Perkasakan pasukan anda dengan Document Cloud untuk perusahaan.
Lindungi dokumen dan data anda.
Dengan kawalan keselamatan yang kukuh, perlindungan maklumat lanjutan dan kolaborasi awan yang selamat, anda boleh yakin bahawa data anda kekal dilindungi.
Mengautomasikan dengan lancar.
Sesuaikan penjanaan dokumen secara berskala, buka kunci data daripada PDF anda, tingkatkan kebolehcapaian PDF dan integrasikan alat PDF dan e-tandatangan ke dalam aliran kerja perusahaan anda — kesemua proses itu dilakukan melalui API.
Dapatkan alat dan sokongan pentadbir perusahaan.
Urus pemasangan app secara berpusat dan akses sokongan perusahaan 24x7 serta sesi latihan produk 1:1 dengan pakar Acrobat.
Temui kuasa Acrobat.

Siapkan lebih banyak kerja dengan lebih pantas. Di mana-mana sahaja.
- Mengulas, mengedit, menggabungkan, menandatangani dan melindungi PDF dengan mudah pada desktop, peranti mudah alih atau web — dan dalam app Microsoft 365.
- Bekerja dengan PDF dalam Microsoft SharePoint dan OneDrive.
- Kongsi dan semak PDF melalui pautan web yang terjamine untuk kerjasama yang lancar.
Tingkatkan keselamatan dan pematuhan dokumen.
- Gunakan PDF dalam mod dilindungi dengan medan ujian, benarkan atau sekat pautan dan lampiran dalam PDF dan dapatkan kawalan terperinci terhadap fungsi JavaScript.
- Sulitkan PDF dengan kata laluan dan sekatan ciri, dan sahkan dengan meterai yang jelas dilihat jika telah diusik.
- Tingkatkan pematuhan menggunakan label sensitiviti, Penyemak Kebolehcapaian PDF dan alat pengetagan.
- Kurangkan risiko serangan pancing data e-mel dengan berkongsi, melihat dan menyemak PDF dengan selamat sebagai fail awan dan pautan.


Mengautomasikan proses dokumen dengan API.
- Jana perjanjian tersuai, invois, panduan suai tugas dan banyak lagi dengan cepat menggunakan templat Microsoft Word dan data daripada pelbagai sumber seperti sistem, pangkalan data dan senarai CRM.
- Ekstrak pengepala, senarai, jadual dan atribut fon bersama-sama dengan sempadan kandungan dan susunan bacaan untuk analisis lanjut atau penerbitan semula.
- Gunakan meterai elektronik, tandatangan digital yang disahkan dan ciri perlindungan dokumen untuk menjamin aset digital, mengurangkan risiko dan memastikan pematuhan.
- Tandakan jumlah besar PDF dengan mudah bagi teknologi bantuan untuk membaca jadual, perenggan, senarai dan pengepala dengan lebih tepat.
Terokai penyepaduan perusahaan.
Lihat cara perkhidmatan dan app Document Cloud berfungsi dengan lancar menggunakan proses dan alat sedia ada anda.

Penyelesaian Microsoft
Perkemaskan aliran kerja PDF dan e-tandatangan anda dengan mencipta, berkongsi, bekerjasama dan menandatangani PDF secara terus dalam app Microsoft seperti Teams, Word, SharePoint dan banyak lagi.

Penyelesaian perusahaan
Adobe bekerjasama dengan pembekal terkemuka CRM, CLM, CPQ, ERP dan penyelesaian perusahaan lain supaya anda boleh menambahkan keupayaan PDF dan e-tandatangan kepada aliran kerja anda dengan mudah.
Perkara yang disertakan dalam Document Cloud untuk perusahaan.
Acrobat
Platform PDF yang terkemuka dalam industri dari segi produktiviti yang membolehkan anda mendigitkan dan memperkemas cara pekerja anda bekerja, menjalankan transaksi perniagaan dan berkomunikasi
Acrobat Sign
Perkhidmatan e-tandatangan berasaskan awan untuk menghantar, menandatangani, menjejak dan mengurus proses tandatangan dengan pasti, terjamin dan sah
API Perkhidmatan Acrobat
Koleksi lebih 20 buah perkhidmatan berasaskan awan untuk mengautomasikan proses dokumen manual yang memakan masa secara berskala
TSB Bank memacu strategi yang mengutamakan digital.
Lihat cara syarikat memberi pelanggan kawalan dengan akses kepada strategi perbankan yang sentiasa aktif.
Varian mempercepat pendigitan untuk membantu melawan kanser.
Lihat cara syarikat penjagaan kesihatan memperkemas aliran kerja untuk membantu doktor merawat pesakit.
Airbus memperkemas aliran kerja dokumen HR.
Lihat cara syarikat aeroangkasa meningkatkan kecekapan dan pengalaman pekerja.
Adobe menjimatkan masa sebanyak 36,000 jam setiap tahun untuk memproses kontrak.
Lihat cara syarikat menjimatkan banyak masa dengan aliran kerja layan diri.
Minta maklumat.
Kami berbesar hati untuk menjawab semua soalan anda tentang Document Cloud untuk perusahaan. Hanya isi borang ini atau hubungi {{phone-business}}.
- Dapatkan demo yang diperibadikan secara percuma.
- Pilih pelan harga yang sesuai untuk organisasi anda.
- Terokai kes penggunaan untuk pasukan anda.
- Mulakan dengan bimbingan amali secara langsung.
Jika anda memerlukan bantuan teknikal atau perkhidmatan pelanggan, hubungi Sokongan Adobe.