Ketik untuk memuat naik imej.
Fail mestilah dalam format JPEG(JPG), PNG, atau WEBP dengan saiz sehingga 100MB.
https://main--cc--adobecom.aem.live/cc-shared/assets/img/upload-white.svg Muat naik foto anda
Dengan memuat naik imej atau video, anda bersetuju dengan
Terma Penggunaan dan Dasar Privasi Adobe
Ketik untuk memuat naik imej.
Fail mestilah dalam format JPEG(JPG), PNG, atau WEBP dengan saiz sehingga 100MB.
https://main--cc--adobecom.aem.live/cc-shared/assets/img/upload-white.svg Muat naik foto anda
Dengan memuat naik imej atau video, anda bersetuju dengan
Terma Penggunaan dan Dasar Privasi Adobe
Seret dan lepaskan imej
untuk mencuba hari ini.
Fail mestilah dalam format JPEG(JPG), PNG, atau WEBP dengan saiz sehingga 100MB.
https://main--cc--adobecom.aem.live/cc-shared/assets/img/upload-white.svg Muat naik foto anda
Dengan memuat naik imej atau video, anda bersetuju dengan
Terma Penggunaan dan Dasar Privasi Adobe
- Saiz fail lebih besar daripada 100MB
- Tidak dapat memproses permintaan
- Kami tidak dapat memproses jenis fail ini. Sila cuba lagi.
- Hanya satu fail boleh dimuat naik pada satu masa.
- Imej lebih kecil daripada dimensi minimum (512 x 512 piksel). Sila ubah saiz dan cuba lagi.
- promoid=599F8B7P&mv=other
Adobe Firefly
https://www.adobe.com/cc-shared/assets/img/product-icons/svg/firefly-appicon-64-new.svg
Adobe Firefly
https://www.adobe.com/cc-shared/assets/img/product-icons/svg/firefly-appicon-64-new.svg
Adobe Firefly
Evolusi AI kreatif yang seterusnya kini tersedia untuk semua idea anda, dengan alat imej, video, audio dan vektor.
Lihat perkara yang boleh anda cipta.
Gunakan penjana seni garisan AI percuma dalam talian untuk mengubah gambar menjadi lukisan garisan, atau hasilkan lakaran, doodle dan lebih banyak lagi dari awal. Cipta apa-apa sahaja daripada lukisan garisan yang rumit hingga lakaran minimalis dengan AI kreatif Adobe Firefly.
Daripada idea kepada lukisan garisan yang terperinci.
Dengan Firefly, anda boleh menjana lukisan garisan yang kompleks dan lakaran terperinci dengan mudah. Muat naik imej rujukan dan huraikan seni garisan yang anda inginkan, atau sekadar tuliskan perihalan karya seni yang anda bayangkan untuk menjana dari awal.
Teroka gaya seni garisan daripada anime hingga abstrak.
Perluas had kreativiti anda dengan Adobe Firefly. Cuba pelbagai gaya seni garisan, daripada lakaran minimalis hingga gaya komik yang berani. Gunakan model rakan kongsi seperti Gemini 2.5 Flash Image dan GPT Image untuk menjana variasi unik, mengatasi halangan kreatif, dan meneroka estetika baharu.
Kekalkan kawalan kreatif dengan Adobe Firefly.
Gunakan imej rujukan untuk menyesuaikan hasil akhir, manfaatkan model AI terkemuka untuk mendapatkan rupa yang anda inginkan, dan latih model tersuai bagi mencipta lukisan garisan mengikut keperluan tepat anda. Gunakan gesaan untuk memperhalusi setiap aspek karya anda termasuk warna, latar belakang dan banyak lagi.
Gunakan karya seni anda pada mana-mana projek.
Tambahkan ciptaan seni garisan unik anda di mana-mana sahaja. Gunakan lukisan garisan anda pada poster, t-shirt tersuai atau pelekat. Daripada siaran media sosial hingga reka bentuk tatu, kegunaan reka bentuk anda tidak terbatas.
Cara menukar foto kepada lukisan garisan dengan Adobe Firefly.
Ikuti langkah pantas ini untuk mengubah imej atau gesaan kepada lukisan garisan berkualiti tinggi.
- Buka Firefly.
Untuk bermula, pergi ke laman utama Adobe Firefly dan log masuk dengan Adobe ID anda atau cipta akaun percuma jika anda belum mempunyai akaun. - Klik tab Jana.
Buka modul Jana Imej dan muat naik foto yang ingin anda jadikan lukisan garisan. Cuba gesaan seperti "tukar imej rujukan kepada lukisan garisan halus" untuk mentransformasikan imej anda. Atau jana lukisan garisan dari awal dengan gesaan seperti "lukisan garisan halus terperinci seekor rusa sedang berdiri di tebing." - Pilih kesan (pilihan).
Klik anak panah Teks kepada Imej pada panel sisi untuk membuka pilihan penyesuaian anda dan tatal ke bawah ke Kesan bagi memilih pilihan seperti Garisan Tebal atau Dakwat. - Perhalusi hasil anda.
Laraskan imej anda untuk mendapatkan rupa yang anda inginkan. Perluaskan lukisan anda, ubah suai latar belakang, tambah teks, bentuk, dan banyak lagi. - Eksport dan kongsi.
Klik ikon anak panah bawah pada imej anda untuk memuat turun. Klik anak panah atas untuk berkongsi imej anda dalam galeri Firefly.
Mengapa menggunakan Adobe Firefly untuk penjanaan lukisan garisan?
Penjana lukisan garisan AI menggunakan kecerdasan buatan untuk mencipta lukisan garisan terperinci daripada imej rujukan atau gesaan. Adobe Firefly ialah pilihan terbaik untuk menjana lukisan garisan kerana alat ini menawarkan kelebihan utama berikut:
- Mudah digunakan: Jana doodle, lakaran, dan lukisan garisan terperinci dalam pelbagai gaya dengan pantas dan mudah — hanya menggunakan imej rujukan atau sekadar gesaan.
- Hasil berkualiti tinggi: Cipta garisan tepat, strok tebal, dan lukisan garisan profesional yang tajam untuk pelekat, ilustrasi, cetakan, dan banyak lagi dengan hasil yang konsisten.
- Ketepatan dan kawalan: Edit dan perhalusi lukisan anda dengan alat yang pantas dan intuitif untuk mendapatkan rupa yang anda mahukan. Gunakan kesan, laraskan butiran latar belakang, tambah teks, dan banyak lagi.
- Model yang selamat dari segi komersial: Model Firefly dilatih pada kandungan berlesen dan domain awam supaya anda boleh menggunakan output untuk projek profesional.
Terokai lebih banyak lagi ciri AI generatif.
Teks kepada imej Padanan generatif Imej kepada imej Lakaran kepada imej Penjana kartun AI Penjana potret AI Penjana lukisan AI GPT Image
Anda ada soalan? Kami ada jawapannya.
Apakah penjana seni garisan AI yang terbaik?
Adakah penjana seni garisan AI Adobe Firefly percuma?
Bagaimanakan saya boleh menulis gesaan AI seni garisan yang baik?
Adakah seni garisan AI yang dijana dengan Firefly selamat untuk kegunaan komersial?
Model AI apakah yang boleh saya gunakan untuk menjana seni garisan?
Anda juga mungkin berminat dengan
Apakah itu karya seni AI & bagaimanakah karya seni AI dihasilkan?
Dalam masa yang singkat, AI generatif menjadi alat yang semakin penting untuk para artis. Teruskan membaca untuk mengetahui perihal seni AI generatif, cara mencipta karya seni dan cara anda boleh menggunakan ciri ini dalam amalan anda.
Sebab Adobe Firefly ialah penjana seni AI percuma terbaik untuk pemula
Anda sedang mengusahakan sebuah projek dan terbayangkan imej yang terbaik untuk mengiringi projek itu. Anda tahu AI boleh membantu menjana imej tersebut, tetapi belum pernah mencubanya, tidak tahu dari mana hendak mula, dan tidak mahu mengeluarkan wang untuk melakukannya. Inilah masanya untuk menggunakan Adobe Firefly.
Mengembangkan nilai dan budaya Adobe
Mengembangkan nilai & budaya kami — ciri & tindakan untuk memacu pertumbuhan dekad akan datang
Ketahui caranya | Ketahui caranya - Mengembangkan nilai dan budaya Adobe
Memperkenalkan Warna Semula Vektor dengan Adobe Firefly
Bulan lalu, Adobe memperkenalkan Adobe Firefly — keluarga baharu model AI generatif kreatif kami, yang pada awalnya tertumpu pada imej dan kesan teks — bersama-sama versi beta, menjemput komuniti kreatif untuk menguji dan membantu kami mengembangkan model pertama ini.