik (OCR) untuk menjadikan teks yang diimbas boleh dicari dan diedit.
Adakah app Adobe Scan dan Acrobat Reader percuma untuk peranti mudah alih?
Ya. Adobe Scan dan Acrobat Reader boleh dimuat turun secara percuma dan dibina khusus untuk peranti mudah alih, membolehkan anda melihat, mengisi, menandatangani, dan berkongsi PDF di mana-mana sahaja.
Bolehkah saya menandatangani dokumen secara elektronik?
Ya. Anda boleh mengisi dan menandatangani borang PDF dalam Acrobat Reader menggunakan jari atau stilus anda.
Untuk siapakah app Acrobat Reader direka?
Sesiapa sahaja boleh menggunakan Acrobat Reader untuk menikmati pengalaman melihat dan berkongsi PDF yang boleh dipercayai. App ini menyokong individu, perniagaan kecil, perusahaan besar, dan mana-mana organisasi yang menggunakan, melihat, atau berkongsi borang dan dokumen digital.