#f5f5f5

Tingkatkan proses setiap HR dengan menjadikannya digital — dan peribadi.

Bina pengalaman luar biasa.

Tinggalkan pemprosesan manual selama-lamanya. Sebaliknya, beri organisasi anda kuasa untuk mencipta dan berkolaborasi pada dokumen dari mana-mana sahaja dan kumpulkan e-tandatangan penting dengan satu klik.

Jadi lebih produktif.

Kurangkan masa pada tugasan HR berulang dan luangkan lebih masa merekrut dan mendaftarkan bakat teratas dengan menggunakan templat dokumen HR dipralulus dan ditag untuk kegunaan dengan Acrobat Sign.

Tingkatkan kolaborasi.

Gabungkan dokumen dan susunkan menjadi satu PDF yang boleh dicari, kemudian hantarkan kepada berbilang pengulas. Berkolaborasi dan percepatkan aliran kerja kelulusan dengan e-tandatangan Adobe yang ditambahkan pada ruang kerja Pasukan anda.

Jadikan milik anda.

Acrobat boleh disesuaikan sepenuhnya jadi anda boleh menyediakan pengalaman digital berjenama dan profesional untuk vendor dan calon pekerjaan.

Memastikan perniagaan berjalan lancar — di mana-mana sahaja.

Sampaikan pengalaman yang moden dan bersambung dengan aplikasi mudah alih Adobe Document Cloud dan berikan kuasa kepada kakitangan anda untuk kekal prodiktif di pejabat dan di mana-mana sahaja.

Lindungi dan selamatkan maklumat sensitif.

Tambahkan kata laluan untuk melindungi data peribadi dan untuk menyekat penyalinan, pengeditan atau pencetakan dokumen sensitif.

ABERDEEN

Digitkan dokumen HR dan galakkan ketangkasan jabatan.

Jabatan HR yang menggunakan e-tandatangan mendaftarkan pekerja baharu 4x lebih cepat berbanding saingan mereka. Baca kajian untuk mendapatkan lebih banyak cerapan dan lihat cara e-tandatangan boleh menyokong aliran kerja hari ini.

Dapatkan kajian

Pelanggan menggunakan Adobe Document Cloud untuk menguruskan kitaran hayat pekerja mereka dengan lebih cekap — daripada pengambilan kepada pendaftaran dan seterusnya.

#fff
img

10,000 pekerja diberikan kuasa untuk bekerja dari jauh.

Varian berhijrah kepada Acrobat Sign dan melaksanakan 10,000 akaun pengguna dengan pendaftaran masuk tunggal, membolehkan kerja dari jauh menjadi realiti — dan kemudian mendaftarkan 250 pekerja lagi secara berkesan dalam hanya dua bulan.

Baca kisah pelanggan

img

Penyelesaian aliran kerja dokumen 6x lebih cepat.

Dengan Acrobat Sign, jabatan HR California State University Fullerton memproses 370 dokumen dengan berkesan setiap bulan.

Baca kisah pelanggan

img

93% kurang masa untuk kontrak.

Novozymes mempercepatkan pertumbuhan perniagaan dan mendaftarkan bakat dengan lebih cepat menggunakan Acrobat Sign.

Baca kisah pelanggan

img

22,000 jam kakitangan dijimatkan setiap minggu.

Dengan Acrobat Sign, EmployBridge menyingkirkan pembaziran kertas dan menggalakkan kecekapan kakitangan dengan berkesan.

Baca kisah pelanggan

#f5f5f5

Lakukan lebih banyak dengan alat HR yang sudah anda gunakan.

Bersedia dan bekerja dengan cepat menggunakan penyelesaian Adobe Document Cloud. Penyepaduan luar kotak membolehkan anda bekerja dengan lebih cekap dalam aplikasi Microsoft dan sistem HR yang anda gunakan setiap hari.

img
img
img
img

https://main--dc--adobecom.hlx.page/dc-shared/fragments/shared-fragments/business/red-acrobat-bg-want-know-more